Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Oden Kimchi Ala Family Mart by Suzie

Resepi Oden Kimchi Ala Family Mart by Suzie

Sebut je Oden semua orang suka makan oden kan.. Termasuk la anak2 aku pantang jumpa Family Mart mesti mulut dia orang dah sebut2 ibu saya nak makan oden..nak oden ibu.. Bila mengenangkan anak aku ada 4 orang termasuk aku dan husband jer semua sekali total 6 org..Banyak tu nak kne beli..HaHa..

Bukan pasal kedekut uollss cuma kalau aku masak sndri satu periuk aku boleh dapat tau..So aku pun dengan rajin nya pergi kedai frozen beli la bahan2 untuk buat oden sndri..

Ct Suzie masak apa tu??

Jom aku share dengan korang resepi oden cara aku buat..Hope uollsss semua enjoy ya.


Resepi Oden Kimchi Ala Family Mart by Suzie

Bahan-Bahan: (4-6 Hidangan)

1 Liter Air

2 paket kecil Mi Udon 

2 keping Fucuk Nipis

6 biji bebola daging

6 batang sausage ayam (dipotong pendek2)

3 sudu besar Pes Oden Kimchi Adabi

4 biji cendawan shitake (dipotong empat bahagian)

1 pek cendawan enoki

2 sudu besar gula (ikut kesukaan nak manis mcm mana)


Cara Memasak:

1. Masukkan air dalam periuk dan rebus sehingga mendidih.

2. Selepas mendidih masukkan Pes Oden Adabi. 

3. Masukkan Mi Udon & bebola daging. Masak sehingga mi udon lembut.

4. Masukkan semua bahan2 yang lain. Tunggu sehingga masak.

5. Masukkan gula kemudian rasa kalau dah rasa manis sikit dah boleh tutup api.

6. Siap untuk dihidangkan.

Post a Comment

0 Comments