WATERPARK FOREST CITY
Untuk ibu ayah yang menetap di Johor Bahru atau pergi menziarah keluarga atau bercuti di Johor Bahru boleh la selitkan aktiviti bermain air di Waterpark Forest City yang terletak di Gelang Patah, Johor.. Lokasi waterpark nie terletak di tepi pantai..Ia merupakan satu satunya taman air yang menghadap pantai yang sangat bersih & cantik di Forest City, Kampung Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor..
Di sini kawasan ini juga terdapat sebuah hotel iaitu Forest City Marina Hotel..So kalau korang ada staycation di sini sangat dekat la untuk pergi bermain air di Forest City Waterpark ini..
Disini ada 6 jenis taman tema air yang disediakan iaitu water slide, water maze, water challenge, kids pool & 2 adults pool.
Manakala water maze nie anak-anak kena melalui laluan berhalangan sambil mencari jalan keluar memang mencabar untuk anak mencubanya..
Untuk anak-anak yang pandai berenang boleh la berenang di kawasan yang kolam air yang dalam sedikit dengan pengawasan orang dewasa..Puas anak-anak berenang disini dengan air yg bersih & jernih.. Anak-anak pasti seronok berendam & bermain sambil berenang didalam kolam yg sangat luas ini..
WAKTU OPERASI & BAYARAN KEMASUKAN
Ada yang tanya bila waktu ia beroperasi & berapa bayaran untuk anak-anak??..Disini ia beroperasi dari Jam 10 pagi sehingga 9 malam..
Bayaran akan dikenakan untuk org dewasa atau kanak² yang hendak bermandi- manda sahaja..Bayaran yg ditetapkan utk dewasa & kanak² sebanyak RM20 sahaja.. Anak² boleh main air sepuasnya disini..Korang akan diberi gelang kertas & memakai nya ketika hendak mandi nanti..
Disini juga ada disediakan ruang locker utk simpan beg & vending machine utk membeli makanan ringan sambil melihat anak² mandi & bermain..
Korang juga boleh rasai pengalaman road tour dikawasan Forest City sambil menaiki kereta api.. Bayaran yg dikenakan rm5 seorang untuk naik keretapi ini..
Selepas puas mandi-manda korang boleh la mandi & tukar baju di changing room yg disediakan..Selain itu toilet, ruang solat & bilik menyusukan bayi pun ada juga disediakan..Semua kemudahan disini mesra dengan korang yang nak beriadah disini..
DUTY FREE SHOP & CAFE
Setelah penat bermandi manda korang juga boleh la jalan-jalan ke Duty Free Shop & cafe yg ada disini..Ada pelbagai jenis cafe seperti Marrybrown, Mixue, Kampung Carabao, Ipoh coffe, Tom & Danny cafe & macam² lagi..
Kalau anak² ada yang tak bawa baju mandi kotang juga boleh beli disini jgk..Bukan itu sahaja ada pelbagai jenis shop lot & kiosk² yg boleh korang kunjungi disini..
Kalau korang yg jenis sukakan kereta sentiasa berkilat & bersih boleh la buat car detailing disini dengan harga yg berpatutan..
Nak ronda² tapi tak nak jalan kaki korang juga boleh la sewa pengangkutan seperti basikal, kereta mainan, scotter & motor electric..
So apa tunggu lagi jom cipta kenangan korang dengan family beriadah di Forest City Water Park..🤗😊













0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.