Ticker

6/recent/ticker-posts

BIOALPHA kumpulan pertanian terbesar di Malaysia yang menanam tanaman herba.

BIOALPHA kumpulan pertanian terbesar yang menanam pokok herba misai kucing di Malaysia|| Pada hujung minggu yang lepas suzie dan rakan-rakan berkesempatan melawat ladang  tanaman herba di BioAlpha Desaru Herbal Park. Selalu suzie ke desaru hanya untuk bermandi-manda ditepi pantai tapi kali nie terkejut jugak rupanya ada ladang herba dekat desaru ni. Di sana kami melawat ladang herba yang seluas 300 ekar.





Herba yang di tanam disini ialah herba seperti Misai Kucing, Tongkat Ali, Serai. Ada jugak pokok buah-buahan seperti pokok kelapa pandan, Durian Belanda & Tembikai. Disini herba yang paling banyak di tanam ialah Misai Kucing.






Setelah tiba disana suzie diterangkan sedikit sebanyak mengenai herbal. Tak sangka banyak juga khasiat yang terdapat didalam Misai Kucing ini. Yang paling best suzie diberi peluang untuk melihat sendiri cara nak tuai daun Misai Kucing. Dalam masa yang sama suzie diajar cara nak pilih keratan yang sesuai untuk menanam pokok Misai Kucing.




Kami jugak berpeluang untuk tanam sendiri pokok Misai Kucing. Senang jugak rupanya tanam pokok ini, ia hanya menggunakan keratan batang. Anda hanya korek tanah sedalam 4 inchi dan kambus dengan tanah. Selepas tu pokok itu perlu disiram 2 kali sehari. Setiap bulatan pada tanah perlu meletakkan 4 keratan batang.




Selepas selesai semua pekerja disitu menunjukkan pula cara hendak menjalankan proses pengeringan daun-daun yang telah dituai. Mereka menggunakan cara yang alami untuk mengeringkan daun-daun ini. Daun-daun ini dijemur di dalam rumah panas yang hanya menggunakan haba dari cahaya matahari. Setelah selesai daun-daun yang sudah kering ini akan dihantar ke APOTEC untuk diproses menjadi produk.





Kami juga dibawa melihat tanaman pokok Tongkat Ali & pokok Durian Belanda. Kami pergi keladang dengan menaiki kereta pacuan 4 roda. Perjalanan tak jauh sangat tapi permukaan tanah tidak rata menyebabkan perjalanan lambat smpai. Setelah selesai melihat ladang kami pun pulang semula ketempat kami berkumpul.





Sampai di sana kami dijamu minum air kelapa pandan yang ditebas terus dari pokok. Segar rasa dengan cuaca panas minum air kelapa fresh. Ada yang kata minum air kelapa bagus untuk merawat panas dalam. 😋😋😍😍🥥🥥

Kalau uollss nak tahu tanaman ini ditanam secara organic di Bio Alpha Desaru Herbal Park tanpa menggunakan bahan kimia. Bio Alpha juga ada mempunyai ladang herba yang lain seperti di Pasir Raja yang mempunyai keluasan sebanyak 1003 ekar.

Disana mereka menanam pokok herba seperti Misai Kucing, Halia Muda, Serai, Kunyit, Tongkat Ali, Kacip Fatima, Mas Cotek, Hempedu Bumi & Roselle.

Jom kita tengok kelebihan daun Misai Kucing.

Kelebihan herba Misai Kucing.

Khasiat Misai Kucing Yang Ramai Tak Tahu. Merawat Kencing Manis & Darah Tinggi

Pasti ramai yang sudah ketahui kebaikan herba misai kucing kerana di negara kita sangat popular dengan jualan Teh Misai Kucing. Pokok herba ini boleh ditemui di seluruh negara Asia Tenggara dan Australia Tropika.

