
SET HIDANGAN BERBUKA PUASA
Sempena bulan ramadan yg telah tiba ini..Restoran Bara Ikan Bakar Senibong menawarkan promosi berbuka puasa sambil menikmati hidangan buffet free flow untuk pengunjung yang datang berbuka puasa bersama keluarga disini..
Hidangan ini ada beberapa set dari Set A sehingga la Set F..Korang boleh la buat pesanan mengikut bajet atau pax yang korang nak..
Hidangan yang suzie amik semasa suzie makan dengan kawan² ialah Set B..Set ini boleh dinikmati untuk 6 atau 8 orang, sebab set ini bnyk menu yang pasti membuatkan korang kekenyangan tambah nasi ..🤭
Antara menu yang suzie dapat semasa oder untuk Set B ialah..
UDANG MASAK SALTED EGG
Udang masak salted egg nie best sangat paling sedap yang suzie pernah rasa tau..Rasa nya memang padu oit..Termimpi² nak repeat lagi.😅

IKAN GORENG MASAK SAMBAL YAAM
Nie pun dah jadi favret suzie..Sambal nya sangat spesial sbb resepi nie di cipta sendiri oleh tuan punya restoran..Rasa sambal yaam nie de rasa kicap pedas campur rasa thai² sikit..Susah la nak cakap macam mana rasanya memang sedap dan recomanded sangat..
KETAM NIPAH MASAK CILI
Ketam nipah masak cili nie sedap..Dapat pulak makan ketam yg banyak isi memang nikmat betul..

SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API
Tengok jer warna Siput Sedut Masak Lemak Cili Api nie jer dah tergoda tak sabar nak makan..Nie pun jadi fevret family suzie..Rasa lemak kuah cili api ini pun sedap smpi nak hirup kasi habis jer kuah nya..Siput nya pun besar² puas betul nak sedut..hehe
SAYUR KAILAN MASAK SOS TIRAM
Tak lengkap la kalau suzie makan seafod tak ada sayur kailan nie..Mmg ini la sayur yg suzie akan oder selain sayur canpur masak chap chai..
Tom Yam Ayam Putih
Bila makan seafood nie tak sah kalau tak oder Tom Yam Ayam..Tom yam nie ibarat macam menjadi pelengkap bila oder menu makanan seafood ini..Kalau ada anak yang jenis picky eater dapat makan tom yam dgn nasi pun dah ok sangat, yang penting anak kenyang..
BUFFET FREE FLOW??
Macam mana semua menu istimewa ini nampak menarik kan..?? Sempena bulan ramadan ini Restoran Bara Ikan Bakar Senibong ini ada buat small buffet special untuk pengunjung yang buat tempahan mengikut set² yang telah disediakan..Korang boleh nikmati hidangan kurma kuih-muih, dessert, ulam-ulaman, aneka sambal & pelbagai jenis minuman panas & sejuk untuk korang nikmati tanpa limit..Bukan itu sahaja untuk kanak² bawah 12 tahun boleh la menikmati hidangan Nasi goreng cina bersama dgn mini sosej & nugget utk setiap orang secara percuma..
LOKASI RESTORAN BARA IKAN BAKAR??
Lokasi Restoran Bara Ikan Bakar Senibong ini terletak betul² di sebelah Kolam Pancing Pak Akob Senibong..So senang jer korang nak cari..Tempat parking pun mudah jer..So apa tunggu lagi jom cipta memori makan berbuka bersama dengan keluarga tersayang..
📍Restoran Bara Ikan Bakar Senibong
📅20 Feb ~ 19 Mar 2026
⏰️5pm~9pm
Utk tempahan hubungi
🔗http://www.wassap.my/60164020350
📱+6016-402 0350
🕌 Ruang solat disediakan












0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.