Salam Aidiladha 2020 || Rezeki dapat buat ibadah korban dengan keluarga

Salam Aidiladha 2020||Alhamdulillah..Tahun nie Allah bagi kita semua menyambut raya haji pada walaupun kita satu dunia diuji dengan wabak Covid-19..Salam Aidiladha 1441 Hijrah untuk semua umat islam yang menyambutnya..
Pada tahun ini family sis sekeluarga berpeluang untuk mengambil bahagian dalam ibadah korban ini..

Korban di rumah mertua

Korban di rumah nenek 

Suami sis ambil 1 bahagian daripada 7 bahagian untuk seekor lembu..Suami sis korban lembu di kampung halaman di kampung parit baru, parit yusof, Muar , Johor.. Manakala mama & ayah sis amik sorang 1 bahagian. Mereka buat korban di kampung halaman mama sis di Kg Seri Bunian, Pontian, Johor.






Meriah bila dapat berkumpul adik-beradik.. Daging yang siap dipotong ditimbang & dibungkus sekilo²..Selepas dapat kira total hasil daging diperolehi baru lah dibahagi sama rata pada yg mengambil bahagian dalam ibadah korban ini..







Bila dh berkumpul semua bermacam² juadah di masak untuk menjamu adik beradik, jiran², rakan² yang sama² tolong untuk memeriahkan ibadah korban ini.. Mcm² menu ada..Rendang Ayam, rendang daging, sambal udang, sayur lodeh, pulut cicah serawa durian & ubi rebus & sambal ikan bilis..Sis makan smpai repeat bnyk kali tau..πŸ˜…πŸ˜…






Seronok dapat berkumpul & berborak tanya khabar bagai..Pada hari korban tu kami pula mengenakan baju sedondon utk ahli keluarga belah husband..Kaum lelaki pakai baju t-shir yang ditempah khas oleh kak ngah..Manakala baju kaum perempuan adik sis beli baju kurung sedondon jenama Sabella yang tengah famous tu..Best pakai tau..Tq atam tolong oderkan utk kita orang  semua..😍😍πŸ₯°πŸ₯°


Tapi kan family husbnd sis de sorg yg tak dapat join yang berada nun di Lahad datu.. sebab cuti tak panjang xdpt nak balik kampung untuk sambut ibadah korban sama²..InsyaAllah tahun depan kita kumpul sama² ya mak teh pak teh & auni comel..πŸ˜ŠπŸ€—

Semoga ibadah korban kali nie beri manfaat & rahmat untuk kita semua..Untuk uollss yg terasa nak buat ibadah korban boleh la start menabung dari sekarang.. Senang nanti dh tiba masanya dh boleh bayar utk sebahagian nama bila nak korban..so uollss tak kan rasa terbeban nak keluarkan selepuk duit bila nak bayar nnt..

Ok..lah smpai disini coretan sis utk kenangan ibadah korban tahun 2020 nie.. Tq juga utk uolllss yg sudi baca blog sis ini ya..😊😢😍πŸ₯°πŸ˜˜



Post a Comment

3 Comments

  1. alhamdulillah rezeki.. semoga Allah menerima
    amalan2 kita dan ibadah qurban yang kita laksanakan =)

    ReplyDelete
  2. alahai comelnya satu family sedondon..hihihi..best ek kak baju sabella tu? balik kampung nampak iklan dia aje sepanjang highway

    ReplyDelete