Ticker

6/recent/ticker-posts

Susu UHT Fernleaf - 100% Mmmmm Dari New Zealand

Assalamualaikum, Sudah sekian lama susu Fernleaf sudah dikenali oleh semua orang. Pada tahun 1991 iklan susu Fernleaf selalu keluar ditelevisyen. Pada masa tu Fernleaf hanya keluarkan produk susu tepung sahaja.


Kini Fernleaf keluarkan susu UHT yang senang dibawa kemana sahaja. Hanya tinggal buka dan minum tanpa membancuhnya. Ia memudahkan dan sesuai untuk kita sekeluarga. Semua orang tahu bertapa penting kalsium untuk badan kita. Untuk sihat kita perlu konsisten mengambil susu setiap hari.


Susu Fernleaf 100% susu dari New Zealand. Susu Fernleaf UHT sangat sedap dan 100% Mmmmm kerana Para peladang di Fernleaf akan memastikan lembu tenusu dijaga dengan rapi dan diberikan rumput yang berkualiti setiap hari. Hasilnya susu yan terhasil mempunyai sumber makanan semulajadi yang kaya dengan kalsium yang mudah diserap oleh tubuh badan manusia. Susu UHT Fernleaf ini juga mengandungi banyak nutrien penting yang lain seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan juga vitamin D.


Lembu Tenusu & Rumput (Grass-fed dairy cows – graze outdoors freely)

New Zealand mempunyai tanah yang subur dengan kadar hujan yang baik dan cahaya matahari yang banyak jadi tidak hairanlah lembu tenusu di sana dapat meragut rumput-rumput yang berkualiti (high quality fresh grass) secara bebas tanpa perlu terkurung dalam kandang supaya dapat menghasilkan susu Fernleaf yang berkhasiat dan berkualiti tinggi.

Lembu tenusunya menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas secara tidak langsung lembu-lembu tersebut mendapat kanduungan vitamin D yang sihat.


Lembu Tenusu Menghasilkan Susu Secara Semulajadi (Produce Milk Naturally)

Faktor iklim yang selesa, udara dan air yang bersih serta rumput yang berkualiti tinggi mampu merangsang lembu-lembu tenusu ini untuk menghasilkan susu secara semulajadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu atau milk booster.

Pakar Tenusu (Dairy Expert)

Fernleaf adalah pakar tenusu yang mempunyai pengalaman lebih daripada 140 tahun dalam perladangan tenusu. Para peladang sentiasa memastikan mereka menghasilkan kualiti susu yang paling baik dalam setiap peringkat dari proses awal penghasilan susu berkualiti sehinggalah proses edaran kepada pengguna. Maka tidak hairalanlah mereka boleh menjadi “Pakar Tenusu Terulung di Dunia”.


Bila sebut je susu semua keluarga saya suka kan susu. Lagi-lagi bila tengok aisyah minum suka dengan straw hipster memang betul menikmati susu fernleaf UHT nie.


Uolls semua yang hendak mendapatkan susu Fernleaf UHT nie boleh dapatkan nya dipasaran. Ia terdapat dalam 3 jenis susu iaitu low fat, full cream & coklat. Ia nya dipek dalam 2 saiz iaitu 1 Liter & 200ml.

Susu UHT Fernleaf memang terbaik!! 100% Mmmmm.. Sedap!


Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.