Featured Slider

Jom makan seafood & grill yang segar di Cafe BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel

FRESHEST CATCH FROM THE SEA AND DELICIOUS GRILLS IN CAFE BLD AT RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL || Pada hujung minggu yang lepas suzie berkesempatan untuk menikmati makan malam di Cafe BLD yang berada di dalam Hotel Renaissance Johor Bahru. Kali ini mereka menyajikan menu yang berkonsepkan SEAFOOD & BARBECUE WEEKEND DINNER BUFFET. Ia diadakan pada setiap hari Jumaat & Sabtu sepanjang bulan Januari & Februari.



Disana anda boleh mencuba Seafood on ice iaitu makanan laut yang dihidangkan diatas ais seperti kerang segar, kupang, udang, tiram, scallop dan sotong kurita pn ada. Bermacam-macam sos yang dihidangkan sesuai dimakan dengan seafood on ice ini.





Untuk yang gemar makanan yang dibakar anda boleh pergi ke stesen BBQ. Pelbagai makanan yang dibakar seperti ikan bakar, udang bakar & sotong bakar. Anda boleh pilih sama ada mahu dibakar begitu sahaja atau bersama dengan sambal. Pebagai sos juga disediakan.




Untuk yang mahukan menu seperti udang masak Sambal Nyonya dan ketam masak Black Pepper pun disediakan. Anda boleh saksikan menu ini dimasak secara live. Memang betul2 sedap & segar.






Anda juga boleh menikmati ikan salmon di stesen salmon bagi yang menggemari ikan salmon. Pelbagai hidangan salmon disediakan seperti ikan salmon yang sudah diperap iaitu salmon butter garlic, salmon cajun & salmon plain. Anda boleh pilih yang mana ada mahu dan beri pada chef nanti ia akan grill kan dan anda boleh makan dgn sos yg disediakan.



Tak lupa juga makanan bakar2 paling famous iaitu sate ayam & sate daging. Memang sedap2.







Disini ada juga menu seafood yang lain seperti Jambalaya Rice, Seafood Chowder, Garden Veggie, Irish Lamb Stew, Chicken Roulade with Black Pepper Sauce & Alaska Crab Thernedo ini paling suzie suka. Isi ketam nya sedap sangat ditambah dengan cheese lagi sedap.





Selepas selesai makan anda pasti mahukan dessert pula. Bermacam2 dessert anda boleh makan. Kek, puding, coklat, Buah-bushan & kuih-muih pn ada.

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan: Seafood and Barbecue Weekends Buffet Jumaat dan Sabtu
Januari Februari 2020 
6.30 pm 10.00 pm

HARGA
********
RM 128 nett Dewasa
RM64 nett Kanak-kanak (5~12 tahun)
Untuk tempahan dan pertanyaan:-
Call : +607 381 3322
Whatssap : +6017 771 3327
Log on to
https://tableapp.com/partner/cafe-bld-reinassance-johor-bahru-hotel

Wordless Wednesday || Sebaik-baik teman mengadulah pada Nya


Semoga Allah memberiku ketenangan dalam melalui kehidupan ini..Aaminn🤲🏻

Welcome Abundant Beginnings with DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Welcome Abundant Beginnings with DoubleTree by Hilton Johor Bahru|| Assalamualaikum, hari tu suzie dijemput sesi review makanan sempena Tahun Baru Cina di Double Tree by Hilton Johor Bahru.


Untuk tahun 2020 ini mengikut kepercayaan orang cina Tikus adalah tanda pertama 12 haiwan di zodiak Cina, menjadikan tahun ini untuk pembaharuan.  Ia menjanjikan permulaan yang baru untuk kemakmuran, kejayaan dan kekayaan yang banyak.


Tahun Baru Cina juga adalah masa untuk berkumpul satu keluarga dan perhimpunan.  Makan Malam Reunion adalah makanan yang paling penting dan tradisi menandakan nilai keluarga cinta, rasa hormat dan ikatan.


Makanan memainkan peranan penting kerana makna simbolik keberuntungan dan kebahagiaan.  Dumplings mewakili kekayaan kerana ia berbentuk seperti ingot emas Cina, bentuk bulat bola beras ketan melambangkan kesempurnaan dan reunion, manakala mi adalah semua tentang panjang umur dan kelancaran.



