Mee Kari Nyonya kesukaan keluarga Mee Kari Nyonya kesukaan keluarga - Siti Suziana Dot Com

Mee Kari Nyonya kesukaan keluarga

 

Mee Kari Nyonya kesukaan keluarga



Pada minggu lepas aku berpeluang memasak menu special untuk family. Bila time tak keje aku akan buat menu special sebab bukan selalu aku masak. Hari biasa pun mama aku dh masak untuk anak² aku. So aku pilih hari minggu je nak asah bakat memasak aku..HaHa不不五五

Kali nie aku nak kongsi kan dengan korang menu yang menjadi favret anak-anak aku iaitu Mee Kari Nyonya. Jom kita tengok resepi kat bawah nie.


Resepi Mee Kari Nyonya


Bahan-bahan

3-4 paket kecil rempah kari daging babas (ikut nak pekat boleh letak banyak)
2 batang serai (diketuk)
1 kotak santan kara
1 cawan isi ayam, dipotong dadu
2 keping asam keping
Tauhu keping
Tauhu kembung (tauhu pok)
Mi kuning 
Garam & gula secukup rasa

Bahan Kisar

1/2 cawan cili kering (dah siap rebus)
4 biji buah keras
1 inci lengkuas
5 biji bawang putih
2 biji bawang besar
1 inci halia
2 sudu besar udang kering (yang telah direndam)

Bahan hiasan

Taugeh dicelur
Cili merah dihiris 
Daun bawang dan daun sup (dihiris)
Bawang goreng 

Cara penyediaan  

-Bahan kisar perlu dikisar sampai halus & panaskan minyak dalam periuk dan tumis sehingga naik bau.
-Kemudian masukkan rempah kari dan serai tumis sehingga pecah minyak.
-Kemudian masukkan ayam & asam keping dalam rempah tumis tadi dan masukkan air secukupnya & kacau rata.
-Bila hampir mendidih masukkan pula santan dan isi seperti tauhu keping & tauhu pok. 
-Tambah garam & gula secukup rasa apabila kuah sudah mendidih dan semua isi masak sempurna. Kemudian boleh lah diangkat dan dihidangkan kuahnya bersama mee yang telah dicelur bersama dengan bahan hiasannya sekali.


Tambahan;-
*Boleh juga sediakan kuah bersama isi ayam atau bahan lain seperti udang, kerang, fish cake dan fish ball yang dicelur sampai masak dan hidangkan asing dalam mangkuk.

*Kalau korang nak rasa pedas boleh la letak sambal garing ikan bilis mengikut kesukaan.


Untuk korang nak gambar detail tentang bahan-bahan yang aku guna boleh lihat dibawah.


Nie la tauhu keping yang aku guna..


Nie tauhu pok..


Nie sambal garing homemade pedas² manis gitu..Makan sekali pasti tambah lagi.五五


Kalau korang tak ada sambal garing boleh la cuba letak sambal cili yang memang sesuai dimakan bersama mee kari nyonya. Resepi sambal cili ada dibawah ni. Boleh hidangkan seperti gambar dibawah.

Resepi sambal & gambar sumber dari ;- norazlitaaziz.blogspot.com


Sambal Cili

Bahan-bahan;-

15 tangkai lada kering (rebus hingga lembut)
3 tangkai cili merah
2 sudu besar udang kering (rendam hingga lembut)
3 ulas bawang putih
1 inchi belacan
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara;-

Semua bahan di kisar halus & di tumis sehingga pecah minyak. Tambahkan garam & gula boleh la dimakan bersama mee & kuahnya.



Post a Comment

12 Comments

  1. Baru pagi tadi sarapan Mee Kari, akk suka letak sambal tumis. Yang penting tauhu pok kena banyak, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapkan kak seri..anak2 sy makan mee sekilo xcukup..hehe

      Delete
  2. Agak lama juga tak bikin Mee Kari ni laaa.. nanti nak buat jugalaaaa..

    ReplyDelete
  3. Mi kari ni yg buat dia kaw, sambal dia tu heehe lama nya x makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul...sy lagi suka makan letak smbal cili flakes..

      Delete
  4. Tak pernah cuba lagi style mee kari yang ni. Nak try buat. Tq share resepi suzie

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.