Sinopsis Cinta Sekali Lagi Lakonan_Nelydia Senrose & Saharul Ridzwan Sinopsis Cinta Sekali Lagi Lakonan_Nelydia Senrose & Saharul Ridzwan - Siti Suziana Dot Com

Sinopsis Cinta Sekali Lagi Lakonan_Nelydia Senrose & Saharul Ridzwan

Sinopsis Drama Cinta Sekali Lagi Lakonan_Nelydia Senrose & Saharul Ridzwan


Semenjak slot akasia TV3 keluarkan drama berjudul "Cinta Sekali Lagi" aku pun cuba la tengok cerita ini..Bila tengok jalan cerita nya sangat menarik..Tapi makin lama aku tengok cerita nie aku jadi sakit hati makin geram pula dengan watak Amanda yang tunduk sangat dengan kata-kata adik dia iaitu Amanda. Aku jadi excited nak tau penamat cerita ini. Ok jom kita tengok sinopsis nya..

DETAIL DRAMA

JUDUL : CINTA SEKALI LAGI
EPISOD : 1~28
TARIKH TAYANGAN : 4 November 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Pali Yahya
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading
SENARAI PELAKON : Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose, Hannah Delisha, Ezzaty Abdullah, Raja Afiq, Luqman Hafidz, Dilla Ahmad, Haleeda Mazlin, Zara Shelby, Alessandra Alyssa, Tengku Zara, Iman Zulkarnain, Isaac Iman


SINOPSIS DRAMA

Ia mengisahkan tentang kehidupan dua adik-beradik iaitu Amanda (Nelydia Senrose) dan Amani (Hannah Delisha). Amanda sentiasa dipersalahkan oleh Amani kerana menyebabkan Amani mempunyai parut kekal di tangannya. Rentetan daripada kejadian itu Amanda cuba berikan sepenuh perhatian & layanan kepada Amani. Namun Amani sentiasa mahu lebih daripada Amanda dalam segala hal.

Amanda baru dilantik sebagai pereka berlian di Anggun Jewels. Dia mempunyai masalah dengan Fahad (Saharul Ridzwan), pengurus di situ. Ibu Fahad, Ungku Nadrah (Dilla Ahmad) berkenan dengan kebaikan Amanda sehinggalah dia mendapat tahu mengenai sengketa anaknya dengan Amanda. Amani pula sibuk nak berkahwin dengan Ungku Mukhlis (Raja Afiq), sepupu kepada Fahad bagi memenuhi impian ‘Cinderella’nya untuk hidup senang walaupun dia masih belajar.

Ibu Amanda dan Amani, Puan Nazira (Haleeda Mazlin) mengenakan syarat iaitu Amani perlu menamatkan pengajiannya dahulu dan pastikan Amanda juga menikah pada hari yang sama. Amani menganggap syarat tersebut sebagai penghalang. Amani lebih berminat dengan rumah banglo keluarga Mukhlis dan tidak tahu mengambil hati orang tua Mukhlis.

Hubungan Fahad dan Amanda semakin buruk dengan hasutan Muiz (Iman Zulkarnain), rakan sekerja mereka yang sentiasa iri hati dengan Fahad. Keadaan menjadi gawat apabila Fahad digantung kerja. Amanda mula menyedari kejahatan Muiz. Dia telah bekerjasama dengan Taqiudin sehingga Muiz tertangkap dan Fahad kembali bekerja. Sejak hari itu, Fahad dan Amanda menjadi rapat. Ungku Nadrah telah melamar Amanda untuk Fahad.

Amani mengimpikan majlis perkahwinan yang gah. Dia amat kecewa apabila keluarga Mukhlis hanya mengadakan majlis secara bersederhana. Impiannya untuk hidup senang bagai Cinderella telah hancur kerana Mukhlis hanyalah lelaki biasa. Amanda dan Amani telah mengandung anak pertama. Amanda dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Fahad manakala Amani dan Mukhlis sering dilanda masalah.

Selepas tujuh tahun, Amanda dan Fahad bahagia dengan dua orang anak dan berpindah ke rumah baharu bersama Mak Wan, orang gaji di rumah Fahad. Amani cemburu apabila Mukhlis masih simpan hati pada Farhana sehingga akhirnya dia menyerang Mukhlis di rumah Ungku Nadrah. Amani diceraikan Mukhlis! Amani dan Mukhlis menghilangkan diri selepas bercerai, meninggalkan anak mereka, Fizri di bawah jagaan Fahad dan Amanda.

Amani kembali dan dalam diam, dia menggoda Fahad kerana ingin merampas kebahagiaan milik Amanda. Fahad pula dibutakan dengan nafsu dan terperdaya dengan fitnah yang dibuat oleh Amani. Adakah kejahatan Amani akan terbongkar? Masihkah ada peluang bagi Fahad untuk merayu ‘CINTA SEKALI LAGI’ daripada Amanda?


Watak Utama

Nelydia Senrose sebagai Amanda

Saharul Ridzwan sebagai Fahad

Hannah Delisha sebagai Amani

Raja Afiq sebagai Ungku Mukhlis


Watak Pembantu

Ezzaty Abdullah sebagai Farhana

Haziq Fadhullah sebagai Amar

Dilla Ahmad sebagai Ungku Nadrah

Haleeda Mazlin sebagai Puan Nazira

Luqman Hafidz sebagai Dr. Izamel

Iman Zulkarnain sebagai Muiz

Zara Shelby sebagai Danisha

Alessandra Alyssa sebagai Daniya


Jom Tonton

Episode 1 | Episode 2 | Episode 3 | Episode 4 | Episode 5 | Episode 6 | Episode 7

Episode 8 | Episode 9 | Episode 10 | Episode 11 | Episode 12 | Episode 13 | Episode 14

Episode 15 | Episode 16 | Episode 17 | Episode 18 | Episode 19 | Episode 20 | Episode 21

Episode 22 | Episode 23 | Episode 24 | Episode 25 | Episode 26 | Episode 27 | Episode 28


Post a Comment

6 Comments

  1. cita ni, tgk sikit2 ja..tak focus tapi sakit hati juga hahah

    ReplyDelete
  2. Huuuu.. bila manusia dah dengki .. jadi la macam Amani nih ek... sanggup sihirkan si abang ipar... lol.... Gerammmmm sangat rasanyaaaa lah!

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Boleh la layan citer nie..suzie dh bg link tu..hehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.