Ticker

6/recent/ticker-posts

Masjid Beijing di Rantau Panjang

As'salam semua..Sempena cuti sekolah nie kami sekeluarga pergi bercuti2 ke Pantai Timur. Destinasi pertama yang kami kunjungi ialah negeri Kelantan.

Alhamdulillah hari ini kami berpeluang pergi ke rantau panjang. Sepanjang perjalanan kami ke sana keadaan cuaca hujan tetapi tidak lebat.

Kami selamat tiba di Rantau Panjang pada jam 3.40 pagi setelah selama 12 jam dalam perjalanan dan banyak tempat berhenti untuk berehat. Apabila tiba di Rantau Panjang tempat pertama yang menjadi kunjungan kami sekeluarga ialah singgah ke sebuah Masjid yang sangat menarik dan unik.


Bangunan tersebut adalah Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau turut digelar Masjid Beijing dan keindahan seni binanya diakui berjaya menggamit ramai pengunjung serta pelancong untuk ke situ.

Masjid Keputeraan Sultan Ismail Petra di Rantau Panjang bercirikan seni bina masjid Cina di Beijing. Seni bina masjid ini amat unik kerana menggabungkan seni bina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih 1,000 tahun di Beijing,China.


Selain bentuk bumbung­nya yang melengkung ke atas seakan-akan tokong, turut mencuri tumpuan ialah menara berbentuk serban disokong dengan lilitan unik di bahagian bawah.

Masjid ini mula dibina pada 12 September 2005 dan dirasmikan pada Ogos 2009. Masjid ini mempunyai keluasan 3.7 ekar. Ia boleh memuatkan seramai 1000 orang jemaah pada satu-satu masa.

Lokasi masjid ini terletak di tepi lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang sekitar 2 Km dari Pekan Rantau Panjang.

Kepada uolls yang sudah sampai ke Rantau Panjang boleh la singgah ke Masjid Beijing ye. Pemandangan disana sangat menarik.😊

Terima kasih kerana sudi baca blog ini.. Tunggu di entry yang lain pula..😊🤗

Post a Comment

0 Comments