Ticker

6/recent/ticker-posts

Pertama kali buat Ultrasound Scan Full Abdomen di Klinik My Family Masai JB

Pertama kali buat Ultrasound Scan Full Abdomen di Klinik My Family Masai JB

Pada hari minggu yang lepas aku berkesempatan untuk buat health check up kat Klinik MyFamily. Klinik ini ada 4 cawangan iaitu Ampang, Melaka, Skudai, Taman Engku Tun Aminah & Masai. Klinik yang berhampiran dengan rumah aku ialah Klinik My Family cawangan Masai. Ia terletak di Taman Sierra Perdana sebaris dengan kedai sate wak radol. 


Klinik nie baru je buka seminggu masa aku datang. Staff kat situ peramah. Lepas register dia bagi aku cookies coklat sebab untuk buat ultrasound sonogram ini aku dikehendaki berpuasa. Senang sikit time nak skodeng apa ada dalam perut clear sikit..hehe






Sebelum datang aku sudah buat appointment awal sebab sis berminat nak buat Ultrasound Abdomen Full Scan.. Jarang klinik buat scan untuk abdomen. Selalu dengar scan perut nak tengok rahim atau baby dalam perut je kan..kann.. Peralatan kat sini canggih² sampai 3D/4D/5D pun dia boleh scan tau..🤭🤭 Bilik yang digunakan untuk scan sangat selesa. Screen untuk lihat sangat besar puas nak tengok dengan jelas.




Mesti uollss tertanya² kenapa aku tergerak nak buat full ultarsound abdomen kan..kan.. sebab lately nie aku kerap rasa tak selesa kat perut. Kencing tak lawas & kaki aku tiba² sembab. Aku takut la pe² terjadi kat diri aku nie..Bila staff kat situ dah scan semua organ badan aku seperti hati, hempedu, limpa, pundi kencing, buah pinggang, rahim, ovari & salur darah. Alhamdulillah semua ok. Tak ada batu karang or batu hempedu. Syukur sangat bila doc beritahu. Bukan apa ada kawan² seusia aku dah ada batu karang dekat hempedu. Sampai dah kena buang lagi hempedu dia.😓😓 

Bila doc tengok result scan area hati doc cakap hati aku sedikit fatty..So doc suggest buat ujian darah untuk pastikan kondisi kandungan hati aku normal atau tidak..


Selang seminggu result keluar Alhamdulillah semua result ok..cuma sis punya uric asid tinggi sikit doc suggest kurangkan mkn seafood.. Alamak tu yg susah sis nak kurangkan..hehe😅😅

Semasa aku datang ke klinik ramai ibu mengandung cuba buat check up kat sini scan ultrasound dikenakan cas serendah RM40 sangat berbaloi..kan..kan.. Uollss yg berminat boleh la cuba buat rawatan ibu mengandung kat sini. 


Doctor kat sini pun peramah sangat nama dia Dr. Ain. Doc nie sangat berpengalaman sebab doc nie dulu ex staff klinik kesihatan kerajaan. So tak perlu ragu² nak check up kesihatan kat sini.😊

Kat sini ada menyediakan pelbagai jenis rawatan yang disedikan iaitu;-

🌸General treatment
🌸Medical Check up
🌸Blood test
🌸Ultrasound (Atenatal)
🌸Nebuliser
🌸Urine test
🌸ECG test

Rawatan Ultrasound yang disediakan..
🏵Pregnancy Scan 3D/4D/5D
🏵Breast Scan
🏵Pelvic Scan
🏵Abdomen Scan
🏵Full Abdomen Scan
🏵NT Scan
🏵K.U.B Scan
🏵Thyroid Scan

Jenis² pakej yang disediakan







Operation Hours
10AM ~ 6PM
AHAD ~JUMAAT

CLOSED on SATURDAY & PUBLIC HOLIDAY

🏥No 108, Jalan Sierra Perdana 4/1, Taman Sierra Perdana, 81750 Masai, Johor.

Untuk pertanyaan atau temujanji boleh call atau whatsapp no dibawah👇👇
☎️ Tel :- 07-3808080

LOKASI

Waze


Google Maps


Untuk info lanjut tentang promo boleh lihat social media di bawah👇👇

Website :- Klinik My Family



Post a Comment

0 Comments