NIKMATI HIDANGAN RENAISSANCE KITCHEN DINNER BUFFET DI RENAISSANCE HOTEL JOHOR BAHRU || As'salam dan hye korang..Terima kasih kerana sudi baca entry blog suzie untuk posting blog kali ini..Jumaat lepas suzie dan rakan blogger menikmati dinner di sebuah hotel yang terletak di Permas Jaya iaitu Renaissance Hotel Johor Bahru..
Untuk dinner kali ini kita orang makan di Cafe BLD Renaissance JB.. Renaissance tak pernah miss tiap-tiap bulan mesti ada promo & tema yang best-best utk korang cuba..Tema bulan ini ialah Renaissance Kitchen Dinner Buffet..
RENAISSANCE KITCHEN DINNER BUFFET
Renaissance Kitchen kali ini menghidangkan lebih 2++ jenis menu yang pasti nya membuatkan korang meneroka setiap bahagian untuk menikmati hidangan yang bertemakan seafood dengan pelbagai jenis masakan sama ada local, western, chinese, indian, japanese, korean & bermacam-macam lagi..
Malam tu rambang mata betul, tengok tu sedap tengok makanan ini sedap sampai tak tau nak pilih makanan yang mana dahulu utk suzie makan..Tema kali ini kelainan sedikit ia membawakan konsep makanan local difusion kan seperti hidangan Sushi yang telah difusion kan dengan citarasa makanan melayu iaitu sushi nasi lemak & sushi pulut kuning. Untuk hidangan western yang difusion kan pula seperti Asam Pedas Risotto..
Untuk tidak buang masa lagi jom tengok gambar menu-menu yang korang wajib cuba bila nikmati weekend dinner buffet ini..Sebelum itu suzie nak bagi tau utk promo buffet ini ia dihidangkan pada hari weekend sahaja tau..Iaitu hari Jumaat & Sabtu sahaja..Ia bermula jam 6.30pm ~ 10pm..So korang kena la cepat-cepat booking slot..HeHe
NASI KANDAR UDANG GALAH
Nasi kandar nie memang 1st menu yg aku suggest..🤣 Bukan apa makan nie jer confirm tambah lauk tau..Rasa kuah campur-campur tu betul² surrrrr..Lagi² bila makan dengan udang galah atau ayam goreng berempah..Memang padu bak hanggg..Telur masin pun sedap tak masin..Bndi rangup jer gigit..Kalah nasi kandar lain yang aku pernah makan tuu..🤭
NASI KERABU
Nasi kerabu pun sedap makan pulak dengan sambal goreng pengantin..Paduduu..😍😋😋 Bahan-bahan nasi kerabu pun cukup..Ada kuah budu, sambal lada, telur masin, serunding ikan, sayur ulam semua ada..Makan pula dgn ayam goreng berempah & daging briyani pun sedap.
NASI DAGANG
Nasi Dagang kat sini lembut jer..Sedap di makan dgn gulai ikan tongkol & sayur acar serta sambal belacan..Ulam² pun ada juga disediakan utk korang yg suka akan sayur ulam ulaman..
SUSHI CITARASA TEMPATAN
Sushi kerabu gulai ayam nie rasa seperti makan nasi & ayam..Unik cara persembahan dan rasa yg dibuat..
Rasa laksa onigiri ni pula sama mcm mkn ikan tapi ada rasa² kuah laksa kat hujung²nya..Klo nk tau betul ke tak korang kne la try..hehe
Nama nya jer dh bgtau pulut kuning..Rasanya sudah semestinya la pulut kuning serunding ayam..Cantik chef² ni gulung pulut kuning style sushi baru la local taste org ckp..Ala² fusion la senang cite..Jgn igt boboy jer yg fusion mknn pun boleh tau..hehe🤭😍🤗😋
Nasi lemak rice ball nie pling favret org malaysia..Bila dibulatkn jadi mcm bola senang sgt la nk masuk mulut..Rare pulk tgk..Jarang nk jumpa nasi lemak mcm nie..hehe
SUP TULANG
Kalau xde sup tulang bukan malay food la org ckp..Nie pun ramai yg suka..Mkn panas ² ambil roti lps tu cicah dgn sup padu beb..
NASI BRIYANI BULUH INDIA
Nasi buluh briyani kambing india nie sedap sgt pekena dgn lauk kambing varuval memang ngam..😋🤭
Aneka lauk dari India Station..
ANEKA LAKSA
Jarang tau hotel nie nak buat menu laksa..Ari tu aku try rasa Laksa Johor..Sekali dia buat memang betul² kena citarasa aku..Kuah sedap bahan cukup..Bukan laksa johor jer ada..Laksa penang, laksa sarawak & mee kari pun ada jgk..So korang boleh pilih nak try yg mana satu..🤗😊
MEE GORENG MAMAK & CHAR KUEY TEOW
Mee goreng mamak & kuey teow dia aku suka meriah dgn isi puas mkn..
STREET BURGER (BURGER RAMLY & ROTI JOHN
Jarang hotel² hidang burger street nie kann..Kali nie Hotel Renaissance membawa kelainan dengan menghidankan burger street tapi versi premium..Daging ramly yg dimasak cukup rasa..Cukup bahan memang lain dari yg lain la..
Untuk roti john pula isi ayam bnyk tak kedekut..Rasa ayam dlm roti john pun sedap diperap dgn rempah yg terpilih mmg lain daripada yg lain rasanya..Tak dapat rasa mcm kat tmpt lain tau..hehe
Suzie nk ingatkan sekali lagi..Buffet Dinner Renaissance Kitchen nie bukan ada setiap hari tauuu.. Ia ada hanya hari JUMAAT & SABTU sahaja..Bermula seawal jam 6.30pm~10pm..So boleh la korang makan santai².. Jgn lepas peluang booking slot tau..Buffet Renaissance Kitchen nie belangsung sehingga pada bln AUGUST & SEPTEMBER jer tau..🤗🤭
🆁🅴🅽🅰🅸🆂🆂🅰🅽🅲🅴 🅺🅸🆃🅲🅷🅴🅽
🅳🅸🅽🅽🅴🆁 🅱🆄🅵🅵🅴🆃
𝔸𝕌𝔾|𝕊𝔼ℙ𝕋
🗓 Friday & Saturday
⏰️ 6:30pm to 10:00pm
🏷 RM188 nett per adult
🏷 RM94 nett child (6-12y)
✨ 35% discount for Club Renaissance Johor Bahru member
📲 wa.me/60177713327
🔗 bit.ly/TableAppCafeBLD
🌐 cafebld.com/specials
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.