Resepi Ayam Percik Johor by Suzie Resepi Ayam Percik Johor by Suzie - Siti Suziana Dot Com

Resepi Ayam Percik Johor by Suzie

Resepi Ayam Percik Johor by Suzie

Siapa tak kenal ayam percik..Macam2 versi ada tau..Versi johor ada kelantan punn ada. Macam aku nie org johor memang buat versi johor je la kena dengan tekak aku. Ini la lauk paling simple nak masak ada nasi, ada ayam & ada kuah. Kalau nak sayur apa lagi kita mkn ulam jer la..Anak aku nie kalau menu ayam all time jer favret dia. Cuba kalau aku masak ikan pandang sebelah mata pun tak nak kena ibu dia suap nasi berjemaah dengan anak2 yang lain baru la nak makan. Jom aku share dengan korang resepi ayam percik johor versi aku..Hope korang suka ya..


Resepi Ayam Percik Johor by Suzie

Bahan-Bahan: (4-6 Hidangan)

1 ekor Ayam (potong 12 atau 4 bahagian)

1 kotak Santan

2 keping Asam Keping


Bahan Kisar:

3 biji Bawang Besar 

2 inchi Halia

1 inchi Lengkuas

3 biji Buah keras

5 biji Bawang Putih

3 batang Serai (dihiris)

6 tangkai Lada Kering (direndam dalam air panas)


Bahan kisar kering:

4 sudu besar Jintan Halus (di sangan)

3 sudu besar Jintan Kasar (di sangan)

3 sudu besar Ketumbar (di sangan)


Cara Memasak:

1. Kisar semua bahan kisar kemudian tumis semua bahan kisar kering & basah sehingga naik minyak.

2. Masukkan asam keping dan santan perasakan dengan gula & garam.

3. Masukkan Ayam kedalam rempah yang sudah di tumis tadi.

4. Golek2 kan ayam sehingga rata tunggu masak dalam 10 minit

5. Keluarkan ayam dan masukkan dalam dulang pembakar dan bakar sehingga ayam nampak garing atau ikut kesukaan nak gelap atau tidak.

6. Kuah ayam tadi dipanaskan masukkan tepung jagung 1 sudu kecil dibancuh dengan air.

7. Perasakan gula & garam kalau kurang dah boleh mati kan api.

6. Siap untuk dihidangkan dengan ayam yang telah dibakar.





Post a Comment

0 Comments