Cara Daftar Haji Tanpa Deposit Guna KWSP

Cara Daftar Haji Tanpa Deposit Guna KWSP

Baru-baru ini pihak Tabung Haji telah menetapkan syarat umur 65 tahun kebawah sahaja layak menunaikan fardhu haji pada musim haji tahun 2022 bersamaan dengan 1443H. Bertapa tingginya risiko jika kita menunaikan ibadah haji diusia lebih 65 tahun. Kesian atok nenek kita ini menunggu bertahun² untuk menunggu giliran panggilan pergi haji. Kali ini aku nak bagi korang kesedaran bertapa penting nya kita daftar haji awal supaya giliran haji kita akan tiba di kala kita masih kuat & sihat lagi untuk menunaikan fardhu haji nanti.


Sebagai umat Islam, kita diwajibkan menunaikan haji sekurang-kurangnya sekali sepanjang kita hidup kerana ia merupakan rukun Islam yang kelima. Namun ia bergantung kepada kemampuan diri masing-masing. Sebagai langkah selamat, kita digalakkan untuk mendaftar haji terlebih dahulu kerana giliran panggilan untuk menunaikan haji semakin bertambah dari tahun ke tahun. Bahkan ada yang terpaksa menunggu hampir 30 tahun tetapi ianya boleh dirayu jika ahli sudah mempunyai simpanan yang mencukupi di akaun tabung haji. Kali ini aku nak kongsikan syarat-syarat dan cara pendaftaran haji melalui KWSP tanpa deposit RM1300 kepada ahli-ahli penyata KWSP yang berniat untuk pergi menunaikan haji. 

Syarat-Syarat Daftar Haji Melalui KWSP


Pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di bawah sebelum membuat pendaftaran skim pendaftaran haji KWSP: 

✨️Merupakan warganegara Malaysia 
✨️Beragama Islam 
✨️Mempunyai simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM1300 
✨️Berumur 14 hingga 55 tahun 

Pendaftaran Haji Melalui KWSP  

Sila ikuti langkah mudah di bawah untuk mendaftar haji melalui KWSP: 
1. Layari Portal KWSP 
2. Log masuk ke i-Akaun anda 
3. Buka penyata terkini, muat turun dan kemudian cetak penyata KWSP masing-masing. 
4. Anda juga boleh hadir ke mana-mana kiosk atau cawangan KWSP dan cetak penyata kewangan semasa anda. 
5. Seterusnya, sila kunjungi pejabat cawangan Tabung Haji dengan membawa penyata KWSP anda bersama kad pengenalan. 
6. Tekan butang Daftar Haji ketika mengambil nombor sebelum berurusan dengan pegawai di kaunter. 
7. Anda akan mendaftar haji di kaunter dan menandatangan serta meninggalkan cap jari pada borang pendaftaran sebagai langkah pengesahan. 

Selain pejabat cawangan Tabung Haji, pendaftaran haji juga boleh dilakukan melalui kaunter Mudah Alih TH, Rakan Strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic dan CIMB Islamic serta Laman Web THiJARI 

Soalan Lazim Berikut adalah soalan lazim bagi pendaftaran haji melalui KWSP untuk rujukan anda:

🕌 Adakah ahli boleh mengeluarkan simpanan KWSP melalui kemudahan ini? 

Tidak. Kemudahan ini hanya bertujuan mendapatkan giliran mengerjakan haji. Ia juga bukan bertujuan membiayai ibadah haji itu sendiri dan kekal sebagai simpanan KWSP ahli serta dividen akan diterima seperti biasa. 

🕌 Bolehkah ahli membuat pendaftaran haji bagi pasangan (suami, isteri) atau ibu bapa atau anak-anak di bawah kemudahan ini? 

Tidak. Hanya pendaftaran individu ahli sahaja dibenarkan untuk kemudahan pendaftaran haji ini. 

🕌 Mengapa ahli yang berumur 55 tahun ke atas tidak layak menggunakan kemudahan ini? 

Bermula umur 55 tahun, ahli boleh mengeluarkan kesemua simpanan KWSP pada bila-bila masa. Oleh itu, ahli boleh membuat pendaftaran sendiri dengan Tabung Haji. 

🕌 Bolehkah ahli yang telah mendaftar haji melalui Tabung Haji menukar kepada kemudahan Pendaftaran Haji Melalui KWSP tanpa melibatkan tarikh peruntukan giliran haji yang diberi sebelum ini? 

Boleh. Tahun peruntukan giliran haji ahli kekal tanpa sebarang perubahan. Wang pendaftaran haji RM1,300.00 sebelum ini akan dicairkan. Pertukaran ini boleh dibuat di mana-mana cawangan Tabung Haji sahaja. 

🕌 Bolehkah ahli KWSP mengeluarkan simpanan KWSP bagi tujuan membiayai kos keseluruhan menunaikan ibadah haji? 

Simpanan KWSP merupakan wang simpanan persaraan ahli. Tetapi, dengan syarat tertentu, sebahagian wang dalam akaun KWSP ahli boleh digunakan untuk membiayai kos haji anda. Sila rujuk pautan berikut: Pengeluaran KWSP bagi kos menunaikan haji.




Sumber Dari :- www.irujukan.my

Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.