Lazy 8 | Hari ini saya nak berkongsi tentang terapi lazy 8. Terapi lazy 8 nie saya pernah gunakan pada anak saya untuk fokus kan diri dia sebelum belajar atau membuat sesuatu perkara.

Lazy 8 ini banyak memberi manfaat pada anak-anak kita terutamanya pada kanak-kanak yang mengalami masalah. Kanak-kanak yang normal pun boleh buat juga untuk pemahaman dan melancarkan pembacaan serta menolong dalam memberi tumpuan.


LAZY 8 adalah salah satu aktiviti Brain Gym dengan huruf lapan mendatar. Ini antara aktiviti yang membantu mata untuk lebih relax dan membantu meningkatkan koordinasi otak kanan dan kiri. Jika huruf 8 yang dihasilkan besar, ia juga sebenarnya melibatkan pergerakan anggota badan seperti bahu.

KELEBIHAN LAZY 8

  • Meningkatkan tahap fokus dan konsentrasi
  • Bantu anak berfikir dengan jelas
  • Memperbaiki kordinasi mata dan tangan (eye-hand coordination)
  • Meningkatkan keupayaan pergerakan mata (gerakan mata dan bukan kepala ketika melihat)
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Meningkatkan kawalan kelajuan dan kelancaran ketika menulis
  • Mengimbangi emosi
  • Meningkatkan kemahiran Cross Laterality (crossing the midline of the body, your belly button, connects the right and left hemisphere)
  • Membantu mengenalpasti tangan dominasi (kanan atau kiri)

CARA MEMBUATNYA

Lukiskan huruf 8 secara melintang di atas kertas A3 putih atau papan putih secara landskap.

Letakkan bahagian tengah huruf 8 tadi selari dengan tengah badan.

Gerakkan pensil/marker dari tengah huruf lapan nak bergerak ke kiri mengikut huruf lapan tadi.

Bergerak terus ke kanan atas dan kebawah tanpa mengangkat pensil/marker. Teruskan sehingga pergerakkan lancar.

Nota:

Lekatkan bahagian bawah kertas agar tidak bergerak.

Gunakan kertas lebih besar untuk membantu tangan menyebarkan garis tengah lebih jauh.

Mulakan Lazy 8 sebelum membuat homework kerana ia membantu anak untuk fokus dan tenang.