Neem Balm ZM Beauty cream daun semambu serbaguna.

As'salam hari ini sis hendak kongsi dengan uolls tentang satu produk iaitu Neem Balm dari ZM Beauty..Neem Balm nie ialah cream berasaskan daun semambu..Dulu2 kalau nak guna daun semambu kena minta kat rumah orang india yang tanam pokok semambu..Kini kita tak payah nak rumit2 lagi boleh la cuba dapatkan Neem Balm ZM Beauty..





Neem Balm nie juga telah selesaikan masalah bby akid iaitu ruam di celah bontot dan celah peha yg geboo itu.. Bila bby akid pakai pampers sis akan sapu neem balm ini untuk mengelakkan dari kencing atau najis yang tajam yang boleh menyebabkan celah peha dan bontot akid menjadi kemerahan dan melecet..

Bukan itu sahaja Neem Balm ini juga ialah cream sapuan yang serbaguna bila bby akid kena gigit nyamuk sis cepat2 sapu ditempat yg bintat, tak lama tu bintat itu pun susut.. Kalau ada ruam gatal-gatal pun boleh sapu, ruam akan cepat kering..


Disini sis share mengenai Neem Balm ye..


Apa itu NEEM BALM ZMBEAUTY?

Dihasilkan menggunakan 3 bahan sahaja iaitu 

❤ Daun Neem
❤ Minyak Zaitun
❤ Lilin Lebah

Berfungsi sebagai sapuan luaran untuk melegakan 

❤ Kulit Kering
❤ Ruam Demam Campak
❤ Gatal Kulit
❤ Masalah Kulit Yang Ringan
❤ Ruam lampin

Harga 1 set RM45/60g,anda akan dapat FREE GIFT 

❤ Termometer Digital 10k unit yang pertama sahaja
❤ Casing Khas beserta KeyChain ZMBeauty


LULUS KKM!

Tarikh luput adalah 1 Tahun dari tarikh penutup dibuka

Untuk dapat kan produk ini anda boleh pergi ke laman;-

Page : NeemBalmHQ

KELEBIHAN BULAN SYA'BAN & MALAM NISFU SYA'BAN

BULAN SYA'BAN
🌸🌷🌸🌷🌸🌷🌸🌷🌸

Alhamdulillah ALLAH masih MEMBERI PELUANG kepada kita untuk hidup di bulan Sya'ban pada tahun ini.
Semoga ALLAH BERKATI kita di bulan Sya'ban dan PERTEMUKAN kita dengan bulan Ramadan.
Insya ALLAH.

Sabda Nabi s.a.w.:
"Bulan Rejab bulan ALLAH,
bulan Sya'ban bulanku, dan
bulan Ramadan bulan umatku."

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'ban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan malam LAILATUL QADARnya.

Dalam Raudatul Ulamak dan diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Tahukah kamu kenapa bulan ini dinamakan Syaaban? Para sahabat menjawab: ALLAH dan Rasul-Nya mengetahui. Baginda bersabda: Ianya dinamakan demikian kerana bercabang-cabang dan banyak kebaikan padanya."

REJAB BULAN MENABUR BENIH. SYAABAN BULAN MENYIRAM TANAMAN. RAMADAN BULAN MENUAI.

Oleh itu, untuk mendapat kemanisan ibadat puasa pada bulan Ramadan, maka marilah kita memperbanyakkan berpuasa pada bulan Sya'ban ini sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Saidatina Aisyah r.a menyatakan :
“Tidak pernah Rasulullah s.a.w berpuasa lebih banyak melainkan dalam bulan Syaaban (selain bulan Ramadhan). Sesungguhnya, Baginda s.a.w telah berpuasa sebulan penuh.”

Nabi Muhammad s.a.w ditanya oleh Usamah bin Zaid mengapa Rasulullah s.a.w melebihkan berpuasa pada Syaaban.

Baginda s.a.w menjawab dengan sabdanya: “Bahawa Sya'ban ialah bulan yang selalu diabaikan oleh manusia, sedangkan pada Sya'ban semua amalan manusia diangkat ke hadrat ALLAH. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sewaktu aku dalam keadaan berpuasa.” 

Oleh kerana bulan Sya'ban adalah bulan Rasulullah s.a.w, maka janganlah kita lupa untuk memperbanyakkan amalan berselawat kepada Baginda s.a.w.

Bagi mereka yang berumur 40 tahun ke atas, berselawatlah SEKURANG-KURANGNYA 100 kali.
Bagi mereka yang berumur 50 tahun ke atas, berselawatlah SEKURANG-KURANGNYA 500 kali. dan
Bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas, berselawatlah SEKURANG-KURANGNYA 1000 kali.

