Resepi Sambal Ikan Bakar Sedap by Suzie



Resepi Sambal Ikan Bakar Sedap by Suzie|| Assalam..Sebut sahaja ikan bakar mesti ramai yang suka akan menu ini. Kalau makan dikedai aku memang akan oder ikan pari bakar. Sedap tu klo makan dengan nasi panas-panas. Kali ini aku nak kongsikan resepi sambal ikan bakar yang selalu aku buat sendiri. Family aku makan lauk ni sampai tmbah nasi tau..HaHa.. Jom tengok resepi kat bawah ni.

RESEPI SAMBAL IKAN BAKAR by Suzie

Bahan-Bahan:-

15 btg Cili Kering ( ikut suka nak pedas atau tak ) gunting & rebus

3 biji Bawang Besar

2 biji Bawang Putih

1/2 inch Belacan

2 btg Serai di hiris

1/2 inch Halia

1/2 inch Kunyit


Cara-Cara:-

*Semua bahan diatas di kisar sehingga lumat.

*Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga naik minyak. Gaul rata jangan sampai hangus.

*Masukkan garam dan gula (selalunya sambal ikan bakar manis so ikut citarasa nak manis macam mana). Kemudian tutup api.

*Sediakan ikan yang hendak dibakar. Sebelum itu anda perlu basuh dengan tepung gandum dan limau untuk hilangkan bau hanyir & hancing ikan.

*Taburkan sedikit garam lumur pada ikan sebelum bakar.

*Alas daun pisang diatas alat pembakar.

*Letak sedikit sambal kemudian letak ikan dan tutup ikan dengan sambal sekali lagi.

*Bakar ikan hingga masak.

*Kalau suka aroma daun kunyit boleh la hiris daun kunyit dan tabur diatas ikan bakar.

*Selamat mencuba.


Sampai disini sahaja resepi yang aku kongsikan untuk uollss..Aku harap uollss semua suka dengan resepi ini ya..Selamat mencuba..;)



Post a Comment

14 Comments

  1. yey, boleh dicubain ni, nak cari ikan beso2 dulu, tq SUzie

    ReplyDelete
  2. welcome kak seri..nnt bg feedback ya...:)

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaa kak oi...mengancam betul rupa sambal tu!

    ReplyDelete
  4. sedapnya lahai...buat bebanyak ek, nak makan senang

    ReplyDelete
  5. Ya Tuhan, menggoda ni buat bakar² belakang rumah hujung minggu ni. Yosh! Thanks for the resepi. Nanti nak cuba. :)

    ReplyDelete
  6. feveret anak2 akak ikan bakar.. resepi lebih kurang sama.. tapi kadang2 ummi dia malas bubuh serai..kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bubuh serai tu yang buat rasa sebiji mcm makan kat kedai… ;)

      Delete
  7. makan dgn nasi putih saja sedap ni, pastu ulam sikit... huhuhu terliur

    ReplyDelete
    Replies
    1. mkn mcm tu pn sedap..klo ada sayur air lagi la tmbh nasi...

      Delete
  8. Ikan pari adoo, so bolehlah cuba nanti... ngencess aku nenngokkk

    ReplyDelete
  9. Sedap nampaknya ni. Teringin pulak nak cuba buat

    ReplyDelete