Selawat Tafrijiyyah - selawat menghilangkan dukacita, kesusahan & murah rezeki

As'salam..Hari nie suzie nak kongsi dengan uolls kelebihan Selawat Tafrijiyyah.. Mesti uolls semua tak tahu apa itu Selawat Tafrijiyyah.. 

Selawat Tafrijiyyah juga disebut sebagai Selawat Nariyah atau Selawat Kamilah yang membawa erti sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang. Harapnya, jika selawat ini diamalkan, ia dapat menghilangkan kesempitan yang kita hadapi dengan izin Allah swt.

Selawat Tafrijiyah adalah antara selawat yang terkenal diamalkan oleh sebahagian para ulama. Selawat ini juga dikenali sebagai Selawat at-Tafrijiyah al-Qurthubiyyah (dinisbahkan kepada Imam al-Qurtubi), dan ada juga ulama yang menisbahkannya kepada Imam ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Imam al-Husain.

Selawat tafrijiyah memang sarat dengan doa yang kita mohon kepada Allah swt agar dilapangkan dari kesempitan, dicapaikan segala hajat dan juga diberi husnul khatimah.


Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna, dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad saw, yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu, dan terbukanya kesempitan, serta didatanginya semua hajat, dan diperoleh semua pemberian, serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya), dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan Baginda.

(Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam”.


Antara kebaikan pengamal selawat ini:-

Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramaiDia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.

Jom kita semua amalkan Selawat Tafrijiyyah ini.. Semoga ia menjadi amalan kita smpai bila2..😊🤗

No comments