JO Hotel_Hotel Bajet Johor Bahru yang selesa & puas hati JO Hotel_Hotel Bajet Johor Bahru yang selesa & puas hati - Siti Suziana Dot Com

JO Hotel_Hotel Bajet Johor Bahru yang selesa & puas hati

JO Hotel _Hotel Bajet Johor Bahru yang selesa & puas hati





Pada hari minggu yang lepas aku bersama-sama geng JDT Blogger menginap di Hotel yang terletak di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru. Hotel ini sangat berhampiran dengan mall seperti JBCC, City square & Plaza Kotaraya. Hotel yang aku menginap itu nama nya JO Hotel. Mesti korang tak pernah dengar kan?? Dulu JO Hotel ini dikenali sebagai Hotel Tropical Inn JB. Sekarang hotel ini dah bertukar hak milik dan diberikan pengubahsuaian serta konsep yang baru sekali gus menampakkan JO Hotel ini kelihatan menarik dan ceria.

Staycation 2 hari 1 malam??!!



Seminggu sebelum tiba hari yang dinantikan kami geng-geng JDT Blogger bercadang nak buat gathering beramai-ramai untuk sesiapa yang berkelapangan untuk berkumpul. Biasa la bukan semua orang dapat luangkan masa. Semua ada komitmen masing-masingkan. Kebetulan pula masa dia orang set tarikh aku berkelapangan dapat join so berkumpul la kita beramai-ramai di JO Hotel.

Kita orang pun menginap la 2 hari 1 malam di JO Hotel ini. Pada malam tersebut kami plan nak buat Parti Kelawar. Bekumpul makan-makan sambil borak-borak bertukar pendapat dan bertukar-tukar hadiah untuk kenangan. Sampai sahaja di JO Hotel kami berkumpul mengambil gambar dan sambil tu kami berfotogenik la untuk kenangan. Selepas itu kami pun berkumpul untuk Lunch di Kafe didalam hotel tersebut iaitu Bibik's Kitchen. Menarik kafe ini aku kongsikan dengan korang kat entry yang ini ya Bibik's Kitchen.

Pengalaman Menginap


Sampai je di Lobby kita orang pun register untuk dapatkan kunci bilik. Aku dapat tidur sebilik dengan Kak Ida & Juju. Manakala Sis Lin, Ajan & Sunah dapat satu bilik. Suzlin pula sebilik dengan Nona. Masing-masing check in bilik selepas selesai makan tengah hari di Bibik's Kitchen. Mata pun rasa berat je..HaHa

Aku dapat bilik Triple Deluxe Bedroom yang berharga RM160 semalam termasuk dengan sarapan pagi di Bibik's Kitchen. Bilik aku terletak di tingkat 20 sama level dengan bilik Sis Lin. Tapi Sis Lin dapat bilik Family Room yang berharga RM250 termasuk sarapan pagi. Manakala Suzlin dapat bilik sama dengan aku iaitu Triple Deluxe Bedroom.

Jenis-jenis bilik 

Dekat Jo Hotel nie banyak jenis-jenis bilik yang disediakan mengikut bilangan pelanggan yang datang untuk menginap. Seperti Deluxe Twin Bedroom, Superior Twin Bedroom, Super Queen Bedroom, Deluxe Triple Bedroom & Family Bedroom.

Deluxe Twin Bedroom

Superior Twin Bedroom

Deluxe Triple Bedroom

Super Queen Bedroom

Family Bedroom

Hall Family Bedroom


Kemudahan

Disini ia ada menyediakan kemudahan seperti almari, peti sejuk, peralatan mandi dan minuman. Untuk korang yang berkerja dari hotel mudah lah untuk korang membuat kerja didalam bilik kerana ia ada menyediakan meja dan kerusi yang cukup selesa. Paling aku suka kat hotel ini ia menyediakan khidmat wifi secara percuma. Laju tau internet kat hotel ni. memang memudahkan kerja korang yang suka beronline atau ada zoom meeting dengan rakan sekerja. 







Party Kelawar & Tukar-tukar hadiah

Pada malam itu geng-geng JDT Blogger buat aktiviti ikut apa yang telah dirancang iaitu Party Kelawar timeee..🦇🦇 Semuanya sporting dengan menggayakan baju batik kelawar kita orang panggil. Kitaorang buat la deko sikit-sikit mana yang ada ja..Yang penting ada nama JDTB..HeHe

JDT Blogger Party Kelawar


KFC time..Kita mencekik dulu sebelum sesi bergambar bermula..

Ini lah geng JDTB yang dapat hadir pada malam tu..Yang tak dapat hadir jangan sedih ya..Next time kita together lagi.

Gaya bebas


sesi tukar-tukar hadiah bermula


Hadiah yang aku bawa telah dimiliki oleh JUJU. Hope juju suka..


Aku telah memiliki hadiah daripada SUNAH..Tq sunah..I Love it..

Sarapan Pagi Bibik's Kitchen



Pada keesokan pagi nya. Aku dan geng-geng JDT Blogger decide nak breakfast kat cafe dalam hotel je iaitu Bibik's Kitchen. Pakej breakfast ini termasuk dalam booking hotel yang kami dapat. Kalau korang punya pakej tak termasuk breakfast boleh la tambah hanya RM10 untuk seorang. 

Jom tengok apa yang Bibik's Kitchen sediakan untuk kita orang sarapan. Kalau korang nak tau semenjak musim PKP nie Cafe Hotel tidak menyediakan Sarapan ala buffet. Ia menyediakan sarapan mengikut pesanan yang dibuat oleh customer yang datang makan disitu.







Korang nak cuba staycation dengan family atau Bersama kawan-kawan?? Jom dapatkan info lanjut mengenai harga dan tempahan bilik di bawah ini..


JO HOTEL JOHOR BAHRU

No.15 Jalan Gereja , 80100 Johor bahru 

Contact No 

+607 288 8688

Website

The Jo Hotel Johor Bahru

Facebook

Instagram


Post a Comment

2 Comments

  1. Terus rasa rindu gan korang semua, meriah kann walau last minit jee plannya tu...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.