Roti Canai Pizza Air Fryer



As'salam tahun baru nie tiba-tiba jadi rajin pula nak memasak untuk family. Start tahun baru sampai la nie hujan turun tak berhenti-henti. Cuti-cuti nie nak bawa anak jalan-jalan pun tak boleh. 

Bila duduk je rumah anak-anak sibuk tanya ibu nak masak apa saya lapar la. Padahal baru je lepas sarapan. Nasib baik barang-barang dapur semua aku dah top up boleh la aku buat menu buat kunyah² untuk anak².

Ct Suzie masak apa tu??

Aku dengan rajinnya pun buat la roti canai pizza. 



BAHAN²
*Roti Canai instant (aku pakai brand kawan)
*Prego sos pasta tomato
*Sosej (dipotong kecil²)
*Mozarella cheese
*Mayonis 
*Chilli sos

CARA-CARA 


-Ambil sekeping roti canai panaskan sekejap didalam kuali tanpa minyak untuk bagi permukaa roti canai keras supaya tidak lembik & melekat semasa membakar didalam air fryer.



-Selepas itu sapu kan sos prego dipermukaan roti canai yg sudah siap di panaskan.



-Hiaskan roti canai dengan sosej, bawang atau apa saja yang korang suka.



-Selepas itu letakkan mayonis & sos cili diatas pizza tadi.



-Taburkan mozarella cheese mengikut banyak mana yang korang suka.



-Masukkan pizza di dalam air fryer & bakar suhu 180°c selama 10 minit atau 15 minit ikut korang suka nak garing macam mana.



-Selepas dah siap bakar boleh la gunting pizza mengikut besar mana yang anda mahu.

Selamat Mencuba..😊🤗😋🤭