Ticker

6/recent/ticker-posts

10 Tempat Menarik Di Johor Jalan-Jalan Bersama Keluarga

Setelah sekian lama nya perintah kawal pergerakan dibuat akibat dari COVID-19. Kali ini PKPP akan berakhir pada 30 August 2020 ramai yang plan nak jalan-jalan dalam Malaysia bersama keluarga tersayang. Banyak destinasi yang menarik akan menjadi pilihan uollss. Kalau uollss nak tau sepatut nya tahun ini adalah "Tahun Melawat Johor" bagi tahun 2020 tau. Banyak sektor pelancongan yang terjejas dengan Covid-19 ini. Alhamdulillah kali ini sektor pelancongan sedang meningkat naik semula untuk mengukuhkan  ekonomi Malaysia. Banyak tempat-tempat sudah dibuka untuk dilawati. Tapi uollss kenalah patuh SOP pencegahan wabak seperti memakai mask & pakai hand sanitizer dengan kerap. Yang paling penting uollss kena jaga jarak ya. 

Kali ini suzie nak kongsikan dengan uollss tempat menarik di Johor yang sesuai jalan-jalan bersama keluarga.

10 TEMPAT MENARIK DI JOHOR


 #1 - FOREST CITY ISKANDAR PUTERI


Forest City Iskandar Puteri ialah tempat tarikan baru pengunjung ke bandar futuristik pintar & hijau di Nusajaya. Disana pelbagai kemudahan dan kelengkapan disediakan untuk anda yang hendak beriadah bersama keluarga. Tidak lupa juga tempat bermandi manda untuk kanak-kanak & dewasa ada disediakan.

Untuk anda yang suka bergambar banyak lanskap dan replika yang menarik dan cantik boleh di buat kenangan bersama keluarga.

Nak tahu apa lagi menarik di sini uollss kena baca entry penuh di Forest City Iskandar Puteri

#2 - B5 JOHOR STREET MARKET

B5 Johor Street Market ialah tempat terbaru yang uollss perlu kunjungi. Ia baru di bina pada tahun ini. Ia merupakan pusat perlancongan yang berkonsepkan peruncitan pertama di negeri Johor.

Ia terletak di tengah pusat bandar iaitu berhadapan dengan Plaza Angsana Tampoi. Ia juga menyediakan ruang perniagaan, aktiviti kesenian & kebudayaan. Setiap bangunan direka dengan ciri-ciri warisan dan tarikan masyarakat di Negeri Johor.

Nak tahu apa lagi menarik di sini uollss kena baca entry penuh di B5 Johor Street Market 

#3 - MALAY CULTURE VILLAGE


Malay Culture Village ialah sebuah muzium kebudayaan yang hidup. Uollss boleh meneroka keindahan dan kepelbagaian warisan budaya Malaysia. Ia juga menyediakan program kebudayaan berasaskan Pendidikan. Uollss boleh rasa sendiri cara membuat dan melihat macam mana sesuatu tradisi di gunakan oleh zaman datuk nenek kita dahulu. 

Nak tahu apa lagi menarik di sini uollss kena baca entry penuh di Malay Culture Village

#4 - UMBRELLA ALLEY MUAR


Bila smpai ke Muar uollss mesti kena pergi ke Umbrella Alley Muar. Ia terletak berhampiran dengan Majlis Perbandaran Muar. Disini terdapat deretan payung berwarna-warni yang sangat cantik tergantung sebelah atas di belakang lorong. Manakala disebelah bawahnya terdapat bermacam-macam lukisan mural yang dilukis oleh anak-anak muda Muar yang sangat kreatif.

Pelbagai lukisan seperti Boboiboy, Agent Ali, Frozen, Minion dan lain-lain lagi.

Nak tau apa lagi yang menarik disitu boleh lah klik di Umbrella Alley Muar

#5 - VRINITY MALAYSIA


Vrinity Malaysia terletak di Medini Mall Nusajaya. Ia bersebelahan dengan Legoland. Korang yang suka kan dunia digital & games boleh lah datang kesini kerana ia adalah salah sebuah pusat hiburan interaktif yang mengetengahkan konsep teknologi virtual reality sepenuhnya yang pertama di Malaysia. Ia memberikan pengalaman yang menarik & memberikan anda kepuasan ketika bermain games.

Nak tau lebih lanut korang baca di Vrinity Malaysia

#6 - KOLAM PUTERI GUNUNG LEDANG MUAR

Kolam Puteri Gunung Ledang ialah tempat kawasan tadahan air yang tetinggi di kawasan air terjun Gunung Ledang. Untuk uollss yang sukakan suasana alam semulajadi yang tenang dan  mendamaikan boleh la berkunjung kesini bersama keluarga. Untuk pergi ke kolam Puteri Gunung Ledang anda kena menapak untuk naik keatas. 

Nak tau lebih lanjut apa yang ada disana boleh pergi di entry Kolam Puteri Gunung Ledang

#7 - KOLAM RENANG AMA RESORT MUAR


Kolam Renang AMA Resort terletak di Jalan Parit Kassim Muar. Jika anda mahu beriadah atau mahu melakukan aktiviti bermain air boleh la singgah di sini. Kawasan kolam ini sangat luas selesa untuk berenang dan mengisi masa lapang.

Nak tau lebih lanjut apa yang ada disana boleh pergi di entry Kolam Renang AMA Resort

#8 - PANTAI DESARU KOTA TINGGI JOHOR


Pantai Desaru tidak asing lagi bagi uollss yang menggemari suasana pantai & ombak. Bagi yang nak bercuti pasti tempat ini ada dalam list uollss. Bermacam-macam aktiviti ada disediakan untuk anda yang berkelah atau menginap disana.

Untuk tau lebih lanjut boleh pergi di entry Pantai Desaru

#9 - KIDDOMO DISCOVERY JOHOR


Kiddomo Discovery Johor terletak di R&F Mall. Untuk uollss yang nak bawa anak ke indoor play ground boleh lah pergi kesini. Bermacam-macam permainan & aktiviti yang menarik disediakan. Selain itu ia boleh merangsang anak-anak menjadi lebih kreatif.

Nak tahu lebih lanjut boleh la lihat di entry Kiddomo Discovery Johor

#10 - SKYSCAPE JOHOR BAHRU

Skyscape Johor Bahru terletak di Menara JLAND. Ia terletak di tingkat 34 menara itu. Ia berkonsepkan ruang hiburan diudara atau dikenali sebagai Aerial Intertainment Space.
Nak tahu apa yang ada disana boleh lihat di entry Skyscape Johor Bahru

Sampai disini saja sis dapat senaraikan tempat menarik di johor sesuai jalan-jalan bersama keluarga. Semoga tempat-tempat tersebut menjadi salah satu destinasi yang anda tuju bila bercuti nanti.






Post a Comment

7 Comments

  1. banyak juga tempat yang belum pergi di Johor ni

    ReplyDelete
  2. sama la saya..lepas nie nak terjah la mana yg blm pergi..hehe

    ReplyDelete
  3. Banyak belum pergi ni... sebab lama tak jenjalan Kluang... takpe dah tau, nanti boleh singgah..

    ReplyDelete
  4. wahhhhh bestnya. serious banyak lagi tempat yang huda tak pergi lagi hahhahaaa

    ReplyDelete
  5. Banyak tempat menarik belum jejak lagi. Nak pergi skyscape tu lah.cambest je

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.