Produk Orang Kampung kini terbang bersama Air Asia

PRODUK ORANG KAMPUNG KINI TERBANG BERSAMA AIR ASIA | As'salam uollss..Baru-baru ini sis berkesempatan untuk menghadiri perasmian program penjenamaan OK Group untuk pesawat Air Asia A320 pada 21 November 2019 di Senai.


Kempen penjenamaan diatas pesawat Air Asia ini telah dilancarkan oleh Pengarah Urusan OK Group, En. Habibul Ajmi Bin Datuk Hj Manggar di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.



Istimewanya penjenamaan diatas pesawat Air Asia A320 ini, ia menampilkan logo minuman tenaga Longjack, disamping imej ikonik Orang Kampung. Dengan menggunakan tagline "The True Power", imej diatas pesawat kelihatan elegan & energetik, mencerminkan imej OK Group. Minuman tenaga Longjack dan Kacip Fatimah merupakan 100%, tulen, keluaran Malaysia dan kini boleh didapati disemua pesawat AK Air Asia.


Pengarah Urusan OK Group Encik Habibul Ajmi berkata, " Dengan Kejayaan penjenamaan pesawat ini, OK Group melihat ini sebagai peluang untuk bekerjasama dan berganding bahu bersama syarikat yang telah memenangi anugerah World's Best Low Cost Airline, sebagai strategi penjenamaan korporat bagi tahun 2019 sehingga 2021. Kerjasama bersama pesawat komersial merupakan satu langkah yang tepat dan jitu untuk strategi penjenamaan kami dan berharap ia akan membuka lebih lagi peluang untuk OK Group mengembangkan pasaran dan juga strategi pengiklanan jangkamasa panjang. Tambahan pula, OK Group melihat peluang ini akan membuka lebih kebolehpasaran bagi produk OK, sekaligus melonjakkan nama OK Group ke peringkat yang lebih tinggi. Objektif penjenamaan ini adalah untuk mengembangkan potensi perniagaan dan juga meningkatkan nilai jenama OK, domestik dan juga antarabangsa".

Untuk rekod, OK Group telah menceburi bidang perniagaan kesihatan, makanan dan minuman selama lebih 40 tahun. Diasaskan pada tahun 1975 oleh Allahyarham Datuk Haji Manggar B. Haniff, OK Group bermula secara kecil kecilan, menghasilkan produk kesihatan tradisional untuk penduduk dan pasaran seluruh Melaka, ia kini diiktiraf sebagai jenama yang terkenal di Malaysia khasnya, dan pasaran Antarabangsa, amnya.

Selawat Tafrijiyyah - selawat menghilangkan dukacita, kesusahan & murah rezeki

As'salam..Hari nie suzie nak kongsi dengan uolls kelebihan Selawat Tafrijiyyah.. Mesti uolls semua tak tahu apa itu Selawat Tafrijiyyah.. 

Selawat Tafrijiyyah juga disebut sebagai Selawat Nariyah atau Selawat Kamilah yang membawa erti sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang. Harapnya, jika selawat ini diamalkan, ia dapat menghilangkan kesempitan yang kita hadapi dengan izin Allah swt.

Selawat Tafrijiyah adalah antara selawat yang terkenal diamalkan oleh sebahagian para ulama. Selawat ini juga dikenali sebagai Selawat at-Tafrijiyah al-Qurthubiyyah (dinisbahkan kepada Imam al-Qurtubi), dan ada juga ulama yang menisbahkannya kepada Imam ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Imam al-Husain.

Selawat tafrijiyah memang sarat dengan doa yang kita mohon kepada Allah swt agar dilapangkan dari kesempitan, dicapaikan segala hajat dan juga diberi husnul khatimah.


Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna, dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad saw, yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu, dan terbukanya kesempitan, serta didatanginya semua hajat, dan diperoleh semua pemberian, serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya), dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan Baginda.

(Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam”.


Antara kebaikan pengamal selawat ini:-

Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramaiDia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.

Jom kita semua amalkan Selawat Tafrijiyyah ini.. Semoga ia menjadi amalan kita smpai bila2..😊🤗

Jom nikmati Spanish Dinner Buffet di Renaissance Johor Bahru Hotel

As'salam semua..Hujung minggu uolls plan nak jalan2 cari makan dimana?? Jom ke Cafe BLD Renaissance Johor Bahru..Setiap bulan ia akan bertukar konsep dinner..Bulan November kali ini ia meghidangkan menu Spanish Cuisine..

Masakan Spanish Cuisine ini ada dihidangkan masakan panas & sejuk Tapas.. Ada 7 jenis hidangan yang berbeza jenis panas dan sejuk dalam hidangan tapas..Terdapat 14 jenis hidangan yang unik dan lazat yang mencerminkan budaya masyarakat sepanyol..

Untuk hidangan utama uollss boleh mencuba Paella Rice.. Masakan ini terdiri daripada seafood dan ayam yang dimasak bersama nasi dan herba2 yang terpilih yang membuatkan rasanya yang sedap..Bila uolls tengok mesti tak sabar utk merasanya..😋😋

Untuk yang menggemari pasta boleh la mencuba Fideua.. Rasanya sedap lagi2 bila dikelilingi seafood sangat menyelerakan..

Untuk hidangan berlauk uolls boleh mencuba Beef Caldereta.. Ia hidangan daging yang dimasak bersama dengan tomato.


 Ini pula Chicken Croquettewl Cream Sauce.. Paling sis suka makan nie..Dia punya rasa creamy je mmg sedap..😋

Paprika Squid

Butter Garden Vege
Ini pula hidangan seafood dan sayur boleh dimakan bersama Paella.







Ini pula Hot Tapas uollss boleh pilih nak makan dengan seafood atau vege..


Ini pula Churrasco..Ia ayam yg telah di perap dengan herba2 & dipanggang..Ia sedap dimakan bersama sos yg disediakan..

Ini pula station Teppanyaki..uollss boleh pilih nak makan seafood atau vege nnt chef akan masakkan utk korang..rasa nya sgt sedap..sis ratah makan gitu je..😋😋

 Ini pula Cold Tapas..Ia kudapan yg boleh kita makan sebelum makan..Memang sedap mcm kita makan biskut dengan jem tapi tapas uolls makan dgn salad atau paste yg disediakan..


Ini pula station Caser Salad..uollss boleh buat salad sndri degan aneka bahan2 yg sediakan.. Yang best nya uolls buat salad diatas mangkuk yg diperbuat daripada cheese..Rasanya memang sedap..lain dari salad biasa..😋😋
 Ini pula dessert yg famous di spanish iaitu Arroi Con Leches ia dikenali sebagai puding beras..Memang sedap jgn lupa utk mencuba nya..


Disini terdapat juga hidangan kek & dessert yg sedap2 ada boleh mencuba nya..

Untuk keterangan lanjut tempahan meja boleh la lihat detail dibawah ini..

SPANISH WEEKENDS DINNER BUFFET
CAFE BLD RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL

SETIAP JUMAAT DAN SABTU 
SEPANJANG BULAN NOVEMBER 2019
Masa : 6.30 pm hingga 10.00 pm

Harga : 
RM123 bersih dewasa
RM61.50 bersih kanak-kanak (5 - 12 tahun)

Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi +607 381 3322
atau email ke partheeban.sundaramurthy@renaissancehotel.com
atau WhatsApp Bussiness +6017 771 3327
Atau klik link berikut