GEMPITA RAMADAN RENAISSANCE
Untuk korang yang nak mencuba kelainan menu berbuka puasa dengan menu istimewa signature dari air tangan selebriti jemputan iaitu Sheila Rusly & Zam akmal boleh la berbuka puasa di Renaissance Johor Baharu Hotel..
Bukan itu sahaja sepanjang bulan ramadan korang akan disajikan lebih 300 jenis menu dari pelbagai jenis masakan..Nak tau apa menu yang menarik disini jom scroll bawah tgk gambar-gambar yg suzie kongsi kan dalam blog ini..
MENU ISTIMEWA GEMPITA RAMADAN
Tema Gempita Ramadan kali ini membawakan lebih 300 menu dari semua jenis menu dari makanan appetizer, main menu, side dish, dessert & aneka minuman..
Antara menu yang menjadi pilihan semua orang ialah Masakan Gulai Kawah..Ada pelbagai jenis gulai mengikut giliran hari seperti..
ISNIN|RABU|JUMAAT menu Gulai daging tetel nangka muda, Asam pedas ikan pari, udang sambal petai, ayam goreng berlado hijau, kambing rendang cili padi
SELASA|KHAMIS|SABTU|AHAD menu ayam bakar masak lemak cili padi, ikan goreng sambal terasi, kerutuk daging, udang masak tempoyak, paru garing balado merah
STALL SOUP ada menyediakan aneka menu seperti sup berempah & sup merah korang boleh pilih nak letak isi sup tu ekor/gear box kambing/perut/urat keting/daging..Sambil hirup panas² boleh la makan roti celup sup tabur bawang goreng, daun sup tak lupa juga sambal kicap mmg power la..hehe Pasembok & tahu sumbat pun ada tau..
Bukan ini jer korang..Macam² ada belum lagi masuk Menu Hidangan Utama nie wajib ada seperti western food, barbeque & deep fry food, western hot dishes food, chinese hot dishes food, & asian hot dishes food..Menu utk hidangan utama ini akan bertukar setiap hari..So korang tak akan dpt menu yg sama utk keesokan hari nya..
Tak cukup lagi yg ini ada pulak Barbeque surf & turf yg minat grill² tu boleh la makan lamb chop, chicken thigh, seabass fillet, mackerel fillet & sweet corn & cob sambil makan boleh dip dgn sos black pepper, mushroom atau lemon..
Panjang nak kena cerita nie so aku ringkas kan la ya..Biar tak jemu pulak nak baca blog aku..Kat Renaissance nie ada Live stall korang seperti stall satay & ayam percik, stall dapur beryani, stall gorengan manis, stall popia, stall shawarma, stall murtabak & roti john, stall aneka mee yg nie paling aku suka sgt laksa johor, laksa penang, mee bandung & mee kari sedap² semuanya..😋
SAJIAN ISTIMEWA DARI AIR TANGAN SELEBRITI SHIELA RUSLY & ZAM AKMAL
Untuk korang yang nak merasai menu dari air tangan selebriti ini boleh la mencuba nya.. Ada 2 selbriti yang menjadi tetamu jemputan hujung minggu kesukaan ramai iaitu Shiela Rusly & Zam Akmal..
Menu hidangan dari Shiela Rusly iaitu Sate Lilit Janda Mengamuk boleh la dtg utk rasai kesedapan satay lilit yg kaya rasa & premium..
Untuk Zam Akmal pula membawakan menu kesukaan aku iaitu Manja-manja spicy glass noodle..Sedap glass noodle nie..Makan dgn beef slice & sambal garing udang memang power..
Kalau koramg nak tau bukan setiap hari tau korang boleh rasa menu air tangan selebriti jemputan ini, ia akan beraksi pada hujung minggu sahaja..Korang boleh lihat tarikh nya dibawah ini..
SHIELA RUSLY SATE LILIT JANDA MENGAMUK
📅 20 & 21 Feb 2026
📅 27 & 28 Feb 2026
📅 6 & 7 Mar 2026
ZAM AKMAL MANJA-MANJA SPICY GLASS NOODLE
📅 27 & 28 Feb 2026
📅 6 & 7 Mar 2026
📅 13 & 14 Mar 2026
Nak tau apa lagi yg ada kat buffet Gempita Ramadan ini jom booking skg..🤭🤭 Mesti korang puasa hati sbb macam² menu korang boleh pilih & rasa..Kalau nak melantak smpi habis silakan..😍😋
TEMPAHAN GEMPITA RAMADAN??
Mesti korang nak tahu harga utk buffet ini kan & cara nak booking slot..Senang jer korang boleh lihat keterangan lanjut dibawah ini..
🕌GEMPITA RAMADAN🕌
📍Renaissance Johor Bahru Hotel
📅 19 Feb ~ 20 Mar 2026
⏰️ 6.30pm ~ 10pm
🍽 300+ pilihan hidangan
✨️🅽🅾🆁🅼🅰🅻 🅿🆁🅸🅲🅴
(BUY 10 FREE 1 COMPLIMENTARY)
💰RM198 Nett
👨🧕Dewasa
💰RM99 Nett
👫 Anak (6~12thn)
📣💥🅴🅰🆁🅻🆈🅱🅸🆁🅳
(BUY 10 FREE 2 COMPLIMENTARY)
Until 1 Jan ~ 15 Feb 2026
Dinner date valid 26 Feb 2026
OR 15% Discount for Club Renaissance Johor Bahru Member
OR 10% Discount for Marriott Bonvoy Member
OR 10% Discount for Maybank & Standard Chartered Bank Card Holder
🅲🅾🅽🆃🅰🅲🆃 & 🆁🅴🆂🅴🆁🆅🅰🆃🅸🅾🅽
📲 wa.me/60177713327
🔗 bit.ly/TableAppCafeBLD
🌐 cafebld.com/specials
















0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.