Ticker

6/recent/ticker-posts

EJEN ALI THE MOVIE 2 DALAM PEMBIKINAN??!!

FILEM ANIMASI EJEN ALI THE MOVIE 2 DALAM PEMBIKINAN??!!


Alhamdulillah..Syukur diberikan kesihatan yang baik walaupun Pendemik Covid-19 makin meningkat angka penambahan nya.. Kali nie aku nak share dengan korang bertapa excited nya aku..Bila tengok instagram penulis skrip bagi EJEN ALI THE MOVIE 2 iaitu Usamah Zaid bakal di bermula pembikinan filem ini..




Bila aku lihat tak terkata oit..Aku memang minat betul tengok movie nie..Kalau boleh nak sambung terus je tengok sampai habis..

EJEN ALI THE MOVIE


Sejak bermulanya pengeluaran Filem Animasi Ejen Ali The Movie ia membuka mata semua penonton bertapa canggih nya teknologi yg digunakan dalam filem nie.. Filem animasi ini berjaya mencipta kutipan sebanyak 30 Juta.. Memang sangat meletop time tu. Anak aku tengok smpai berkali-kali movie nie. Sampai boleh hafal skrip tau korang.

TAJUK : EJEN ALI THE MOVIE 


Tarikh Tayangan : 28 November 2019 

Pengarah : Muhammad Usamah Zaid 

Terbitan : Wau Animation & Primeworks Studios 

Pelakon Suara : Ida Rahayu, Shafiq Isa, Noorhayati Maslini, Azman Zulkiply 

SINOPSIS EJEN ALI THE MOVIE

Mengisahkan tentang Ali, budak berusia 12 tahun yang telah direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan, dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan untuk melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.


Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa (IRIS - Infinity Retinal Intelligence System). Gajet tersebut telah naik taraf menjadi IRIS Neo, gajet yang boleh dikawal serta digunakan oleh ejen-ejen lain.


Inovasi baru ini dipersoalkan oleh Ali apabila dia merasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat. Pada saat itu, dia didatangi oleh individu misteri yang mendakwa mengetahui akan kisah silamnya. Maka bermulalah pengembaraan baharu Ejen Ali demi membongkar kebenaran walaupun kesetiaannya terhadap MATA bakal teruji.

Sampai disini sahaja info yang aku share..Aku harap bila Filem Animasi Ejen Ali The Movie 2 nie siap ia dapat meletopkan industri perfileman animasi di Malaysia ini dan dapat bersaing dengan sihat.😊🤗

Post a Comment

4 Comments

  1. tak follow tapi anak2 buah antuuu betoi dgn Ejen Ali ni..
    seronok le depa kalau ada sequel..

    ReplyDelete
  2. Waaa nak masuk no2 ekkk.. no1 pun Sis tak tengok lagi hehehehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.