Ticker

6/recent/ticker-posts

Jom Makan Malam Di Truly Malaysian Buffet Dinner Dekat Double Tree By Hilton JB

Jom Makan Malam Di Truly Malaysian Buffet Dinner Dekat Double Tree By Hilton JB |  Untuk anda yang memang suka akan makanan malaysia jom pergi ke Double Tree By Hilton Johor Bahru, sepanjang bulan september 1hb sehingga 30hb Makan Kitchen memnganjurkan Truly Malaysian Buffet Dinner sempena sambutan hari malaysia yang bakal tiba. Pelbagai hidangan tempatan turut disediakan.


Makan Kitchen menawarkan hanya RM88 nett bagi setiap orang dewasa dan RM44 nett bagi setiap kanak-kanak, tetamu boleh nikmati hidangan traditonal Malaysia yang terbaik termasuk hidangan Melayu, Cina dan India. Antara makanan kegemaran sepanjang masa rakyat malaysia yang disediakan seperti Nasi Kakwok, Aneka Ikan Masin Dengan Bawang, Sup Tulang Sum Sum Kambing, Assam Laksa, Nasi Dagang Terengganu, Nasi Kerabu Bunga Telang, Stir Fried Carrot Cake dengan Chili, Sup Ikan Ikan dan banyak lagi.

MALAY DISHES

Nasi Kerabu
Nasi Dagang
Nasi Kak Wok
Laksa Penang
Sup Tulang Sum-sum Kambing
Ayam Percik
Tauhu Bakar
Daging Bakar

CHINESE DISHES









INDIAN DISHES






Untuk melengkapkan rasa dan rempah yang berbeza pelbagai pencuci mulut yang menggoda seperti Pandan Layer Cake, Bubur Cha-Cha, Sago Gula Melaka, Coconut Cream Brulee, Apam Balik dengan pelbagai perasa, Pisang Goreng, tak lupa juga penyejuk tekak iaitu rasa ais krim tempatan termasuk Asamboi, Milo, Kacang Hijau, Jagung, Bandung Cincau dan banyak lagi.





Bukan itu sahaja, untuk sebulan, akan ada satu kejutan untuk menu istimewa. Kaunter khas Hainanese dan Kantonis ada menyajikan Baked Wenchang Chicken, Puqian Zaopo Local Vinegar Seafood Noodle dan hidangan yang lebih menarik akan disediakan.

Baju Kebangsaan 

Untuk mempamerkan kepelbagaian dan budaya yang berwarna-warni, para tetamu dijemput untuk makan dengan memakai Baju Kurung, Cheongsam, Saree dan pakaian tradisional tempatan yang lain. Mereka yang datang berpakaian semangat sebenar di Malaysia akan menerima diskaun 10% mengikut terma & syarat yang telah ditetapkan.

Untuk keterangan lanjut boleh la lihat detail di bawah ini ya..

TRULY  MALAYSIAN BUFFET DINNER 

Makan Kitchen, Double Tree By Hilton Johor Bahru

1hb ~ 30hb September 2019

Ahad ~ Khamis

6.30 PM ~ 10.30 PM

RM88 nett Dewasa
RM44 nett Kanak-kanak & Warga Emas

25% Diskaun untuk ahli Hilton Dining APAC

Call 07 268 6868

Email JohorBahru.FB@hilton.com

Post a Comment

1 Comments

  1. assalamualaikum suzie...sedapnya tengok semua menu kat sini...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.