Fenomena Gerhana Matahari Anulus (Cincin) 2019

Fenomena Gerhana Matahari Anulus (Cincin) 2019 || As'salam..Hari nie 26 December 2019 semua orang tahu akan berlakunya gerhana matahari Anulus. 'Anulus' berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud 'cincin'.
Waktu bermula, kemuncak & berakhir Gerhana Matahari Anulus 2019 di lokasi Tg.Piai

Situasi pergerakan bulan menutupi matahari ketika Fenomena Gerhana Matahari Anulus

Ketika Gerhana Matahari Anulus sebahagian kecil matahari masih dapat dilihat seolah-olah melingkari bulan yang gelap ditengah- tengahnya.


Laluan Gerhana Matahari Anulus 2019 akan bermula dari Semenanjung Tanah Arab, kemudian memasuki Selatan India dan Sri Lanka, seterusnya Asia Tenggara merentasi Malaysia, Indonesia, Singgapura, Filipina dan berakhir di Lautan Pasiflk.


Kita berpeluang sekali lagi menyaksikan Fenomena Gerhana Matahari Anulus di Malaysia.


Ia akan kelihatan secara jelas hanya 2 lokasi di Malaysia iaitu kawasan Tg. Piai Johor dan Serian Sarawak.

Kali terakhir fenomena ini berlaku di Malaysia pada 22 Ogos 1998 dan untuk fenomena berikutnya dijangka akan berlaku pada 14 Okt 2042(dijangka akan melalui kawasan di Negeri Kelantan)

Untuk umat Islam antara perkara yang dituntut dilakukan semasa gerhana adalah melaksanakan solat sunat gerhana.


Solat sunat gerhana 

Sunat Muakkad ( مـؤكـدة)

CARA-CARA SOLAT
Dua rakaat seperti solat sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang
masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat
ditunaikan secara berjemaah di sama ada di Masjid atau Surau dan boleh juga secara bersendirian.

CARA PELAKSANAANNYA

Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam.

Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua
rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.

Cara Kedua : Disebut dengan “ الكمال أدنى “ iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.

Bagi di Malaysia, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas
takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).

Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud
kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang
kedua.

Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua
akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua
qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.
Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan
kadar bacaan 100 kali, dalam ruku’ yang kedua 80 kali, ruku’ ketiga
70 kali dan ruku’ yang keempat 50 kali.

Waktunya

Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana
sehinggalah selesai.

Tempat Solat

Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa
dilakukan solat berjemaah.

ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
 " الص ـلة جامـعة "
"al-Solat Jamiah"
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.

(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan:
أُصَلِّيْ سُنَّةَ لِخُسُوْفِ الْقَمَرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Ushallii Sunnatal Khusuufil-Qomari Rak’ataini Lillahi Ta’alaa
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.
(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari:

أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ushallii Sunnatal Kusuufis-Syamsi Rak’ataini Lillahi Ta’alaa 
“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah

Semoga apa yg sis share akan bagi manfaat untuk anda semua..next time sis share lagi ya..

Credit to ;- Jabatan Mufti Johor

Makan Sedap di Kafe Kiri Kanan, Toppen Tebrau

Makan Sedap di Kafe Kiri Kanan, Toppen Tebrau | Bila tibanya hari weekend mesti kaum isteri nak gantung kuali konon2 tak nak masak nak berehat..Sis salah seorang suri rumah yg tak terlepas dari ciri2 tu..hehe bukan apa sje je nak jalan-jalan cari makan kat luar sana.. Sis pn nak merasa jgk org lain masak betul tak..🤣🤣



Minggu nie sis & family jalan-jalan pergi Mall baru iaitu TOPPEN tebrau yg dekat sebelah IKEA tebrau.. Sis baru berkesempatan nak pergi..Kebetulan adik sis nak servery beli barang kat HARVEY NORMAN so sis pun berjemaah la pergi ke TOPPEN. Bukan main ramai lagi org kat sana sampai sis nak cari parking pn penuh..Lepas dpt parking kita org pn ronda2 cari barang yg nak dicari..


