MERANCANG 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN


MERANCANG 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

10 malam terakhir adalah malam-malam
yang sangat kritikal, malam yang
diharapkan satu daripadanya adalah
Lailatul-Qadar yang nilainya lebih baik
daripada 1000 bulan.

Maka untuk meraih kebaikan maksimum
rancanglah ia dengan sebaik-baiknya.
Kata orang, jika kita tidak merancang
bererti kita merancang untuk gagal.

Antara amalan baik yang boleh
dirancang untuk diisi pada
malam-malam 10 terakhir ini ⤵️

1. Qiam dengan menunaikan solat sunat.
Nabi s.a.w. bersabda maksudnya:
“Sesiapa yang qiam pada lailatul-qadar
dengan iman dan ihtisab, diampunkan
dosanya yang lalu.” (Al-Bukhari)
Qiam merupakan aktiviti yang
paling utama kerana dengan
qiam itulah dijanjikan pengampunan
dosa yang lalu.

2. Mengajak ahli keluarga bersama-sama
menghidupkan 10 malam terakhir.
Ini kerana Nabi s.a.w. memberikan
sepenuh tumpuan untuk beribadah pada
10 malam terakhir.
Baginda menghidupkan seluruh malamnya dengan ibadah, membangunkan ahli keluarganya dan mengemaskan ikatan kain sarungnya.
Ini digambarkan oleh Sayyidatuna Aisyah r.a. dengan katanya:
“Adalah Rasulullah s.a.w. bersungguh-sungguh di dalam ibadah pada 10 malam terakhir lebih daripada apa yang dilakukan pada malam-malam yang lain.” (Muslim)
Beliau juga berkata:
“Apabila masuk 10 malam terakhir, baginda mengemaskan ikatan kain sarungnya dan menghidupkan seluruh malamnya serta membangunkan ahli keluarganya.”
(Muttafaq ‘alaih)

3. Tilawah al-Quran. Setiap orang daripada kita mempunyai kemampuan yang berbeza di dalam bacaannya. Jadi rancanglah mengikut kemampuan sendiri. Di samping itu kita boleh juga menambah beberapa surah yang mempunyai kelebihan tertentu sebagaimana yang disebutkan di dalam sepotong hadis yang bermaksud: “Idza zulzilat menyamai ½ al-Quran, qul hua Allah menyamai 1/3 al-Quran dan qul ya ayyuhal kafirun menyamai ¼ al-Quran.” (Riwayat At-Tirmizi daripada Ibn Abbas r.a.) Berdasarkan hadis ini, sesiapa yang membaca surah al-zalzalah dua kali, al-kafirun 4 kali dan al-Ikhlas 3 kali menyamai tiga kali khatam al-Quran.

4. Iktikaf.
Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. beriktikaf
10 malam terakhir Ramadhan.
Dan pada tahun terakhir sebelum baginda wafat, baginda beriktikaf selama 20 hari.

5. Beristighfar, berzikir, berselawat ke atas nabi.

6. Membanyakkan doa.
Doa yang diajar oleh Nabi s.a.w. kepada Aisyah r.a. 


Ini hanyalah suatu cadangan daripada seorang hamba yang mengharap belas ihsan Tuhannya agar termasuk dalam kalangan hamba-hambaNya yang mendapat anugerah Lailatul-Qadar.

7. Berdakwah.
Dakwah bererti mengajak kepada Islam, beriman kepada Allah dan melaksanakan suruhan serta menjauhi laranganNya.
Usaha yang sangat besar ganjarannya dan berterusan sampai ke hari qiamat.
Maka senarikan beberapa potong ayat / hadis / tazkirah yang baik dan sebagainya.
Setiap malam hantarkan satu ayat kepada kawan-kawan di dalam group WhataApp dan sebagainya.
Satu malam daripada 10 itu adalah Lailatul-Qadar, maka kita dapat ganjaran seperti berdakwah lebih daripada 1000 bulan.

8. Bersedekah. Pastikan setiap malam diperuntukan sedekah walaupun sedikit. Senaraikan 10 individu atau organisasi yang layak menerima sedekah serta no akaun banknya supaya senang untuk kita masukkan secara online setiap malam satu orang / satu pertubuhan.

9. Taja iftar. Sekurang-kurangnya taja satu orang satu malam. Ingat! Lailatul-Qadar bermula dengan masuknya waktu maghrib.

10. Menghubungkan silaturrahim. Setiap malam, cuba hubungi ibu bapa, saudara mara khususnya yang telah lama tidak ditemui


11. Membaca buku untuk menambah ilmu atau mendengar ceramah / tazkirah dan lain-lain. Ilmu mengangkat darjat seseorang di sisi Allah s.w.t.
(Al-Mujadalah:11)

Ingat! Setiap apa yang kita rancang dan kita lakukan setiap malam pada 10 malam terakhir, satu daripadanya Inshaa Allah adalah malam istimewa itu.

Maka untuk amalan kita pada malam itu ⤵️
Solat, Tilawah, Istighfar, Doa, Sedekah, Dakwah dan lain-lain ganjarannya seperti beramal selama 1000 bulan!
hai alangkah ruginya kalau ia terlepas. Lantaran itu Nabi s.a.w. mengingatkan kita dengan sabdanya yang bermaksud ⤵️

“Sesungguhnya bulan ini (Ramadhan) telah datang kepada kamu.
Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.
Sesiapa yang diharamkan dari mendapat kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah diharamkan dari mendapat kebaikan seluruhnya.
Dan tidak ada orang yang diharamkan dari kebaikannya kecuali orang yang benar-benar diharamkan kebaikan untuknya.”
Riwayat Ibn Majah.

Selamat Beramal 🤗
Semoga kita dipermudahkan segalanya.
Aaamin.

#sharing FB

Post a Comment

1 Comments

  1. INsyaaAllah semoga kita sama-sama mencari redha Allah di malam 10 terakhir ramadhan

    ReplyDelete