Kali nie suzie berpeluang merasai sendri pembukaan menu pertama iaitu Yee Sang. Bermacam-macam warna ada. Sangat menarik bila melihat kombinasi warna yg dihidangkan. Makanan ini berasaskan sayuran dan buah2 yg dihiris nipis2. Bila dicampur dengan salmon kekacang & sos manis baru la digaul Yee Sang itu beramai2. Mengikut kepercayaan orang cina sebelum gaul kena pasang niat utk lebih sukses dlm hidup. Semasa kita org gaul suasana menjadi sangat riuh dengan gelak tawa..😊

Dibawah nie suzie share kepada uollss menu yang menjadi santapan kami semasa disana..










Bersempena tahun baru Cina ini dari 20 Januari - 8 Februari 2020 DoubleTree by Hilton Johor Bahru telah menyajikan beberapa hidangan buffet di Makan Kitchen.

Antara lima hidangan buffet oriental khas.

Fortune Feast Buffet Dinner 
💰RM118 nett per adult and RM59 nett per child.
🏮Available every Sunday – Thursday only (from 5 – 16 & 26 - 30 January 2020)
🍽Dinner at 6:30pm – 10:30pm.

Prosperity Buffet Dinner
💰RM148 nett per adult and RM74.00 nett per child.
🏮Available every Sunday – Thursday only (from 19 – 23 January 2020)
🍽Dinner at 6:30pm – 10:30pm.
This comes with a complimentary Fortune Hot Pot for a table of 4 persons

Chinese New Year Eve & Day Buffet Dinner
💰RM188 nett per adult and RM94 nett per child.
🏮Available on 24 – 26 January 2020
🍽Dinner at 6:30pm – 10:30pm.
Featuring International Seafood Buffet inclusive of ½ lobster per adult, complimentary Fortune Hot Pot for a table of 4 persons, fortune cookies, gold coins and a meet & greet with the Fortune God

Chinese New Year Day High-Tea Buffet
💰RM98 nett per adult and RM49 nett per child.
🏮Available on 25 & 26 January 2020
🍽High-tea at 12:30pm – 3:00pm.
This comes with special door gifts, fortune cookies, gold coins and a meet & greet with the Fortune God.

Group Dining Reunion Table
💰RM1288 nett for a table of 10 persons for an 8 Course Fortune Set Dinner and
💰RM1688 nett for a table of 10 persons for an 8 Course Prosperity Set Dinner including a bottle of wine.
🏮Available on 6 – 30 January 2020 for dinner at 6:30pm – 10:30pm.

For more information and to reserve a table for your reunion gatherings, please call or email Doubletree by Hilton Johor Bahru
☎️607 268 6868
📧JohorBahru.FB@hilton.com


Ok..ni sahaja yg sempat suzie share..Thanks sudi baca & support blog suzie ya..😊🤗

Fenomena Gerhana Matahari Anulus (Cincin) 2019

Fenomena Gerhana Matahari Anulus (Cincin) 2019 || As'salam..Hari nie 26 December 2019 semua orang tahu akan berlakunya gerhana matahari Anulus. 'Anulus' berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud 'cincin'.
Waktu bermula, kemuncak & berakhir Gerhana Matahari Anulus 2019 di lokasi Tg.Piai

Situasi pergerakan bulan menutupi matahari ketika Fenomena Gerhana Matahari Anulus

Ketika Gerhana Matahari Anulus sebahagian kecil matahari masih dapat dilihat seolah-olah melingkari bulan yang gelap ditengah- tengahnya.


Laluan Gerhana Matahari Anulus 2019 akan bermula dari Semenanjung Tanah Arab, kemudian memasuki Selatan India dan Sri Lanka, seterusnya Asia Tenggara merentasi Malaysia, Indonesia, Singgapura, Filipina dan berakhir di Lautan Pasiflk.


Kita berpeluang sekali lagi menyaksikan Fenomena Gerhana Matahari Anulus di Malaysia.


