Perencah Oden sedap di Pasir Gudang


Oden merupakan sejenis makanan musim sejuk masyarakat Jepun yang terdiri daripada bahan-bahan seperti telur rebus, lobak daikon, konnyaku dan kek ikan yang diproses dan distew dalam sup soya dashiyang ringan. Ia direbus dan dimakan seperti sup. Isi nya boleh ditambah mengikut kesukaan dan dimakan pada bila2 masa sahaja.

Oden ini dah viral dah..uolls boleh beli Oden di Family Mart..Time perut lapar eloklah pekena oden semangkuk...HeHe😋

Semenjak oden menjadi viral suzie & husband sibuk nak mencuba rasa oden..apa la yg sedap sangat oden nie sampai ramai orang beratur panjang nak beli oden dekat family mart.. kebetulan pula family mart kat tempat suzie nie baru sahaja dibuka..Ramai la warga pasir gudang yang nak merasa kesedapan Oden & makanan lain2 yang dijual di family mart.

Di family mart oden dijual dengan dua perisa, iaitu perisa spicy tom yam & spicy sweet chilli..Kami mencuba kedua-dua nya..memang sedap..rasa macam nak makan banyak kali..😅😅

Terliur kan?

Apa yang sedap pada Oden ni?

+ rasa sup yang pedas manis.
+ sedap dimakan panas2 bersama bebola steamboat & mee udon.


Oden nie klo korang nak buat homemade pun boleh.. Korang boleh cuba buat oden dengan menggunakan Perencah Oden Viral dari Masak2 Cek Yana.

Ini la Oden yang sudah dimasak dengan menggunakan perencah oden viral..

Ini mee udon yang suzie gunakan..

Senang dan mudah bila ada perencah nie tinggal rebus air sehingga mendidih masukkan perencah & bebola steamboat atau mee udon..

Suzie beli perencah oden viral dari agen pasir gudang puan norazlin.. uollss boleh la call no nie utk dapatkan perencah oden viral ya.. Norazlin 017-6228765..

Selamat mencuba ya..next time suzie share makanan lain pula yang sedap2..😋😋🤗🤗😍😍

3 comments

  1. tu bukan cek yana anak sis lin kan...hahahahaha

    ReplyDelete
  2. Mesti la bukan..klo tak sis lin dh promote dh..hehe

    ReplyDelete
  3. eeee,, kite ni dhla peminat oden. hahahhahaa...

    ReplyDelete