Ticker

6/recent/ticker-posts

Jom makan seafood & grill yang segar di Cafe BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel

FRESHEST CATCH FROM THE SEA AND DELICIOUS GRILLS IN CAFE BLD AT RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL || Pada hujung minggu yang lepas suzie berkesempatan untuk menikmati makan malam di Cafe BLD yang berada di dalam Hotel Renaissance Johor Bahru. Kali ini mereka menyajikan menu yang berkonsepkan SEAFOOD & BARBECUE WEEKEND DINNER BUFFET. Ia diadakan pada setiap hari Jumaat & Sabtu sepanjang bulan Januari & Februari.



Disana anda boleh mencuba Seafood on ice iaitu makanan laut yang dihidangkan diatas ais seperti kerang segar, kupang, udang, tiram, scallop dan sotong kurita pn ada. Bermacam-macam sos yang dihidangkan sesuai dimakan dengan seafood on ice ini.





Untuk yang gemar makanan yang dibakar anda boleh pergi ke stesen BBQ. Pelbagai makanan yang dibakar seperti ikan bakar, udang bakar & sotong bakar. Anda boleh pilih sama ada mahu dibakar begitu sahaja atau bersama dengan sambal. Pebagai sos juga disediakan.




Untuk yang mahukan menu seperti udang masak Sambal Nyonya dan ketam masak Black Pepper pun disediakan. Anda boleh saksikan menu ini dimasak secara live. Memang betul2 sedap & segar.






Anda juga boleh menikmati ikan salmon di stesen salmon bagi yang menggemari ikan salmon. Pelbagai hidangan salmon disediakan seperti ikan salmon yang sudah diperap iaitu salmon butter garlic, salmon cajun & salmon plain. Anda boleh pilih yang mana ada mahu dan beri pada chef nanti ia akan grill kan dan anda boleh makan dgn sos yg disediakan.



Tak lupa juga makanan bakar2 paling famous iaitu sate ayam & sate daging. Memang sedap2.







Disini ada juga menu seafood yang lain seperti Jambalaya Rice, Seafood Chowder, Garden Veggie, Irish Lamb Stew, Chicken Roulade with Black Pepper Sauce & Alaska Crab Thernedo ini paling suzie suka. Isi ketam nya sedap sangat ditambah dengan cheese lagi sedap.





Selepas selesai makan anda pasti mahukan dessert pula. Bermacam2 dessert anda boleh makan. Kek, puding, coklat, Buah-bushan & kuih-muih pn ada.

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan: Seafood and Barbecue Weekends Buffet Jumaat dan Sabtu
Januari Februari 2020 
6.30 pm 10.00 pm

HARGA
********
RM 128 nett Dewasa
RM64 nett Kanak-kanak (5~12 tahun)
Untuk tempahan dan pertanyaan:-
Call : +607 381 3322
Whatssap : +6017 771 3327
Log on to
https://tableapp.com/partner/cafe-bld-reinassance-johor-bahru-hotel

Post a Comment

3 Comments

  1. tak pernah lg cuba seafood on ice. woww terkejut tengok sotong kurita tu.haha. suzi makan ke?

    ReplyDelete
  2. Waduhhh sedapnyaaa menu - menu dia ni. Dah la kita ni penggemar seafood

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.