Ticker

6/recent/ticker-posts

Nasihat pakar: jangan terlalu mengutamakan aspek pembelajaran melebihi aspek perkembangan yang lain

Nasihat pakar: jangan terlalu mengutamakan aspek pembelajaran melebihi aspek perkembangan yang lain

Anmum ESSENTIAL GOLD mempersembahkan siri video untuk ibu bapa tentang menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak

 

Shah Alam, 26 Ogos 2020 – Teknologi telah mengubah cara hidup kita, termasuklah bagaimana ibu bapa di Malaysia membesarkan anak-anak mereka. Bersempena dengan pelancaran Anmum™ ESSENTIAL GOLD baharu yang dirumus dengan 33% lebih DHA*, MFGM+,  Gangliosida (GA), prebiotik dan 15 nutrien penting untuk menyokong 8 perkembangan penting kanak-kanak berumur satu hingga enam tahun, jenama susu tepung rumusan ini menerbitkan sebuah video bersiri yang menampilkan beberapa orang pakar dalam bidang pediatrik, perkembangan kanak-kanak, psikologi dan pemakanan untuk memberi pandangan yang bernilai bagi menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Developing Next-Gen, Conversations with Professionals merupakan siri video yang dihoskan di laman Facebook Connected Mums Club dan saluran YouTube AnmumTV. Video ini menampilkan empat orang pakar yang berbincangl tentang topik perkembangan kanak-kanak yang relevan kepada ibu bapa di Malaysia. Salah satu isu yang dibincangkan adalah tentang penekanan yang berlebihan terhadap sokongan perkembangan otak dalam kebolehan pembelajaran kanak-kanak.


Perunding pediatrik dan ahli panel perbualan maya, Dr. Yong Junina Fadzil berkata salah satu petanda bahawa ibu bapa terlalu mengutamakan perkembangan otak dan pembelajaran melebihi aspek tumbesaran yang lain adalah memberi tumpuan kepada pencapaian yang boleh diukur. “Ramai ibu bapa kehilangan gambaran yang lebih besar dalam merangsang perkembangan holistik anak-anak mereka. Kebanyakan kanak-kanak dihantar ke kelas pengayaan sebelum mereka mencecah umur persekolahan formal. Walaupun kelas-kelas ini boleh memberikan rangsangan untuk anak-anak, namun kelas selalunya mempunyai sudut kompetitif yang mengalihkan fokus daripada memberikan anak-anak keseronokan dalam apa yang mereka pelajari atau bersosial bersama rakan-rakan mereka,” katanya


Satu penemuan menarik daripada tinjauan dalam talian AnmumTM ESSENTIAL GOLD menunjukkan bahawa ibu bapa tidak meletakkan kepentingan yang sama rata dalam setiap aspek perkembangan anak-anak mereka. Sementara 9 daripada 10 orang ibu yang ditinjau mahu menyokong perkembangan anak-anak mereka lebih daripada kebolehan pembelajaran, 64% daripada ibu-ibu berkata mereka tidak melihat perkembangan sosial dan emosi anak-anak sebagai keutamaan mereka.


Satu lagi tajuk yang ditekankan ialah hubungan antara perkembangan emosi sosial semasa zaman awal kanak-kanak dan kemunculan isu kesihatan mental dalam hidup pada masa hadapan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan lebih ramai orang akan mengalami masalah kemurungan berbanding masalah kesihatan lain menjelang tahun 2030. Profesor psikologi, Dr Alvin Ng Lai Oon berkata bahawa di Malaysia, sebanyak 7.9% kanak-kanak berumur 5 hingga 15 tahun didapati mengalami masalah kesihatan mental. “Oleh itu, penting untuk ibu bapa memberi perhatian kepada perkembangan sosial dan emosi anak-anak mereka seawal peringkat kanak-kanak,” tambah ahli panel itu.


