PERTAMA KALI MAKAN RAW BEEF DI TORAMARU WAGYU YAKINIKU
PERTAMA KALI MAKAN RAW BEEF DI TORAMARU WAGYU YAKINIKU || Sebelum ini aku pernah makan raw fish seperti salmon, tuna, seabream & octopus..Tak pernah aku cuba makan raw food selain ini..Tapi kali ini suzie pertama kali mencuba untuk makan raw beef di Toramaru Wagyu Yakiniku yg terletak di Taman Pelangi JB..
Sebelum makan macam² dlm kepala fikir mesti kenyal² macam daging yang selalu kita makan tu..Bila dah makan uit..sedapnya..😍😍
Tak dapat bayangkan daging lembu Wagyu yang raw tu lembut dan terus cair di mulut tau..Tak kenyal pun korang..
Itulah yang suzie rasa ketika pertama kali mencuba hidangan daging lembu mentah di Toramaru Wagyu Yakiniku.
Restoran ini terkenal dengan daging Wagyu berkualiti tinggi dan pengalaman memanggang daging ala Jepun..Bukan ini sahaja ada pelbagai jenis hidangan set atau ala carte yang boleh korang cuba seperti..
Set Daging Wagyu Toramaru Premium Plate
Signature Thinly Sliced Beef Tounge
Seafood Pancake
Fried Chicken
Mix Cool Vege
Grilled Miso Chicken Thigh
Karubi Soup
Beef Sauce
Daging lembu wagyu mentah yang dihidangkan sangat segar dan lembut. Ia dihiris nipis dan dihidangkan bersama sos istimewa iaitu Toramaru Special Sauce, Rich Sesame Sauce, Moon Sauce, Roasted Garlic Sauce & Spicy Sauce..Lepas grill korang boleh celup dalam sos & makan time daging tu masih hangat lagi..Memang sedap dimakan dengan sos..🤭
Rasa dagingnya lemak berkrim dan sangat sedap. Walaupun pada mulanya saya ragu-ragu, ternyata hidangan ini sangat lazat dan unik.
Bila makan disini suasana dalam nie nampak tenang jer..Konsep deco yang dibuat menggambarkan suasana seperti ala² japanese konsep..Berlatarkan dinding kayu siap langsir dan tmpat makan pun selesa..
Layanan yg diberikan memang tip top..Kalau korang nak gunakan khidmat suruh dia tolong grillkan pun boleh..Disini korang juga boleh refill air plain water atau green tea..Minuman lain seperti juice atau air bergas tidak termasuk untuk free flow..🤭🤭
Bukan itu sahaja korang klo makan kat Toramaru nie pakaian korang tak akan bau asap grill nie tau..Sebab sistem ventilation kat sini memang tip top sebab hub dia memang bagus & power sedut asap makanan yang korang rill tu..🤩🤗
Jika anda penggemar daging lembu Wagyu dan ingin mencuba sesuatu yang berbeza, suzie sangat mengesyorkan korang mencuba pengalaman makan daging wagyu yang premium di Toramaru Wagyu Yakiniku.
Pengalaman korang menjamu selera di sini pasti tidak akan mengecewakan.. Sebelum datang boleh la membuat tempahan seperti detail lanjut dibawah ini..
🅣🅞🅡🅐🅜🅐🅡🅤 🅦🅐🅖🅨🅤 🅨🅐🅚🅘🅝🅘🅚🅤
📍195, Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim
📅 Wenesday~Monday (Tuesday Closed)
⏰️Time Operation (12pm~2.30pm & 6pm~10pm)
📱+6010-6685 855 (Reservation)
🚗https://maps.app.goo.gl/QmGCpRB4RNzNQ2Y28
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.