Dalgona Coffee buat penggemar coffee ketagih!!

DALGONA COFFEE VIRAL|As'salam semua.. Entry kali nie sis nak share dengan uollss minuman yang viral iaitu Dalgona Coffee.. Semenjak kerajaan buat perintah kawal pergerakan & duduk kat rumah nie kepala sis ligat betul fikir apa plan nak buat selepas nie..Klo bab makanan memang no 1..Cuba suruh lipat baju memang lambat la nak mulakan..heheπŸ˜…πŸ˜…

Kat bawah nie sis share resepi cara nak buat Dalgona Coffee nie ya..uolls jangan lupa cuba buat kat rumah ya..Bahan2 nya mudah je..Semudah ABC..πŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ€—πŸ€—

sis pn follow resepi dari FB jgk.. Selamat mencuba ya..πŸ˜ŠπŸ€—πŸ˜πŸ˜‹πŸ˜‹






RESEPI DALGONA COFFEE
Resepi asli dan viral dari korea πŸ₯°
Dalgona (Korean Traditional candy)

Bahan bahan :-

Serbuk kopi/Nescafe/Essenso
Susu segar Farm Fresh
Gula
Air panas
Ais (pilihan)

Cara: (A)
Ambil bekas dan campurkan 3 sudu kecil serbuk kopi, sis pakai kopi essenso 3 paket..4 sudu kecil gula , 4 sudu kecil air panas dan pukul dengan whisk utensil/mixer sehingga pekat dan likat.

Cara : (B)
Ambil gelas besar letak ais terus tuang susu segar. Kemudian tuang (A) atas susu tu. Dah siap! Selamat mencuba 😍

Tips kurang manis : Pakai gelas besor biar susu lebih hehe nanti rasa sebati.


Sis juga cuba gantikan susu kurma fresh milk dgn susu putih fresh milk..Rasa nya sedap sgt..Tak percaya cuba la..πŸ˜ŠπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ€—πŸ€—πŸ˜πŸ˜

Teka Perisa Misteri Kerepek Pringles untuk Hadiah Tunai RM20,000!



Cabar cita rasa anda dengan perisa misteri serba baharu edisi terhad| Semua orang suka kejutan yang menyeronokkan, terutama dengan makanan ringan. Terbayang akan snek semestinya Pringles menjadi kegemaran di pesta dan keramaian. Dikenali di seluruh dunia kerana bentuk kerepek yang unik dan disusun bertingkat-tingkat, kewujudan Pringles adalah untuk membawa keseronokan kepada semua orang. Sama ada anda mengidamkan snek dengan perisa hebat, atau sesuatu yang agak masam dan pedas, setiap kerepek Pringles yang berperisa sungguh rangup, dan tidak berminyak pada jari atau di mulut.


Buat pertama kalinya di Malaysia, Pringles menawarkan peminat snek dengan Perisa Misteri yang baharu! Hanya boleh didapati untuk masa yang terhad mulai 1 Mac, Perisa Misteri Pringles didatangkan dalam tin putih, maka anda boleh meneka sebelum menyuapnya ke dalam mulut!

Dicipta khas untuk mencabar cita rasa peminat Pringles di Malaysia, Perisa Misteri boleh didapati di kedai runcit utama serta laman e-dagang di seluruh negara mulai 1 Mac hingga 30 April 2020.  Untuk menjadikannya lebih menarik, seorang (1) pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah tunai bernilai RM20,000 jika mereka dapat meneka Perisa Misteri dengan betul!

"Pringles telah diperkenalkan kepada rakyat Malaysia lebih 40 tahun lalu. Hari ini, ia telah menjadi salah satu kerepek kegemaran Malaysia untuk dijadikan kudapan. Sepanjang dekad yang lalu, kami kekal sejati dengan jenama kami, "Sekali anda makan, keseronokannya tidak akan berhenti!"  Inilah sebabnya kami terus mencipta dan mengeluarkan perisa baharu kerepek Pringles untuk menjadikan setiap pengalaman snek sungguh menyeronokkan bagi seisi keluarga," kata Bose Sanjib, Pengarah Pemasaran Kellogg di Asia Tenggara.


"Kini terdapat lapan perisa, termasuk perisa kegemaran klasik seperti Asli dan Krim Masam & Bawang, serta kombinasi lain yang lazat seperti Keju Cheesy, Panas & Pedas dan banyak lagi. Kami juga mempunyai perisa hanya untuk masa terhad atau bermusim yang diidamkan oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun. Mulai 1 Mac, kami akan melancarkan Perisa Misteri yang menyeronokkan dan meriangkan semasa memakannya, kerana itulah Pringles yang sebenar! Sekarang, anda boleh menyertai permainan meneka bersama rakan dan keluarga, serta mendapat ganjaran untuk "meneka" perisa dengan betul. Walaupun jika anda tidak dapat memberi jawapan yang betul, anda akan berseronok bersama dengan orang yang tersayang sambil mencuba meneka perisa Pringles!" kata Sanjib.

Sungguh mudah untuk menyertai peraduan "Meneka Perisa Misteri"!
• BELI mana-mana 2 tin kerepek Pringles (jangan lupa untuk menyimpan bukti pembelian anda!)
• Log masuk ke laman web Pringles Malaysia di www.pringles.com. TEKA Perisa Misteri & maklumkan kepada kami misteri kegemaran anda tidak lebih daripada 25 perkataan.
• Sertai peraduan untuk MEMENANGI hadiah wang tunai RM20,000!
Untuk menambah keseronokan cabaran Perisa Misteri, Pringles Malaysia akan memberi satu (1) petunjuk setiap dua (2) minggu di halaman Facebooknya.  Ada empat (4) petunjuk untuk dikumpulkan, jadi jangan ketinggalan mendapatkan petua ini untuk membantu anda "menyelesaikan" perisa dengan betul!

Dapatkan kerepek Pringles Perisa Misteri hari ini dan sertai cabaran "Guess the Flavour" untuk merebut peluang memenangi hadiah wang tunai RM20,000!

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan Perisa Misteri Kerepek Pringles, sila layari https://www.pringles.com/my/mystery-flavour/home.html atau ikuti Pringles Malaysia di Facebook: Pringles Malaysia