TIDAK SAH SOLAT WANITA BERSTOKIN TERLALU NIPIS
Syeikh al-Nawawi al-Bantani dalam Kasyifah al-Saja (hlm. 120) menyebut: “[menutup aurat] dengan suatu jirim yang suci yang boleh menghalang penglihatan kepada warna kulit, dengan tidak dapat diketahui warna putih (kulitnya) daripada hitamnya dalam majlis al-takhatub.”
Istilah majlis al-takhatub ini dihuraikan lagi dabitnya oleh Syeikh Hasan bin Ahmad al-Kaf dalam al-Taqrirat al-Sadidah (hlm. 84) dalam bab basuhan janggut yang tebal: “kira-kira satu meter dan separuh.”
Antara ulama muhaqqiq yang berfatwa dengan qiyas kaedah majlis al-takhatub dari bab wudhuk ke dalam bab aurat ialah Imam Ahmad bin Musa bin `Ajil, seperti mana kata pengarang Fath al-Muin (hlm.86); Hasyiah Tuhfah al-Muhtaj (2/112). Namun mengikut Syeikh Abu Makhramah bahawa pendapat yang muktamad tiada beza antara majlis al-takhatub atau bukan, tetapi jika seseorang itu mendekatkan matanya kepada pakaian maka tidak dikira jika nampak auratnya juga. Rujuk Bughyah al-Mustarsyidin (hlm. 104). Wallahua’lam.
Setelah meneliti keterangan dan fakta di atas, kami cenderung untuk menyatakan seperti berikut:
- Wajib menutup tapak kaki ketika solat bagi wanita dalam mazhab al-Syafie, dan ia merupakan syarat sah solat. Pendapat yang lemah dalam mazhab Syafie dan salah satu daripada pendapat dalam mazhab Hanafi, bahawa tapak kaki bukan aurat ketika solat. Mazhab Maliki mengkategorikan tapak kaki sebagai aurat ringan yang tidak memudaratkan solat apabila terdedah. Rujuk Syarh Yaqut al-Nafis (hlm.143-144)
- Memakai pakaian nipis untuk menutup aurat adalah tidak memadai untuk mendapatkan solat yang sah.
- Ukuran pakaian nipis dan tebal itu terdapat khilaf dalam ulama Syafieyyah. Kami cenderung kepada tarjihan Syeikh Ibn Ajil bahawa memadai jika pakaian itu tidak menampakkan warna kulit dalam jarak majlis al-takhatub, atau kira-kira 1.5 meter antara dua orang yang bercakap. Namun pendapat muktamad seperti yang disebut oleh Syeikh Abu Makhramah bahawa tiada dabit majlis al-takhatub, melainkan dengan pandangan terlalu dekat dengan pakaian, adalah pendapat yang lebih berhati-hati.
- Justeru, stoking wanita yang kelihatan nipis tetapi tidak boleh dilihat warna kulitnya, dan tidak boleh dibezakan warna kulit hitam atau putihnya, dalam jarak kira-kira 1.5 meter, adalah boleh dipakai oleh wanita semasa solat.
- Sunat untuk memakai stoking yang lebih tebal, atau melabuhkan telekung, untuk keluar daripada khilaf dan mengelakkan fitnah. Wallahua’lam.
Semoga penjelasan ini memberikan kefahaman kepada penanya. Kami akhiri dengan doa:
اَللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Maksudnya: "Ya Allah, aku memohon, bantulah aku untuk mengingati-Mu, dan bersyukur kepada-Mu, dan memperbaiki ibadah kepada-Mu."
2 Comments
Masa Sis mengerjakan Umrah, time solat, ada satu ketika tak berapa nk fokus sebab sebelah Sis jemaah tu tak pakai stokin, memang mazhab dia, tapi buat kita ni jadi hilang fokus kejap.. huhuhu..lepas tu cuba elak, janganlah solat sebelah atau depan yang tak pakai stokin...
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ini. Akan sy peringatkan kpd anak2 sy.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.