Sebelum kita berselawat, hendaklah kita MEMBACA Surah Al-Fatihah dan HADIAHKAN pada Rasulullah s.a.w.

Semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang dipilih oleh ALLAH s.w.t untuk berpuasa di bulan Sya'ban dan berselawat kepada Kekasih-Nya, Rasulullah s.a.w.
Amin ya rabbal a'lamin.


KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BAN.
================================

Bulan Sya’ban merupakan di antara bulan yang agung dalam syarak. Sebagaimana yang kita ketahui kelebihan Sya’ban adalah malam Nisfunya.
Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadah pada bulan ini dan disunatkan bagi kita untuk mempertingkatkan amalan dan ibadah kita sebagaimana yang disebut di dalam hadith yang sahih. Di samping itu, terdapat beberapa hadith yang menceritakan akan kelebihan malam nisfu Sya’ban.

“Nisfu” bermakna pertengahan, separuh atau 14hb.

Antara kelebihan malam Nisfu Sya’ban ialah :

1⃣. ALLAH memperkenankan doa orang yang berdoa.

Sebagaimana hadis Nabi s.a.w yang bermaksud :
"Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya ALLAH turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar."

Dari Naufal al Bakali bahawasanya:
Sayyidina Ali r.a keluar rumah pada malam Nisfu Sya’ban dan memandang ke langit sambil berkata : "Keluar pada malam Nisfu Sya’ban Nabi Daud a.s dan memandang ke langit dan berkata, 'Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.'

2⃣. Diampunkan dosa-dosa

Daripada Syaidatina Aisyah r.a berkata:
" Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat.

Was-was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah.

Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika Baginda selesai dari sembahyang,  Baginda datang dan berkata: 'Tahukah kamu malam apakah ini?' "

Berkata Aisyah: " ALLAH dan Rasulnya yang lebih tahu "

Berkata Baginda : " Malam ini adalah malam Nisfu Sya’ban, sesungguhnya ALLAH memandang dan mengampuni hamba-hambanya pada malam ini."

Syaidatina Aisyah r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :
“Sesungguhnya, ALLAH s.w.t turun pada malam pertengahan (Nisfu) Sya’ban ke langit dunia dan mengampunkan dosa-dosa orang yang lebih banyak dari bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb.”

3⃣. ALLAH s.w.t membuka pintu rahmat-Nya

Daripada Syaidatina Aisyah r.a berkata:
" Malam Nisfu Sya’ban aku terbangun dan Rasulullah s.a.w tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata Baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh ALLAH menurunkan rahmat-Nya dan Malaikat-Nya ke langit dunia pada malam Nisfu Sya’ban dan mengampuni dosa hambanya. "

Khalifah Umar Abdul Aziz telah memberitahu wakilnya di Basrah :
“Hendaklah kamu memerhatikan empat malam dalam satu tahun, kerana sesungguhnya ALLAH s.w.t membukakan pintu rahmat-Nya dengan seluas-luasnya iaitu pada malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.”

Sesetengah ahli tafsir ada yang menyatakan bahawa malam Nisfu Sya’ban juga dipanggil:

🍁 Lailatul Mubarakah (Malam Keberkatan),
🍁 Lailatul Baraah (Malam Pelepasan ),
🍁 Lailatul Qismah Wal-Taqdir (Malam Pembahagian dan Penentuan )
🍁 Lailatul Takfir (Malam Mengkifarahkan dosa).
🍁 Lailatul Ijabah (Malam Diperkenankan Doa),
🍁 Lailatul Syafaah (Malam Syafaat )
🍁 Lailatul Idil Malaikah (Malam Raya Malaikat).
🍁 Lailatul Hayat (Malam Hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.

Baginda s.a.w turut menyarankan kepada kita umatnya untuk memperbanyakkan amal kebajikan pada malam tersebut.

Disunatkan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat (Taubat, Tasbih dsb), baca Al-Quran, Berzikir, Selawat, dan Berdoa .

Semoga ALLAH izinkan kita bertemu dengan Malam Nisfu Sya’ban,;dan Dia pilih kita termasuk dalam golongan hamba-hamba-Nya yang beribadat.
Amin ya rabbal a'lamin.

πŸ“ Hari ini kita akan sambut malam Nisfu Sya’ban. Semoga kita dapat guna kan masa yang ada dengan sebaik-baiknya. Semoga segala hajat & amalan kita diterima oleh Allah S.W.T