Ticker

6/recent/ticker-posts

10 Tempat makan sedap di Johor Bahru

Makan menjadi rutin pada semua orang. Bila lapar semua perkara kita nak buat tak jadi. Kepala pula fikir nak cari makan apa & nak makan kat mana..Betul tak..⁉️⁉️😅😅

Kali ini aku nak share dengan uollss semua "10 Tempat Makan sedap di Johor Bahru" yang uollss kena cuba. 

#1 RESTORAN SEAFOOD SERI BAHAGIA TANJUNG LANGSAT PASIR GUDANG



Kali ini aku mulakan tempat makan sedap di kawasan Pasir Gudang dahulu iaitu Restoran Seafood Seri Bahagia Tanjung Langsat. Ia terletak betul-betul dihujung kawasan Pasir Gudang. Untuk uolss yang nak makan seafood sambil menikmati pemandangan di tepi pantai boleh lah makan disini.

Nak tau apa lagi yang menarik disini boleh klik link ini.. RESTORAN SERI BAHAGIA TANJUNG LANGSAT

#2 RESTORAN BEST DIM SUM & PAU PASIR GUDANG



Untuk yang mengemari makanan chinese seperti dim sum atau pau boleh la cuba ke Restoran Best Dim Sum yang terletak di Kip Mart Masai. Bermacam jenis dim sum uollss boleh pilih..Panas² lagi tau..

Nak tau menu apa yang ada boleh klik link ini RESTORAN BEST DIM SUM PASIR GUDANG

#3 KAFE KIRI KANAN TOPPEN TEBRAU



Untuk uollss yang ada plan nak g shopping di mall TOPPEN atau IKEA Tebrau boleh la singgah makan di Kafe Kiri Kanan. Disana ia menyajikan makanan berkonsepkan Asian Fusion. Menu yang disediakan sangat menarik.

Nak tau apa yang menarik disana jom klik link ini KAFE KIRI KANAN

#4 LOK LOK JB



Bila tengok je mesti ingat ini steamboat. Kalau uollss nak tau ini la Lok Lok. Ia merupakan makanan ala steambot yang dicelup tepung sebelum digoreng. Ia dihidangkan dengan pelbagai jenis sos. 

Nak tau lokasi lok lok halal disekitar JB boleh klik di link ini LOK LOK JB

#5 SENOKO SEAFOOD, STULANG


Untuk yang gemarkan masakan ala thai boleh la mencuba di Restoran Senoko Seafood Stulang Laut. Disini menu yang dimasak memang menepati citarasa pengunjung yang datang. 

Nak tau lebih lanjut mengenai Restoran Senoko Seafood ini  boleh la klik link ini RESTORAN SENOKO SEAFOOD

#6 LOMAQ FOODIE, GELANG PATAH


Untuk uollss yang minat masak lemak cili api boleh la cuba makan di Restoran Lomaq Foodies. Ia menyajikan pelbagai menu masak lemak cili api seperti Daging salai lemak cili api, Itik salai lemak cili api, Ayam lemak cili api & pelbagai lagi. 

Nak tahu info lanjut boleh la klik di link ini LOMAQ FOODIES

#7 ISTANBUL TURKISH, NUSAJAYA

Untuk anda yang mahukan citarasa yang lain dari yang lain boleh la mencuba menu dari Istanbul pula. Jangan ingat johor tak ada menu unik dari negara luar tau..🤭🤭 Uolss boleh pergi ke Restoran Istanbul Turkish  Cuisine yang terletak di Taman Nusajaya. 

Disana ia mengajikan menu seperti Nasi Pilav, Kebab & lain-lain lagi. Nak tau lebih lanjut boleh klik link ini ISTANBUL TURKISH CUISINE

#8 CHABA THAI FOOD, TAMAN IMPIAN EMAS


Bila uollss dengar je nama dah tau yang restoran ini menyajikan makanan yang bertemakan Ala thai. Pemiliki restoran ini ialah anak jati Kelantan dengan masakan yang dimasak ini telah menambat hati pengunjung tetap yang berada di sekitarnya. 
Menu paling hot ialah Tom Yam Seafood, Tom Yam Poktek, Siakap 3 rasa, Siakap Stim Limau, Siakap Dua Musim & macam² lagi.

Nak tau info lanjut mengenai restoran ini boleh ke entry ini CHABA THAI FOOD

#9 ATEH CORNER, SKUDAI


Kalau uollss nak cari tempat makan yang ada Western, Ala Thai & Malay food boleh la pergi ke Restoran Ateh Corner di Taman Universiti Skudai. Disini pn ada jugak pencuci mulut & makanan kudap-kudapan pun ada.

Nak tahu lebih lanjut boleh la klik di link ini ATEH CORNER

#10 WACHAA BURGER, SENGGARANG BATU PAHAT


Bagi peminat burger mesti uollss nak mencuba menu burger di tempat lain kan. Uollss boleh la try makan di Wachaa Burger di Parit Kadir, Senggarang, Batu Pahat. Disini terdapat aneka menu seperti Burger, Steak, Chicken, Lamb, Fish & Chip, Sphagetti & lain². Harga nya sangat berpatutan.

Nak tau lebih lanjut boleh la klik ke link ini WACHAA BURGER BATU PAHAT



Post a Comment

7 Comments

  1. Perghhhh.. mantappp.. sy tak pernah try lagi food kat kafe kiri kanan tu.. huhu... semuanya nampal sedap.. kalau singgah area sana, memang nak pergi lah terjah

    ReplyDelete
  2. Waaa semuanya nampak sedap...bolehlah cuba ni nanti yaaaa...

    ReplyDelete
  3. kafe kiri kanan tu ramai benor asyik tayang, nanti nak kena try gak lerrr

    ReplyDelete
  4. nanti nak terjah mana yg belum terjah hehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.