Ticker

6/recent/ticker-posts

BUFFET RAMADAN 2026 DI RAMADA MERIDIN JOHOR BAHRU BERTEMAKAN CITRA WARISAN

BUFFET RAMADAN 2026 DI RAMADA MERIDIN JOHOR BAHRU BERTEMAKAN CITRA WARISAN | Hye, pertama kali bagi tahun 2026 ini suzie nak share buffet ramadan pertama yang suzie pergi iaitu di HOTEL RAMADA BY WYNDHAM MERIDIN JOHOR BAHRU yang terletak berdekatan dengan Legoland Malaysia.. 


Sempena bulan puasa yang dah nak tiba lagi sebulan Ramada Medini telah mempersiapkan promo Early Bird untuk korang booking berbuka puasa disini bersama keluarga dengan menu & tawaran harga voucher yg menarik..

CITRA WARISAN RAMADA BUFFET DINNER

Ada pelbagai menu istimewa yang disediakan disini..Bertemakan Citra Warisan yang bertempat di Delish Restaurant ia menghidang lebih 100 jenis hidangan yang pasti nya membuatkan korang berpuas hati makan disini..


Ia menyediakan makanan masakan melayu dan menu ala bazar seperti Nasi Ayam, Nasi Beriani, Rendang daging, Ayam masak merah, Kari kepala ikan, Labu masak lemak, Ikan masak stim nyonya, Sotong sumbat sambal, Ketam masak black papper, Udang masak sambal dan macam-macam lagi..



Menu ala bazar yang boleh korang cuba pula seperti Roti John, Murtabak, Pizza ayam & roti jala..




MASAKAN PANAS & LIVE STATION

Kalau makan buffet di hotel tak sah kalau tak ada live station kan, banyak live station yang boleh korang cuba seperti Satay Ayam, Sup Utara, Lok-Lok, steamboat sup, Aneka makanan mee seperti laksa lemak, mee kari, Seafood shellout, kuew teow goreng, mee goreng dan lain-lain lagi.




Tak lupa juga aneka masakan pasta boleh korang minta chef masakkan panas2 pasti menjadi favret korang.


ANEKA DESSERT

Bila dah makan mesti nak cari dessert pula kan..Dessert kat buffet nie bermacam-macam korang boleh cuba seperti aneka kuih talam, kuih koci, kuih bingka, pulut panggang, aneka puding, aneka jelly, aneka cake in glass, aneka kek slice & banyak lagi.





ISTIMEWA WEEKEND BUFFET

Untuk korang yang datang berbuka time hujung minggu korang akan disajikan dengan makanan istimewa iaitu Rusa Golek..Bukan senang nak dapat menu Rusa Golek nie tau..Rasa daging nya sedap & juicy tak sama rasa dengan kambing golek..Korang boleh nikmati hidangan rusa golek ini dgn pelbagai jenis sos pilihan seperti sos cendawan, sos black pepper, sos mint & mcm2 lagi..


HARGA BUFFET DI RAMADA MERIDIN JOHOR BAHRU

Sekarang Ramada ada buat promo Early Bird so korang boleh la booking slot & lihat keterangan lanjut dibawah ini..

📌 Ramada Hotel By Wyndham Meridin JB
🗓21 Feb~19 Mar 2026
⏰️ 6.30pm ~ 10pm 

📣📣𝐄𝐀𝐑𝐋𝐘 𝐁𝐈𝐑𝐃 𝐕𝐎𝐔𝐂𝐇𝐄𝐑
(Purchase before 31 Jan 2026)
‼️WEEKDAY 
RM128 (adult)
RM98 (child)
‼️WEEKEND
RM148 (adult)
RM108 (child)

🅽🅾🆁🅼🅰🅻 🅿🆁🅸🅲🅴
‼️WEEKDAY 
RM148 (adult)
RM108 (child)
‼️WEEKEND
RM168 (adult)
RM118 (child)

Untuk tempahan hubungi atau email
☎️ 07-5318888 / 07-5318802
📱http://fbramada.wasap.my
Booking Form : https://docs.google.com/forms

LAGI GAMBAR-GAMBAR MENARIK DI BUFFET RAMADA

Korang yang nak tengok gambar-gambar yang menarik boleh klik gambar facebook suzie dibawah ini.



Post a Comment

0 Comments