Rangka Ayam Goreng Nenas Crispy Rangka Ayam Goreng Nenas Crispy - Siti Suziana Dot Com

Rangka Ayam Goreng Nenas Crispy

Rangka Ayam Goreng Nenas Crispy



As'salam syukur kita semua masih dilindungi dari Covid -19 ini. Hujan² nie perut jadi cepat lapar. Bila tengok iklan makanan pantang perut dah berbunyi bagi amaran masa untuk makan sudah hampir tiba..HaHa πŸ€£πŸ€£πŸ˜…πŸ˜…

Klo bab makan memang tak boleh nak sabar kan. Pening jugak kan bila nak masak, sampai tak tahu nak makan apa. Sebelum nie ada juga plan nak tentukan menu apa yang nak masak untuk seminggu. Tapi nak buat macam mana smpai sekarang tak buat² lagi list menu. Asyik terlupa je..HaHa πŸ€£πŸ€£πŸ˜…πŸ˜…


Ayam nenas??


Pada minggu lepas aku ada ternampak iklan rangka ayam nenas. Aku pun terfikir² sama ada rangka ayam itu telah diperap dengan nenas?? atau rangka ayam yang dimasak dengan nenas?? Semua andaian yang aku buat tidak benar.

Kalau korang nak tau kenapa ia dipanggil rangka ayam nenas sebab semasa ayam-ayam nie hidup ia diberikan makan makanan organik iaitu buah nenas.

Penjual rangak ayam nenas nie cakap rasa nya sedap bila digoreng so aku pun dengan tamak nya terus beli 6 ketul rangka ayam nenas. Almaklum la rangka ayam nenas bukan nya ada isi sangat pun, sebab itu lah aku beli bnyak baru puas makan..πŸ˜…πŸ˜…πŸ€£πŸ€£


Resepi Rangka Ayam Goreng Nenas Crispy

Kali ini aku nak kongsikan dengan korang resepi Rangka Ayam Goreng Nenas Homemade versi aku..Klo nak senang cakap beli rangka ayam macam kat pasar malam tu..Sebiji mcm tu aku nak buat tau..HaHa 🀭🀭

Bahan-bahan 
*4 ekor Rangka Ayam Nenas
*1 cawan Tepung Goreng Ayam Bistari
*1/2 cawan Tepung Jagung
*1/4 cawan Tepung Beras
*3 sudu besar Serbuk Kari Ayam Babas
*1 jug air 

Cara-cara 
-Campurkan semua tepung & serbuk kari ayam didalam dulang dan gaul sehingga sebati.
-Panaskan minyak yang banyak untuk goreng tenggelam rangka ayam nenas ini.


-Ambil ayam & golekkan di atas tepung sehingga rata. Kemudian ketuk² ayam tersebut untuk biarkan tepung yang tidak lekat jatuh.


-Kemudian celupkan ayam tadi ke dalam bekas berisi air.


-Selepas itu toskan dan celup semula ayam tadi didalam tepung dan golek² kan sehingga tepung rata.


-Masukkan ayam yang dah siap golek tadi kedalam minyak yg betul² panas.
-Goreng sehingga warna nya bertukar coklat keemasan atau sudah garing.
-Setelah selesai menggoreng toskan minyak boleh la makan panas² mmg sedap..πŸ˜‹πŸ˜‹


Harga Rangka Ayam Nenas??

Harga rangka ayam nenas aku beli 1 ketul RM1.50 yang belum dimasak murahkan. Kalau beli kat pasar malam yang dah siap goreng RM3.50 atau RM4 bergantung pada size rangka ayam.

Memang sangat berbaloi kalau beli  masak sendirikan..HaHa πŸ˜ŠπŸ€—πŸ€­ kat sini aku share dengan korang contact no sis yang jual rangka ayam nenas nie..Untuk orang pasir gudang,JB boleh klik link nie untuk oder RANGKA AYAM NENAS


Selamat mencuba ya..Tak rugi buat sendiri rasanya memang sebiji macam beli rangka ayam kat pasar malam..πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜ŠπŸ€—πŸ€­








Post a Comment

6 Comments

  1. Rajin nya dia cari rangka ayam...
    Selalu klu tingin nak makan memang cari kat pasar malam je hehehe

    ReplyDelete
  2. Sebab ada org iklan la jadi punca suzie terbeli..bila dh beli kena la masak betul tak..heheπŸ€­πŸ€­πŸ€—πŸ€—

    ReplyDelete
  3. kalau guna tepung Bestari tu kompom jadi kann.. haritu pestim egoreng sotong guna, barulah jadi hahahaha

    ReplyDelete
  4. tiap minggu beli ayam ni dekat pasar malam hehehe

    ReplyDelete
  5. Pergi pasar malam selalu beli rangka ayam...hihihi

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.