BUFFET RAMADAN 2026 DI GRAND PARAGON HOTEL JOHOR BAHRU BERTEMAKAN SANTAPAN RASA PARAGON | Bulan ramadan 2026 hampir tiba korang dah jumpa tempat yang menjadi pilihan korang untuk berbuka puasa dengan yang tersayang?? Jom try berbuka puasa di Grand Paragon Hotel Johor Bahru.
Bertemakan Santapan Rasa Paragon ia menghidangkan pelbagai masakan melayu & fusion oleh chef-chef yang berpengalaman, ia menyajikan menu kegemaran ramai menjadi sedap & penuh dengan citarasa yg pasti membuatkan korang suka akan nya..😊🤗
SANTAPAN RASA PARAGON
Sebut jer Santapan Rasa Paragon sudah semestinya nya korang akan disajikan lebih 200 jenis menu yang sedap², antaranya masakan melayu seperti Siput Sedut, Kari kepala ikan kerala, Asam pedas ekor, Rendang daging, Sambal kerang, Ayam berempah, Udang bakar cheese, Ketam masak cili & banyak lagi..
LIVE STATION
Setiap tahun menu live station nie la yg paling pengunjung disini nantikan..Menu yg menjadi wajib ada ialah kambing golek kuzi lembut & juicy bila dimakan, bukan itu sahaja Nasi beriani, Satay ayam n daging, Sup daging & sup campur utara, Chakoi, Shawarma, Naan Cheese dgn kemaa daging, Kuew teow goreng pun ada juga..Hot kudap2 iaitu durian goreng yg menjadi kegemaran setiap pengunjung wajib korang cuba..Lambat amik confirm kejap jer licin..
Selain itu menu untuk anak² ada juga disediakan seperti Ayam gunting, sosej gunting & pizza savoury boleh la anak2 cuba nanti..
Untuk korang yg suka makan steamboat boleh la cuba menu steamboat dgn pelbagai jenis sos pilihan.
MINUMAN & DESSERT
Bila selesai makan tak lengkap kalau tak cuba menu pemanis mulut yg telah disediakan seperti aneka kuih muih, aneka talam, aneka puding & jelly serta yg paling menjadi kesukaan pengunjung iaitu serawa durian..Kombinasi pulut & serawa durian sedap sgt..Nak makan cicah roti pun boleh..
Bila tekak rasa dahaga boleh la cuba ice jelly green tea mmg nyaman di tekak bila minum air nie dgn kenyal² dari jelly best betul..Air cikong pun ada jgk tau..Rugi kalau korang tak try minum..
HARGA BUFFET RAMADAN SANTAPAN RASA PARAGON
Untuk korang yang nak bawa family berbuka puasa disini memang sesuai sangat sebab Grand Paragon menyediakan pakej promo early bird yang sedang berlangsung sekarang sehingga 16 feb 2026 ini..Harga yang ditawarkan sangat la berbaloi..Keterangan lanjut boleh la lihat dibawah ini..
Grand Paragon Hotel
(Purchase before 16 Feb 2026)
For dine in on 1st week of Ramadhan (20-22 Feb 2026)
🅽
🆁🅼
🅻
🆁🅸🅲🅴













0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.