Ticker

6/recent/ticker-posts

RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL RAIKAN GEMPITA RAMADAN BERSAMA SELEBRITI SHIELA RUSLY & ZAM AKMAL MELALUI MARRIOT BONVOY MOMENTS

RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL RAIKAN GEMPITA RAMADAN BERSAMA SELEBRITI SHIELA RUSLY & ZAM AKMAL MELALUI MARRIOT BONVOY MOMENTS ||Ramadan ini, Hotel Renaissance Johor Bahru membawa pengunjung menyelami jiwa sebenar Ramadan. Melalui kerjasama dengan Marriott Bonvoy Moments, hotel ini menawarkan akses luar biasa kepada sesi "Berbuka Puasa" dan "Moreh" yang dikendalikan oleh pempengaruh kulinari terkenal, Zam Akmal, serta penampilan istimewa oleh penggiat seni dan chef selebriti, Sheila Rusly.


Bertempat di CAFE BLD, pengalaman ini menggabungkan tradisi Ramadan yang abadi dengan sentuhan kulinari kontemporari. Tetamu berpeluang melihat "di sebalik tabir" penyediaan hidangan warisan sambil mendengar penceritaan budaya yang bermakna.

​“Di Renaissance Johor Bahru Hotel, kami percaya bahawa Ramadan adalah masa untuk kebersamaan, penceritaan, dan perkongsian detik-detik berharga,” kata Shibil Malik, Pengurus Besar Renaissance Johor Bahru Hotel.

Melalui Gempita Ramadan dan Marriott Bonvoy Moments, ia berbangga dapat menawarkan tetamu satu cara peribadi yang mendalam untuk meraikan musim ini dengan menghubungkan mereka dengan personaliti tempatan yang memberi inspirasi, citarasa autentik, dan tradisi yang bermakna, semuanya dalam suasana yang mewah.

​Kolaborasi bersama Zam Akmal dan Sheila Rusly membolehkan Renaissance Johor Bahru Hotel menonjolkan kekayaan budaya kulinari Malaysia sepanjang Ramadan,” tambah Shibil Malik.

Pengalaman ini melampaui sekadar menjamu selera sahaja ia menjemput tetamu ke sebalik tabir, menyelami kisah-kisah, penyediaan, dan tradisi yang menjadikan Ramadan begitu istimewa.


Para tetamu akan menikmati penginapan yang direka dengan teliti di Renaissance Johor Bahru Hotel, sebuah destinasi keluarga lima bintang yang distinktif dan premium dengan pemandangan latar langit bandar yang kian berkembang. Selepas sehari menempuh waktu muhasabah dan keraian, tetamu boleh merasai pengalaman kulinari kreatif di restoran-restoran hotel, atau berehat di kolam renang terbuka dengan pemandangan panoramik bandar yang memukau.


Marriott Bonvoy Moments:

Gempita Ramadan bersama Zam Akmal & Sheila Rusly | 6 – 8 Mac
Pengalaman eksklusif ini menyatukan dua tokoh masakan Malaysia yang disayangi untuk
sambutan Ramadan yang benar-benar tidak dapat dilupakan.

Pengalaman merangkumi:
• Penginapan dua malam di bilik Pool Terrance di Renaissance Johor Bahru Hotel,

daftar masuk Jumaat 6 Mac dan daftar keluar pada Ahad 8 Mac

• Barangan edisi khas ditandatangani oleh Sheila Rusly dan Zam Akmal

• Jumaat 6 Mac
    🍀 Daftar masuk ke hotel pada jam 15:00

• Sabtu 7 Mac
    🍀 Bufet sarapan pagi Sahur/pra-subuh untuk dua (2)
    🍀 Makan malam Berbuka Puasa untuk dua (2) di Café BLD bersama Zam Akmal dan Sheila Rusly
    🍀Kelas persediaan dan sesi Moreh untuk dua (2) bersama Zam Akmal dan Sheila Rusly

• Ahad 8 Mac
    🍀Bufet sarapan pagi Sahur/pra-subuh untuk dua (2)
    🍀Daftar keluar dari hotel pada jam 12:00


Marriott Bonvoy Moments: 

Gempita Ramadan bersama Zam Akmal | 13 – 15 Mac 
Direka untuk tetamu yang mencari perjalanan kulinari yang lebih intim dan peribadi, pengalaman ini 
meraikan Ramadan melalui meja kongsi dan hubungan yang bermakna.
 Pengalaman merangkumi:

• Penginapan dua malam di bilik Pool Terrance di Renaissance Johor Bahru Hotel,

pendaftaran masuk Jumaat 13 Mac dan daftar keluar Ahad 15 Mac

• Jumaat 13 Mac
    🍀Daftar masuk ke hotel pada jam 15:00

• Sabtu 14 Mac
    🍀Bufet sarapan pagi Sahur/pra-subuh untuk dua (2)
    🍀Makan malam Berbuka Puasa untuk dua (2) di Café BLD bersama Zam Akmal
    🍀Kelas persediaan dan sesi Moreh untuk dua (2) bersama Zam Akmal

• Ahad 15 Mac
    🍀Bufet sarapan pagi Sahur/pra-subuh untuk dua (2)
    🍀Daftar keluar dari hotel pada jam 12:00



Melalui Gempita Ramadan, Renaissance Johor Bahru Hotel dan Marriott Bonvoy Moments menjemput para tetamu untuk melihat lebih jauh daripada kebiasaan dan menerokai jiwa sebenar Ramadan melalui hidangan yang berinspirasi, penceritaan budaya, dan pengalaman tempatan yang sukar dilupakan.

Keterangan lanjut untuk tempahan boleh klik dipautan ini..


Post a Comment

0 Comments