Resepi Sambal Ikan Bakar Sedap by Suzie|| Assalam..Sebut sahaja ikan bakar mesti ramai yang suka akan menu ini. Kalau makan dikedai aku memang akan oder ikan pari bakar. Sedap tu klo makan dengan nasi panas-panas. Kali ini aku nak kongsikan resepi sambal ikan bakar yang selalu aku buat sendiri. Family aku makan lauk ni sampai tmbah nasi tau..HaHa.. Jom tengok resepi kat bawah ni.

RESEPI SAMBAL IKAN BAKAR by Suzie

Bahan-Bahan:-

15 btg Cili Kering ( ikut suka nak pedas atau tak ) gunting & rebus

3 biji Bawang Besar

2 biji Bawang Putih

1/2 inch Belacan

2 btg Serai di hiris

1/2 inch Halia

1/2 inch Kunyit


Cara-Cara:-

*Semua bahan diatas di kisar sehingga lumat.

*Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga naik minyak. Gaul rata jangan sampai hangus.

*Masukkan garam dan gula (selalunya sambal ikan bakar manis so ikut citarasa nak manis macam mana). Kemudian tutup api.

*Sediakan ikan yang hendak dibakar. Sebelum itu anda perlu basuh dengan tepung gandum dan limau untuk hilangkan bau hanyir & hancing ikan.

*Taburkan sedikit garam lumur pada ikan sebelum bakar.

*Alas daun pisang diatas alat pembakar.

*Letak sedikit sambal kemudian letak ikan dan tutup ikan dengan sambal sekali lagi.

*Bakar ikan hingga masak.

*Kalau suka aroma daun kunyit boleh la hiris daun kunyit dan tabur diatas ikan bakar.

*Selamat mencuba.


Sampai disini sahaja resepi yang aku kongsikan untuk uollss..Aku harap uollss semua suka dengan resepi ini ya..Selamat mencuba..;)