Ticker

6/recent/ticker-posts

Perlu solat bila dah keluar tanda nak bersalin??


As'salam.. Hari ini saya tergerak nak berkongsi dengan uolls semua satu perkara yang semua bakal-bakal ibu yang hendak bersalin alami. Termasuk saya sendiri yang tengah tunggu masa untuk bersalin.😊

Iaitu ibu-ibu perlu menunaikan kewajipan kita sebagai hamba Allah menunaikan solat 5 waktu semasa hendak bersalin. Jom baca info dibawah sumber dari google..

Jadi, perlu ke tak perlu solat kalau:
+ dah keluar tanda (mucus)
+ dah keluar darah (bloody show)
+ dah keluar air ketuban

Jawapannya, ketiga-tiga PERLU dan WAJIB.

Macam mana nak solat?
Bersihkan apa yang patut, ambil wuduk dan solat.

Kalau tengah sakit? Kalau tak larat?
Di sini suami kena ambil peranan. Tolong isteri ambil wuduk. Kalau larat solat macam biasa, solat macam biasa.

Kalau tak berani rukuk dan sujud sebab takut jatuh (tengah kesakitan), boleh solat duduk.
Kalau tak mampu jugak, boleh solat sambil baring.

Ikut kemampuan masing-masing. Tak perlu paksa diri berdiri kalau tak larat. Solat tu wajib, dalam keadaan apa sekalipun. Tapi untuk melaksanakan solat, tak berat, Allah tak susahkan kita.

Nasihat saya, masuk je waktu terus solat. Sebab kalau termiss, kena ingat nak kena ganti lepas habis nifas nanti. Berbulan baru boleh ganti. Tu pun kalau panjang umur.

Sampai bila boleh solat?

Sampai bersalin. Tapi kalau masuk waktu masa bukaan dah 10cm, tengah meneran kepala baby dah nak keluar, tak perlu lah berhenti untuk pergi solat dulu pulak ye...

Apa ikhtiar yang boleh buat?
1/ Cakap dengan baby. Rancang untuk bersalin bukan semasa waktu solat. Contohnya waktu pagi selepas subuh, atau waktu malam lepas solat Isya.
2/ Bawa kain dan pakaian dalam lebih untuk salin semasa solat, in case pakaian kita dah kena darah.

Beberapa persoalan yang selalu ibu-ibu tanya:-
+ Boleh ke solat kalau air ketuban atau darah mengalir tak berhenti?
BOLEH, buat macam darah istihadah. Cuma perlu bersihkan, ambil wudu' dan terus solat.

+ Kalau mula sakit waktu zohor atau mahgrib, dan risau xlarat dah nak solat waktu asar/isya, boleh jamak tak?
BOLEH. Jamak dalam keadaan sakit dibenarkan dalam Islam. Boleh lah jamak takdim dalam keadaan ni.

+ Kalau doktor buat vaginal exam dengan memasukkan jari ke dalam faraj untuk check bukaan, perlu ke mandi wajib sebelum solat?
TAK PERLU. Memasukkan sesuatu ke dalam faraj tidak perlu mandi wajib. Hanya jika memasukkan zakar ke dalam faraj, wajib mandi wajib/mandi junub.

Semoga bermanfaat. Selamat beramal. Wallahualam.

Post a Comment

8 Comments

  1. Thanks sharing suzie, tak pernah tau pasal ni.Sangat brmanfaat utuk ibu² mengandung

    ReplyDelete
  2. ooo..ada jugak ye kemusykilan dalam bab ni..thanks akak untuk perkongsian ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sunah..ada yg fikir bila dh start sakit2 xboleh nak solat sbb dh keluar darah nak kne mandi wajib..ada yg fikir mcm tu..

      Delete
  3. Moga dipermudahkan semuanya buat Sizue yaaa...

    ReplyDelete
  4. Google "helicopter parent". This is what you'll get: a parent who takes an overprotective or excessive interest in the life of their child or children. "some college officials see all this as the behavior of an overindulged generation, raised by helicopter parents and lacking in resilience" Yeah. parenting teenagers advice

    ReplyDelete
  5. A crying baby should always be taken seriously and should never be ignored. Crying is the only way the baby can communicate a real need. But sometimes it can be very difficult to find out why your baby is crying. This article will explain some of the main reasons why babies are crying. baby crib

    ReplyDelete
  6. When a woman is trying to become pregnant, she might wonder when she will know she is pregnant. She might read the internet, pregnancy books, pamphlets and talk to friends who've been pregnant in the past to see when their symptoms started, when they noticed or how they knew they were pregnant. While most women know they are pregnant when they take a Prams U.K. pregnancy test, other women simply know when they are pregnant, even without the answer on a pregnancy test. This is called intuition and it's a very real and powerful part of a woman's psyche.

    ReplyDelete
  7. Baby safety gates need to be selected carefully so that they offer the desired level of safety and other advantages. Learn baby safety things that are worth considering for making the right selection.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.