Ticker

6/recent/ticker-posts

BUFFET RAMADHAN 2024 - BUFFET RENTAK SELERA HARD ROCK DI HARD ROCK HOTEL DESARU COAST

BUFFET RAMADHAN 2024 - BUFFET RENTAK SELERA HARD ROCK DI HARD ROCK HOTEL DESARU COAST || Alhamdulillah..syukur dapat menikmati juadah berbuka puasa di Hard Rock Hotel Desaru Coast..Kali ini aku datang bersama suami & anak-anak, seronok anak aku bila sampai kesini ada corner utk anak bermain gelongsor.. Ada juga ruang santai-santai untuk anak-anak..Cerita mengenai buffet tahun ini ia membawakan tema Rentak Selera Hard Rock..Ia membawakan hidangan pelbagai menu lauk pauk, live station & makanan panas, makanan sejuk semua ada disediakan..Antara menu yang menjadi pilihan aku seperti Nasi Arab Mandy, Kambing Golek, Asam Pedas Ekor, Ikan sweet sour, Ribs BBQ Sauce, Udang Nestum,Rojak asma, Rojak Pecal, Kacang pool. Menu yang aku ambil semua kena dengan citarasa & tekak aku..


Siapa penggemar kacang pool korang patut cuba menu kacang pool disini kombinasi daging cincang & rempah nya menaikkan lagi aroma kesedapan kacang pool ini, rugi betul kalau korang tak cuba..



Utk live station kita ada Sup Utara, Tacos station, Satay station, Aneka lemang bersama serunding, Mee kari station, Kambing Golek station, Otak² station & lain² lagi..







Untuk live station nie aku suka betul dengan rasa tacos kat sini. Bukan selalu boleh jumpa korang..Rasa daging & salsa yang dimasak panas-panas memang menyelerakan bila dimakan terus cair kemulut..




Tahun lepas hidangan kambing golek memang menjadi pilihan pengunjung disini tahun ini masih sama, ia menjadi kegemaran pengunjung yang datang terutamanya aku & anak aku memang suka hidangan kambing golek. Rasa daging kambing yang masih panas-panas dihiris sangat juicy lagi-lagi bila dimakan bersama sos lada hitam terus menaikkan lagi rasa kesedapan daging kambing golek ini..




Utk makanan sejuk seperti sushi & Seafood on ice pun ada juga tau..Tak lupa juga kuih-muih & dessert² yang menarik pasti membuka selera korang yg datang tau..Utk basahkan tekak boleh la cuba nikmati pelbagai jenis air balang & teh tarik yg sedap² semua nya..😊🤗



Macam anak-anak aku suka betul dia menikmati sphagetti & sushi kat sini sampi ulang banyak kali dia makan..hehe






Anak-anak kalau hujung-hujung tak makan dessert & aiskrim tak sah..Kat sini ada pelbagai hidangan dessert yang sedap-sedap & cantik presentation nya sampai aku rasa sayang nak makan..haha


Kalau korang nak tahu kat sini korang akan dihiburkan dengan persembahan yang pasti menarik dari kumpulan live band utk menceriakan hari korang berbuka puasa disini tau..

Macam mana menarikkan menu² disini apa tunggu lagi dapatkan slot voucher utk berbuka puasa disini sebelum kehabisan..Keterangan lanjut boleh lihat dibawah ini..👇👇

꧁•⊹٭🕌𝙱𝚄𝙵𝙵𝙴𝚃 𝙱𝙴𝚁𝙱𝚄𝙺𝙰 𝙿𝚄𝙰𝚂𝙰 𝟸𝟶𝟸𝟺🕌٭⊹•꧂

🍽 RENTAK SELERA HARD ROCK 🍽
📌 Hotel Hard Rock Desaru Coast
📅 14 Mar ~ 9 Apr 2024
⏰️ 7pm ~ 10pm

🅽🅾🆁🅼🅰🅻 🅿🆁🅸🅲🅴
💰RM148 Nett 
👨🧕Dewasa
💰RM74 Nett 
👴👵 Warga Emas (>55thn)
💰RM74 Nett 
👫 Anak (5~11thn)

Utk tempahan hubungi
☎️ +607-838 8888
📱 +6012-738 8247
📧 fnb.marketing@hrhdesaru.com
🌐 www.hardrock.com.my 
🕌 Ruang solat disediakan


Post a Comment

0 Comments