Misai kucing atau nama saintifiknya ‘orthosiphon aristatus’ adalah asal usul nama kepada ‘lippenblutengewachse, lamiaceae, labiatae’.

Khasiat Misai Kucing

1. Membersihkan Ginjal

Toksik seperti asid urik berlebihan, sisa-sisa metabolik dan pengumpulan asid perlu disingkirkan dari badan untuk mengelakkan pengumpulan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan keletihan, kulit tidak berseri, daya tahan yang lemah, sengal-sengal dan lain-lain.

Misai Kucing ini elok untuk membersihkan ginjal dan saluran air kencing anda. Pendek kata ia membersihkan sistem perkumuhan anda. Oleh itu,jika anda kerap ke tandas untuk buang air,jangan fikir bahawa itu merupakan tindak balas yang negatif kerana sebenarnya ia menunjukkan proses pembersihan sedang berlaku.

Yang bagusnya,penyakit batu karang juga dapat dielakkan.

2. Merawat Kencing Manis

Misai kucing juga dapat membantu membuang toksin di dalam badan dan juga membantu mengurangkan kepekatan glukosa dalam darah dengan ketara. Sekaligus mengelak dan merawat masalah kencing manis.

3. Merawat Tekanan Darah Tinggi

Ia membantu mengurangkan kolestrol dan merendahkan tekanan darah dengan cara memisahkan sel-sel darah dari bercantum dan melekat.

4. Antioksidan

Menariknya mengenai Misai Kucing ini adalah ia dapat menjaga sel dari tindak balas radikal. Jika anda kerap minum teh Misai Kucing, maka anda pun dapat kelihatan muda.

Antara Khasiat Misai Kucing Yang Lain

🌿Mengurangkan tahap kolestrol.
🌿Membaiki tahap stamina dan tenaga.
🌿Mengurangkan inflamasi dan gout.
🌿Mengurangkan pembendungan air.
🌿Membantu melancarkan peredaran darah.

Misai kucing ini lebih baik diamalkan setiap hari untuk keputusan yang lebih baik. Anda dinasihatkan untuk menjaga pemakanan seperti gula dan sebagainya ketika pengambilan Misai Kucing untuk memastikan keberkesanan khasiatnya.

Untuk uolss yang nak dapatkan produk Misai Kucing ni boleh la pergi ke website https://www.apotec.com.my atau boleh juga membuat pembelian di LAZADA



Selain produk Misai Kucing anda juga boleh dapatkan produk-produk herba yang lain di APOTEC.


Suzie sekeluarga jugak tidak lepaskan peluang untuk mencuba sendiri produk Misai Kucing yang dikeluarkan oleh APOTEC ini. Suzie cuba buatkan untuk mama & ayah minum pada waktu pagi & petang. Masa mula2 minum memang akan rasa nak membuang air kecil je. Selepas toksin-toksin dikeluarkan dari badan baru la badan rasa ringan je.


Tak lupa juga apotec ada keluarkan minuman untuk kecantikan. Suzie dah cuba sedap rasa nya diminum sejuk2.😋 Mana la tau lepas nie suzie boleh amalkan untuk kulit nampak sihat & cantik..😊😍🤗 So uolls jangan lupa dapatkan produk ini ya..😊🤗😍

Semoga apa yang suzie share memberi manfaat pada anda semua. Terima kasih sudi membaca blog suzie. Lain kali suzie share info lain pula..😊🤗🤩😍

Post a Comment

6 Comments

  1. seronok sangat pengalaman menanam misai kucing kat sana...rasa nak pergi lagi tengok pokok da jadi apa..hahaha

    ReplyDelete
  2. Geram nengok buah durian belanda tu haaa...kalau dapat makan sedapnyaaa..fresh tu..

    ReplyDelete
  3. best pulak jadi petani kan.Dapat peluang tanam misai kucing..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Sis Siti Suziana , jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.



    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

    1 x RM200



    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

    2 x RM100



    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

    14 x RM50



    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.