Cabaran 5 hari sarapan pagi dengan Susu Dutch Lady Pure Farm

Setiap hari ramai dikalangan kita ada yang sempat atau tidak sempat untuk sarapan pagi kerana terburu-buru pergi kerja. Ada juga yang menganggap sarapan pagi tidak penting atau hendak diet mereka memilih untuk tidak sarapan pagi. Ada bermacam-macam hal yang menyebabkan kita tidak sarapan pagi padahal kita tahu betapa besar manfaat dari sarapan pagi.

Tahukah anda pengambilan sarapan pagi amat penting dalam kehidupan. Ia membekalkan tenaga untuk menjalankan segala aktiviti sepanjang hari dengan cergas dan produktif.

Meninggalkan sarapan juga boleh membawa kepada satu atau lebih risiko mendapat penyakit termasuk obesiti dan kencing manis yang mungkin boleh berkembang menjadi lebih banyak komplikasi kesihatan dari semasa ke semasa.

Bertambah buruk jika individu berkenaan menjalani gaya hidup tidak sihat dan sering dibelenggu tekanan akibat kerja atau masalah lain.

Mengapa Kita Perlu Sarapan Pagi?

-Sebagai sumber tenaga tubuh.
-Dapat meningkatkan kemampuan otak.
-Membantu tubuh menjadi langsing.
-Tumpuan dan mood menjadi lebih baik.
-Sebagai pelindung jantung anda.


Kita tidak semestinya mengambil sarapan pagi yang berlebihan untuk memulakan hari kita. Sebenarnya, satu gelas susu sudah dapat memberi kita nutrisi yang diperlukan dengan mudah dan cepat, serta cukup senang disediakan pada waktu pagi terutamanya ketika kita tidak mempunyai masa yang untuk menyediakan sarapan.

"Minum susu Dutch Lady Pure Farm pada waktu pagi membawa banyak perbezaan dalam pengambilan protein kita - hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu anda memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan dengan cara yang mudah," katanya.
Sebagai susu No.1 di Malaysia, Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting, seperti: -

Protein membantu membina dan memperbaiki tisu supaya badan kita berfungsi dengan baik.
Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak, dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk gaya hidup yang aktif.
Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja.
Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein.
Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.

Untuk menggalakkan kita semua sarapan pagi Dutch Lady Pure Farm membuat cabaran Dutch Lady Breakfast Challenge selama 5 hari. Kali ini saya menyertai cabaran ini dengan tag line nya #strongstart #dutchladybreakfastchallenge.

Jom lihat cabaran 5 hari menu yang telah saya sajikan untuk sarapan pagi.

Day 1 :- Cabaran yang pertama saya telah sarapan pagi dengan nasi lemak dari suprise box Dutch Lady. Sarapan yang berat seperti ini memang mengenyangkan. Ia memberikan kita rasa kenyang lebih lama dan dengan meminum segelas susu Dutch Lady Pure Farm mencukupkan nutrisi yg diperlukan oleh badan.

Day 2 :- Cabaran yang kedua saya telah menyajikan menu western seperti kentang putar, ayam panggang dengan beberapa rempah herba dan sayur celur seperti brokoli dan tomato. Penyediaan yang lengkap dengan Karbohidrat, protein dan serat sudah membuatkan kita kelihatan cergas ditambah lagi dengan segelas susu Dutch Lady Pure Farm.

Day 3 :- Cabaran yang ketiga dengan berbekalkan tiga bahan seperti tepung gandum, air dan ikan bilis kita sudah boleh membuat sarapan pagi dengan cucur ikan bilis. Ditambah pula dengan segelas susu Dutch Lady Pure Farm memberikan keselesaan pada perut tanpa berasa pedih.

Day 4 :- Cabaran yang ke empat saya menyajikan sphagetti Aglio Olio dengan sedikit hirisan ayam panggang dengan brokoli celur. Dilengkapkan dengan segelas susu Dutch Lady Pure Farm yang boleh membantu melancarkan sistem pembuangan tanpa rasa sembelit. 

Day 5 :- Cabaran yang ke lima ini saya menyajikan Overnight Oats. Penyediaan yang mudah hanya letakkan rolled oats, buah bluberries dan goji. Tuang susu Dutch Lady Pure Farm kedalam bekas dan simpan semalaman di dalam peti sejuk. Esok pagi kita tinggal makan dan minum dengan segelas susu Dutch Lady Pure Farm.

Tak susah sebenarnya untuk menyediakan sarapan pagi. Bermacam-macam hidangan yang mudah kita boleh sediakan dan makan tanpa meninggalkan sarapan pagi. Penyediaan awal sangat penting bila kita hendak menyediakan sarapan pagi yang berat bagi anda yang sudah biasa makan awal pagi.

Untuk mereka yang tidak biasa dengan sarapan berat pula dengan minum segelas susu dan sebiji buah juga sudah cukup untuk mereka alas perut. 


Dengan ini lengkap lah cabaran 5 hari saya dengan Dutch Lady Pure Farm. Semenjak menyahut cabaran minum susu setiap hari saya sudah jadi terbiasa minum susu. Perut rasa selesa. Sistem Penghadaman saya menjadi lancar dan usus menjadi sihat. Untuk uolls kat luar sana jom amalkan minum susu sehari dua kali iaitu pagi dan malam sebelum tidur untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan tulang yang kuat.๐Ÿ˜Š๐Ÿค—

Jom sertai dan rebut peluang ini dan memenagi hadiah menarik dari Dutch Lady Pure Farm.

Untuk lebih lanjut, boleh layari,







Post a Comment

4 Comments

  1. Suka sangat Dutch Lady especially yg Low Fat sebab ada mild lactose intolerance.

    Myra | https://thegreylinesbetween.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka susu dutch lady.. Dari anak smpai ke mak ayah nya semua minum๐Ÿ˜Š

      Delete
  2. Wah menu breakfast tu best2 rajin btol. Hehe.. tapi tak kesahla camne janji jgn skip breakfast kan. Kalau tak sempat pon yang penting susu dutch lady kena ada. Pembekal tenaga.

    ReplyDelete
  3. Best kan bila sarapan bersama susu dutch lady..rasa lengkap sarapan kita

    ReplyDelete