As'salam.. Ari nie suzie nak kongsi resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api my style. Kebetulan masa balik kampung bulan lepas kakak ipar sis bagi daging salai frozen. Mudahkan sekarang sudah ada daging salai frozen yang sudah siap potong nipis-nipis. Kita tinggal masukkan je semudah ABC.😊🤗  kat bawah nie sis ada share resepi & cara-cara masak. Jom kita tengok bahan-bahan nya..😊

DAGING MASAK LEMAK CILI API

BAHAN-BAHAN

500 gm daging salai

1 biji kelapa parut atau santan dalam kotak (sis pakai santan KARA)

2 batang serai - diketuk

6 biji cili api (ikut suka nak pedas atau tak)*

4 biji bawang merah*

2 ulas bawang putih*

1 ketul kunyit hidup*

2 keping asam gelugor

1 helai daun kunyit - dicarik sahaja

1 sudu makan garam atau secukup rasa

1/2 sudu teh gula atau secukup rasa


LANGKAH-LANGKAH

1. Basuh daging & toskan untuk pastikan daging bersih.

2. Bahan bertanda (*) ditumbuk lumat. 

3. Dalam periuk/kuali panaskan minyak, tumis serai kemudian masukkan bahan tumbuk masak hingga naik bau wangi.

4. Masukkan santan, air & asam keping biarkan mendidih api perlahan. Untuk dapatkan warna kuning yang menarik tambah sedikit serbuk kunyit.

5. Masukkan daging salai, garam dan gula secukup rasa serta daun kunyit.

6. Apabila masak tutup api, sedia dihidang.

Sampai disini sahaja resepi yang sis kongsi. Lain kali sis kongsi resepi lain yang sedap-sedap menjadi kegemaran sis sekeluarga.😊😋😍