Resepi Mentai by Suzie Resepi Mentai by Suzie - Siti Suziana Dot Com

Resepi Mentai by Suzie

Resepi Mentai by Suzie 

Bila sebut je nama mentai mesti pelik kan apa itu mentai..Masa aku dengar pun aku tertanya² apa benda tu..makanan negeri mana pulak tu..haha Mentai ni ialah makanan jepun macam ala² sushi tapi yang beza nya nasi, lauk & sos dihidangkan dalam 1 bekas yang besar. Kali nie aku nak share resepi mentai untuk korang yang nak mencuba buat sendiri dirumah. Semoga korang enjoy ya..


Resepi Mentai by Suzie

Bahan Nasi:

Nasi sushi

Nasi sushi (2 cup beras + 2 1/2 cup air) 

4 sudu besar Cuka Beras

1 sudu kecil Gula

1 sudu kecil Kicap Masin

2 keping Seaweed (dihancurkan atau di gunting halus²) 


Bahan Sos:

6 sudu besar Mayonis

3 sudu besar Sos cili

2 sudu besar Sos tomato

1 sudu besar Minyak Bijan

1 sudu besar Chilli Flakes

1 sudu kecil Gula

1 sudu besar Ebikko (telur ikan sushi kalau tak ada tak payah letak)


Bahan Hiasan:

Salmon / Isi Ayam (di perap dengan minyak bijan & kicap manis kemudian di grill sampi masak)

Crabstick (direbus & dicarik halus) 


Cara memasak:

1. Ambil nasi sushi letak tepi. Kemudian ambil satu bekas masukkan cuka, minyak bijan, gula & kicap masin kacau smpi gula larut.

2. Tuang bahan tadi kedalam nasi sushi dan gaul sehingga sebati

3. Satukan semua bahan sos kemudian gaul sehingga rata.

4. Masukkan sos kedalam piping bag & simpan dalam peti ais untuk bagi dia keras sedikit.

5. Ambil bekas masukkan nasi sushi kedalam bekas. Dipenyekkan sampai rata.

6. Kemudian susun bahan hiasan bermula dengan crabstik yang telah dicarik barulah masukkan isi ayam atau ikan salmon yang telah di grill.

7. Picitkan sos dibahagian atas sampai menutup permukaan mentai.

8. Hiaskan Seaweed yang telah di hancurkan dibahagian atas.

9. Bakar mentai ke dalam oven suhu 190° dengan menggunakan api atas selama 10 atau 15 minit bergantung kepada oven. Bakar sehingga ia nmpk seperti keperangan sikit.

10. Mentai siap dihidangkan.









Post a Comment

0 Comments