SEAFOOD SHELLOUT SEDAP WAJIB CUBA DI RESTORAN BARA IKAN BAKAR SENIBONG JOHOR BAHRU|| Hye orang JB yang mencari menu seafood atau shellout sedap & harga yang berbaloi meh follow akk rapat-rapat akk nak cerita tempat makan yang menarik confirm korang jilat jari punya bila makan kat tempat nie..Jom baca blog akk sampai habis..
Sebut jer Kolam Pancing Pak Akob mesti ramai pemancing dh tahu kat mana lokasi tenpat ini..Untuk korang yang berjaya dapat ikan, korang boleh masak hasil ikan yang dipancing terus jadi menu korang untuk ari tu.. Bukan itu sahaja disini ada pelbagai menu hidupan laut yang korang boleh oder..Pelbagai jenis masakan pun dia boleh masakkan..Korang nak tahu nama restoran ini ialah Restoran Bara Ikan Bakar Senibong..
MERDEKA SPECIAL PROMO RESTORAN BARA IKAN BAKAR SENIBONG
Minggu lepas Sempena bulan kemerdekaan akk berkesempatan mencuba promo yang sedang berlangsung di Restoran Bara Ikan Bakar Senibong iaitu MERDEKA SPECIAL BAG OF SEA SHELL..Promo ini berlangsung dari 16 August 2026 sehingga 30 September 2026 so korang ada masa untuk bawa family hujung bulan makan kat sini nnt..hehe..🤭🤗
Promo ini ada 3 set yang boleh korang cuba iaitu Bag of sea shell prawn, Bag of sea shell crab & Bag of sea shell lobster..
🅿🆁🅾🅼🅾
Bag of sea 🐚shell 🦐Prawn RM219
Bag of sea 🐚shell 🦀Crab RM299
Bag of sea 🐚shell 🦞Lobster RM499
Bag of sea 🐚shell 🦐Prawn RM219
Bag of sea 🐚shell 🦀Crab RM299
Bag of sea 🐚shell 🦞Lobster RM499
Akk dan kawan-kawan oder Bag of sea shell prawn & lobster.. Set
BAG OF SEA SHELL PRAWN
Untuk set Bag of sea shell prawn korang akan dihidangkan dengan udang selambak berserta dengan sotong, kupang, kekapis, siput buluh & siput seakan siput gong gong..Ia nya dimasak dengan sambal bersama dgn telur yang membuatkan rasa seafood ini pekat kuah bnyk dan semua seafood bersalut sepenuhnya dengan sambal..
BAG OF SEA SHELL CRAB
Untuk set Bag of sea crab pula korang akan dihidangkan dengan ketam bangkang 2 ekor berserta dengan udang, sotong, kupang, kekapis, siput buluh & siput seakan siput gong gong..Set ini sama dengan set udang beza nya cuma xde ketam jer..Ia nya dimasak dengan sambal bersama dgn telur yang membuatkan rasa seafood ini pekat kuah bnyk dan semua seafood bersalut sepenuhnya dengan sambal..
BAG OF SEA SHELL LOBSTER
Untuk set Bag of sea shell lobster korang akan dihidangkan dengan lobster yang setiap hidangn berat lobster ialah 1kg.. Ia di hidangkan berserta dengan sotong, kupang, kekapis, siput buluh & siput seakan siput gong gong sama seperti dua set yang lain juga..Ia nya dimasak dengan sambal bersama dgn telur yang membuatkan rasa seafood ini pekat kuah bnyk dan semua seafood bersalut sepenuhnya dengan sambal..
ANEKA SOFT DRINK
Disini ada menyediakan pelbagai jenis minuman termasuk lah air refreshing drink seperti air fruit soda drink pelbagai rasa, strawberry milk & macam² lagi..Korang boleh pilih air yg mana menjadi pilihan korang bila berkunjung ke Restoran Bara Ikan Bakar Senibong ini..
MAKANAN SAMPINGAN
Untuk korang yang nak menikmati selain dari menu Bag of sea shell korang juga boleh oder pesanan lain seperti nasi goreng kampung, Aneka burger, Ikan bakar & macam² lagi..
TEMPAT & WAKTU OPERASI
Untuk korang yang mencari lokasi Restoran Bara Ikan Bakar Senibong boleh la Goole maps atau waze nama restoran ini atau type jer nama Kolam Pancing Pak Akob Senibong mesti korang akan sampai ke lokasi tersebut..
Waktu operasi untuk restoran ini bermula dari Jam 4petang sehingga la jam 2 pagi ia akan tutup..So apa tunggu cepat booking slot sebelum fully book..Bawa family, kawan & opismate rasai kesedapan menu seafood disini tau..🤗😊
🅁🄴🅂🅃🄰🅄🅁🄰🄽🅃 🄱🄰🅁🄰 🄸🄺🄰🄽 🄱🄰🄺🄰🅁 🅂🄴🄽🄸🄱🄾🄽🄶
📍Bara Ikan Bakar Senibong (Kolam Pancing Pak Akob)
⏰️4pm–2am
📱016-4020350
🚗 Google Map
https://maps.app.goo.gl/RiinVvkTQCGnHbCB6
📍Bara Ikan Bakar Senibong (Kolam Pancing Pak Akob)
⏰️4pm–2am
📱016-4020350
🚗 Google Map
https://maps.app.goo.gl/RiinVvkTQCGnHbCB6














0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.