Ticker

6/recent/ticker-posts

Vitamin semulajadi Vs Vitamin Sintetik



VITAMIN SEMULAJADI VS VITAMIN SINTETIK
----------------------------------------------------

Ada pelbagai jenis/jenama vitamin yang ada kat pasaran sekarang ni. Ada yang dalam bentuk tablet/pil, ada yang dalam bentuk cecair, ada jugak yang dalam bentuk serbuk. Apapun, kesemuanya tetap membekalkan badan dengan vitamin yang diperlukan.

Namun, yang membezakan antara kesemuanya adalah samada vitamin itu semulajadi atau sintetik (tiruan). Jom kita lihat perbezaan antara vitamin semulajadi dan sintetik.

1. Penghasilan
-----------------
Vitamin semulajadi dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C semulajadi diperolehi dengan mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

Vitamin sintetik dihasilkan daripada manipulasi bahan kimia yang ada ciri2 seakan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya formula empirik bagi asid askorbik (vitamin C) adalah C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 seperti karbon, hidrogen dan oksigen ni boleh dihasilkan daripada apa2 bahan untuk menghasilkan asid askorbik.

2. Keserasian Dengan Badan
---------------------------------
Vitamin semulajadi dihasilkan dari bahan2 makanan kita, so vitamin tu akan bertindak secara semulajadi, semestinya memberi kesan yang lebih baik kepada tubuh serta tidak mendatangkan kesan sampingan.

Vitamin sintetik tetap tidak dapat menyamai vitamin semulajadi apatah lagi makanan asli, walaupun mempunyai formula yang sama. Ini kerana penghasilannya bukan dari sumber makanan dan tidak mustahil sekiranya tar yang digunakan untuk menurap jalan raya merupakan salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin sintetik.

3. Harga
-----------
Vitamin semulajadi sudah tentu lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi yang memerlukan kos bahan lebih tinggi.

Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan kadang2 diberi secara percuma je.

4. Kesan Kepada Tubuh Badan
-----------------------------------
Vitamin semulajadi diekstrak dari bahan2 semulajadi, so ia tak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya untuk penyerapan kalsium yang lebih optimum, ia perlukan magnesium dan vitamin D.

Vitamin sintetik selalunya dibuat untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, maka kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk 'solo' iaitu tidak dihasilkan dengan bahan lain yang diperlukan untuk vitamin tersebut bertindakbalas dengan sempurna. Contohnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D. Untuk mengoptimumkan penyerapan kalsium tersebut kita terpaksa ambil magnesium dan vitamin D dari sumber yang lain. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dalam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

5. Kesan Jangka Panjang
-----------------------------
Vitamin semulajadi semestinya tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilannya daripada bahan2 semulajadi/makanan kita.

Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang akibat daripada ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri serta proses kimia yang dilakukan semasa penghasilannya.

Pendek kata, perbandingan antara vitamin semulajadi dengan vitamin sintetik adalah ibarat bunga hidup dan bunga plastik. Sesiapa yang memang selalu beli bunga hidup sudah tentu tau harganya lebih mahal berbanding bunga plastik. Sememangnya bunga plastik itu lebih murah, senang dijaga dan tahan lama berbanding bunga hidup. Namun tidak dapat menyamai apatah lagi menandingi bunga hidup.

Kredit kepada ;- http://sinarcahayamata.blogspot.com/

Ingin mencuba produk Shaklee?
 Shaklee ID 858389
 013-7766580 (suzie)
 Free consultation for every purchase 

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.