Sebagai tambahan kepada topik menarik ini, kumpulan ahli panel ini juga berbincang tentang bagaimana peningkatan pengaruh teknologi digital mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Salah satunya ialah peningkatan masa skrin dan impaknya kepada fungsi mata, penglihatan dan juga bersosial bersama rakan-rakan, yang juga merupakan aspek penting bagi perkembangan dan tumbesaran menyeluruh mereka. Dalam tinjauan atas talian oleh Anmum™ ESSENTIAL GOLD, 7 daripada 10 orang ibu mengakui bahawa mereka tidak membawa anak-anak mereka untuk pemeriksaan penglihatan walaupun mereka setuju perkembangan mata adalah penting.


Selebriti dan juga seorang ibu Megan Tan, yang mengendali dan menjadi hos siri perbualan maya ini menggesa ibu bapa untuk mendengar perbualan daripada pakar ini. “Sebagai ibu kepada dua orang anak, berbual dengan pakar dalam video ini memberikan saya kesedaran untuk tidak terlalu teruja untuk menyuruh anak-anak saya menghafal ABC dan 123, tetapi untuk menawarkan pengalaman hidup sebenar yang merupakan cara terbaik untuk anak-anak belajar.”

Saksikan Developing Next-Gen, Conversations with Professionals untuk mendapatkan petua-petua mengenai bagaimana untuk menyokong perkembangan dan tumbesaran menyeluruh anak-anak anda, termasuk peranan penting pemakanan. Layari laman sesawang rasmi Anmum™ ESSENTIAL di  https://www.anmum.com/my/ untuk menonton siri lengkap merangkumi lima episod video.

Ibu bapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai AnmumTM ESSENTIAL GOLD boleh menyertai jelajah maya di www.anmumessentialgold.com.my dan berpeluang memenangi hadiah luar biasa sehingga RM100,000, termasuk bekalan AnmumTM ESSENTIAL GOLD selama 1 tahun! Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan sesuai untuk dilakukan oleh ibu bapa dan anak yang berusia satu tahun ke atas di rumah; dan terokai 8 aspek perkembangan penting.

* Berbanding dengan satu hidangan AnmumTM Essential sedia ada

Tentang AnmumTM ESSENTIAL GOLD

AnmumTM ESSENTIAL GOLD susu tepung rumusan kanak-kanak baharu, dirumus secara saintifik dengan nutrien penting untuk menyokong perkembangan dan tumbesaran menyeluruh kanak-kanak berumur satu hingga enam. Mengandungi 33% lebih DHA*, MFGM+ GA, prebiotik dan 15 nutrien penting untuk menyokong 8 perkembangan penting kanak-kanak.

Tentang Fonterra

Kami merupakan sebuah syarikat pemakanan tenusu global yang dimiliki oleh 10,000 orang peladang dan keluarga mereka. Kami membina kepakaran menerusi warisan ribuan peladang yang menjadikan New Zealand sebagai peneraju tenusu di dunia.  Menerusi semangat kerjasama dan sikap serba boleh, kami menjadi pengeksport tenusu yang terkemuka di peringkat global. Warga kami seramai 22,000 orang berkongsi kebaikan pemakanan tenusu dengan warga dunia menerusi jenama penyelesaian khidmat makanan pengguna dan ramuan yang inovatif dan operasi perladangan dan pemprosesan kami di empat buah benua.

Fonterra Brands Malaysia memulakan operasinya di Shah Alam, Selangor pada 1975. Hari ini syarikat memiliki dua kilang pengeluaran, Susumas dan Dairymas, dan seramai  700 pekerja yang berusaha untuk menyediakan khasiat tenusu terbaik untuk rakyat Malaysia. Semua produk tenusu Fonterra Brands Malaysia memiliki sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan New Zealand Islamic Development Trust (NZIDT). Fonterra Brands Malaysia turut mematuhi standard industri antarabangsa dan tempatan dan memiliki sijil FSSC22000, Veterinary Health Mark dan GMP. Fonterra di Malaysia dikenali menerusi jenama terkemuka termasuklah Anlene, Anmum Materna, Anmum Lacta, Anmum Essential, Fernleaf, CalciYum dan Chesdale. Bagi bahagian khidmat makanannya, Anchor Food Professionals, dikenali menerusi jenama Anchor, Mainland dan Perfect Italiano.




Post a Comment

2 Comments

  1. Bagus panduan dan tips yang diberikan ni..ibubapa boleh gunapakai apa yang di sarankan...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.