Sampai masa perut lapar sis pn ternampak kafe yg simple je nama nya iaitu KAFE KIRI KANAN dengan tag line MENYENTUH HATI ANDA..Ia menyajikan makanan ASIAN FUSION..Sis masuk kedai tu mmg ramai org nasib baik masih ada tempat kosong lagi utk kita org duduk..Bila tengok kerusi & meja dlm kafe nie teringat zaman sekolah sis pakai meja & kerusi kayu berwarna coklat..🤣🤣

Makanan kat sini memang menarik & sedap.. Kami pn oder Jumbo Chicken Chop, Nasi Chicken Chop Masak Merah, Nasi Ayam Hainan, Chicken Chop Black Pepper & Set Burger.. Tunggu 15~20 minit mknn pn sampai..







Sis mencuba menu yg sis oder memang sedap..Sos black pepper nya betul2 kena dgn tekak sis..Chicken Chop Masak Merah pn sedap..Senang kata semua sedap la..Portion makan memang mengnyangkan.. Harganya pn sangat berpatutan..

Utk uolllss yg berkunjung ke Toppen boleh la singgah makan di Kafe Kiri Kanan..Sampai disini saja yg dapat sis sharing..Next time sis kongsi lg ya..😊😍🤗

Petua pilih ikan segar & bebas formalin

PETUA PILIH IKAN SEGAR & BEBAS FORMALIN | As'salam uollss..Hari nie sis nak share dengan korang macam mana nak pilih ikan segar dipasar. Mesti ramai uollss kat luar sana masih tidak tahu cara yang betul nak pilih ikan dipasar.


Sis selalu jugak ikut mama sis pergi pasar beli ikan..bila time nak pilih ikan tu punya la ronda satu pasar..semua kedai yang jual ikan tu mama sis tengok..lepas dh ronda baru lah start pilih ikan mana yg nak dibeli..bila nak beli kena la tgk harga murah ke mahal.. bandingkn tempat mana yg ikan ok tapi harga murah..itu la yg menjadi pilihan mama sis..😅😅


CARA2 MEMILIH IKAN

IKAN SEGAR
-  Insang tidak kering, berwarna merah segar.
-  Mata penuh, agak menonjol dan bersinar.
-  Sisik mengkilat di kulit.
-  Ikan yang tidak bersisik, kulitnya mengkilat, kencang dan melekat dengan daging.
-  Bila ditekan dengan telunjuk tangan terasa kenyal dan akan kembali ke bentuk semula. Jangan sekali-sekali memilih daging lembek ketika ditekan menggunakan jari
-  Perut tidak bengkak atau kempis.

IKAN FILLET
- Bentuk potongan padat.
- Daging ikan mengkilat, kenyal, bila ditekan kembali ke bentuk asal, serta melekat kuat pada tulangnya. Serta daging tidak kering
- Tidak bau amis menyengat, terlebih lagi bau busuk.
- Tidak menampakkan warna kecokelatan atau kekuningan tetapi warnanya alami sesuai dengan jenis ikannya.

IKAN BEKU
- Daging betul-betul beku dan dikemas baik.
- Tidak memiliki bagian yang terlihat kering akibat rusak karena pendinginan atau adanya bunga es, karena bisa jadi ikan tersebut sudah dicairkan sebelumnya.
- Ikan beku yang telah dicairkan (thawing) harus segera diolah atau dikonsumsi, jangan dibekukan kembali karena akan mengurangi mutu, kecuali setelah diolah.

Ini pula cara nak pilih ikan yg tiada disapu cecair formalin..Formalin ialah bahan yang diletak pada mayat untuk menghalang mayat daripada reput. So uolls klo nk beli ikan yg tanpa formalin boleh lihat tips dibawah..







Cara nak bersihkan ikan daripada formalin

Caranya mudah saja. Gunakan langkah langkah seperti di bawah ni:

1. Sediakan bekas besar yang dapat muatkan ikan yang dibeli.

2. Masukkan air panas ke dalam bekas tersebut.

3. Masukkan satu atau dua sudu garam. Kandungan garam bergantung pada saiz bekas yang diguna.

4. Masukkan ikan, sayur atau buah ke dalamnya. Biarkan selama sejam.

5. Selepas sejam, keluarkan dan bilas dengan air biasa.

Kaedah ini akan hilangkan formalin dari ikan, sayur dan buah tadi.

Sis harap info yang sis share ini membantu uollss ye..

Credit to : www.neuroversiti.com