Ticker

6/recent/ticker-posts

KISAH SAHUR IFTAR IBU ANAK 4 - 1 RAMADAN 1447H

KISAH SAHUR IFTAR IBU ANAK 4 - 1 RAMADAN 1447H|| Salam 1 Ramadan 1447H.. Alhamdulillah syukur kepada Allah yang memberikan peluang untuk kita bertemu dengan bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramdan..Syukur lagi sekali kerana Allah berikan ibu rezeki untuk sihat dapat ibu menyediakan juadah untuk sahur & juga berbuka untuk keluarga tercinta..

1st ramadan nie ibu join program solat sunat tasbih di masjid Taman Pasir Putih..Alhamdulillah Allah gerakkan diri ini utk join..Sekurang kurangnya setahun sekali bagus kita buat solat sunat tasbih..


MASA UNTUK SAHURR..

Hari ini ibu tersadar awal tepat jam 4 pagi ibu bangun jer terus keluarkan dada ayam dalam peti & masukkan kedalam microwave..Nasib baik ibu ada microwave so boleh la defrost ayam biar cepat cair..Sebelum ini ibu gunakan kaedah cucur air & rendam ayam beku tu dalam air yang mengalir smpi ia 30% cair..Tapi cari nie membuatkan ia lambat nak cair ais nya..Ada 1 cara yg ibu pernah dengar iaitu korang amik air panas lepas tu korang letak 1 sudu cuka & 1 sudu garam..Kacau sampai sebati lepas tu rendam dgn ayam beku tu nnt ia membuatkan ais itu cepat cair..So korang boleh la cuba mana-mana option yang korang nak cuba..hehe



Sambung balik cerita masak tadi ibu plan nak buat Wrap Ayam Fajitas so ibu siap2 kan la barang2 seperti lada benggala (Capsicum) & bawang holland untuk di hiris..Selesai jer semua terus ibu potong kecil-kecil untuk diperap lalu terus dimasak.Cara buat ayam fajitas ini senang jer nnt ibu akan share untuk next entry..



Selain dari buat ayam fajitas ibu buat la juga air untuk kita kenyang untuk masa yang lama iaitu Protien shake..Buat nya senang jer dengan menggunakan 5 bahan kita dah dapat membuatkan perut rasa kenyang.. Bahannya ialah Kurma, Rolled Oat, Susu, Buah dragon fruit & yogurt..Masukkan dalam blender dah siap..Sblm tu korang kena la rendam kurma siap2 buat mcm ala-ala air nubis iaitu air rendaman kurma..

Alhamdulillah tepat jam 5 ibu dah selesai buat semua so masa ada lagi 1 jam sebelum azan subuh berkumandang..Anak-anak bangun dengan mudah basuh muka terus nikmati hidangan sahur..

MASA UNTUK IFTAR...

Menu untuk iftar ari ini ibu masak Ayam Salted Egg kesukaan anak-anak..Petang tadi suami ibu ajak ibu dan anak-anak jalan-jalan pergi Aeon Tebrau saja nak tgk suasana 1 ramadan ramai juga mall sempena perayaan tahun baru cina ramai juga la kaum cina yang jalan-jalan kat mall..Lepas penat tawaf anak-anak request nak beli Sushi kat Empire Sushi..Suami ibu layan kan la anak-anak bila ibu tengok anak-anak pilih sushi sampai 4 box terkejut ibu..Almaklum la 1st puasa kan macam-macam ia craving nak makan itu ini..Anak ibu yang no 2 tu Abg Akmal siap cakap "Ibu sushi nie sy nak makan lepas balik trawih..Buka saya nak makan lauk ibu masak"



Keluar jer mall terus suami ibu singgah ke bazar air biru nak cari air soya & sedikit kuih-muih katanya selesai ia tawaf dapat la hasil Kuih lopes, kuih karipap & kek batik kakak aisyah..Jam dah menunjukkan jam 5 terus la gerak balik..Sampai jer rumah ibu terus berdezup potong dada ayam untuk ibu buat pop corn chicken,,Lepas tu baru la tumis bahan-bahan nak masak Ayam Salted Egg..Macam biasa kalau masak menu ini ibu akan suruh abg akmal petik daun kari kat luar rumah..Nasib baik ia masih ingat lagi rupa daun kari..hehe



Tepat jam 6.30 selesai semua kerja masak memasak..Ibu ddk jap tgk tv sambil buat la beberapa senaman utk kecikkan peha squat beberapa rep..hehe Jam dah tunjuk kol 7.00pm ibu siap2 la hidangkan juadah untuk iftar..Tepat jam 7.22pm azan berkumandang.. Alhamdulillah selesai iftar dengan keluarga tersayang..Sampai licin Ayam Salted Egg ibu masak tadi..

Balik trawih anak² sambung makan sushi pulak..😅😅🤭



Sampai sini jer entry ibu untuk 1 ramadan nie..Doakan esk² ibu rajin untuk update entry 2 ramadan pulak..🤭🤭🤗

Post a Comment

0 Comments