Ia akan kelihatan secara jelas hanya 2 lokasi di Malaysia iaitu kawasan Tg. Piai Johor dan Serian Sarawak.

Kali terakhir fenomena ini berlaku di Malaysia pada 22 Ogos 1998 dan untuk fenomena berikutnya dijangka akan berlaku pada 14 Okt 2042(dijangka akan melalui kawasan di Negeri Kelantan)

Untuk umat Islam antara perkara yang dituntut dilakukan semasa gerhana adalah melaksanakan solat sunat gerhana.


Solat sunat gerhana 

Sunat Muakkad ( مـؤكـدة)

CARA-CARA SOLAT
Dua rakaat seperti solat sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang
masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat
ditunaikan secara berjemaah di sama ada di Masjid atau Surau dan boleh juga secara bersendirian.

CARA PELAKSANAANNYA

Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam.

Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua
rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.

Cara Kedua : Disebut dengan “ الكمال أدنى “ iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.

Bagi di Malaysia, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas
takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).

Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud
kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang
kedua.

Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua
akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua
qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.
Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan
kadar bacaan 100 kali, dalam ruku’ yang kedua 80 kali, ruku’ ketiga
70 kali dan ruku’ yang keempat 50 kali.

Waktunya

Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana
sehinggalah selesai.

Tempat Solat

Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa
dilakukan solat berjemaah.

ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
 " الص ـلة جامـعة "
"al-Solat Jamiah"
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.

(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan:
أُصَلِّيْ سُنَّةَ لِخُسُوْفِ الْقَمَرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Ushallii Sunnatal Khusuufil-Qomari Rak’ataini Lillahi Ta’alaa
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.
(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari:

أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ushallii Sunnatal Kusuufis-Syamsi Rak’ataini Lillahi Ta’alaa 
“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah

Semoga apa yg sis share akan bagi manfaat untuk anda semua..next time sis share lagi ya..

Credit to ;- Jabatan Mufti Johor

Makan Sedap di Kafe Kiri Kanan, Toppen Tebrau

Makan Sedap di Kafe Kiri Kanan, Toppen Tebrau | Bila tibanya hari weekend mesti kaum isteri nak gantung kuali konon2 tak nak masak nak berehat..Sis salah seorang suri rumah yg tak terlepas dari ciri2 tu..hehe bukan apa sje je nak jalan-jalan cari makan kat luar sana.. Sis pn nak merasa jgk org lain masak betul tak..🤣🤣



Minggu nie sis & family jalan-jalan pergi Mall baru iaitu TOPPEN tebrau yg dekat sebelah IKEA tebrau.. Sis baru berkesempatan nak pergi..Kebetulan adik sis nak servery beli barang kat HARVEY NORMAN so sis pun berjemaah la pergi ke TOPPEN. Bukan main ramai lagi org kat sana sampai sis nak cari parking pn penuh..Lepas dpt parking kita org pn ronda2 cari barang yg nak dicari..


Sampai masa perut lapar sis pn ternampak kafe yg simple je nama nya iaitu KAFE KIRI KANAN dengan tag line MENYENTUH HATI ANDA..Ia menyajikan makanan ASIAN FUSION..Sis masuk kedai tu mmg ramai org nasib baik masih ada tempat kosong lagi utk kita org duduk..Bila tengok kerusi & meja dlm kafe nie teringat zaman sekolah sis pakai meja & kerusi kayu berwarna coklat..🤣🤣

Makanan kat sini memang menarik & sedap.. Kami pn oder Jumbo Chicken Chop, Nasi Chicken Chop Masak Merah, Nasi Ayam Hainan, Chicken Chop Black Pepper & Set Burger.. Tunggu 15~20 minit mknn pn sampai..







Sis mencuba menu yg sis oder memang sedap..Sos black pepper nya betul2 kena dgn tekak sis..Chicken Chop Masak Merah pn sedap..Senang kata semua sedap la..Portion makan memang mengnyangkan.. Harganya pn sangat berpatutan..

Utk uolllss yg berkunjung ke Toppen boleh la singgah makan di Kafe Kiri Kanan..Sampai disini saja yg dapat sis sharing..Next time sis kongsi lg ya..😊😍🤗