Kedai Pre Loved Terbesar di Jalan Jalan Japan Kedai Pre Loved Terbesar di Jalan Jalan Japan - Siti Suziana Dot Com

Kedai Pre Loved Terbesar di Jalan Jalan Japan

Kedai Pre Loved Terbesar di Jalan Jalan Japan


Kedai Pre Loved Terbesar di Jalan Jalan Japan|| Hari tu aku berkesempatan pergi Jalan Jalan Japan kat Kip Mall Masai JB..Sebut je nama Jalan Jalan Japan mesti uollss tertanya² ada apa ya kat dalam kedai nie?? Jual barang jepun ke??.. Jom baca story aku apa ada kat kedai Jalan Jalan Japan..


Kedai Jalan Jalan Japan??!!

Kedai Jalan Jalan Japan nie ialah kedai Pre Loved terbesar yang aku pernah jumpa setakat ini.. Kedai ini menjual barang-barang yang sudah terpakai tapi masih elok dan ada value lagi yang boleh korang beli untuk dijadikan koleksi atau digunakan.. 

Barang-barang ini semua diimport dari Japan.. Sebelum diimport ia akan di pilih sama ada ia boleh di pakai lagi atau tidak.. Ia akan menjalankan proses pembersihan nyah kuman & dipacking untuk diedarkan ke semua outlet Jalan Jalan Japan..


Sbb tu uollsss nmpk barang-barang disini kelihatan elok lagikan.. Disini ada bermacam² barang..Ia diketegorikan kepada beberapa bahagian seperti fesyen Perempuan & Lelaki, pilihan kanak-kanak, barangan Bayi, pekakas meja makan & dapur, barangan Golf, pekakas khemah & aktiviti luar..


Bila datang ke sini uolllss kena DATANG DENGAN MINDA TERBUKA! Membeli-belah di kedai PreLoved ini adalah berbeza daripada membeli-belah di gedung membeli-belah biasa, di mana terdapat banyak pilihan saiz dan warna yang berbeza. Di Jalan Jalan Japan, selalunya ada satu sahaja daripada mana-mana barang. Jika uollss datang nak cari barang yang uollss nak mungkin tak jumpa..mesti uollss akan kecewa..kan..kan..Bila datang kesini uollss TIDAK PERNAH TAHU APA YANG MUNGKIN uollss jumpa di sini..Ramai pelanggan terkejut apabila mendapati barangan yang tidak dijangka di sini akan uollss jumpa. Anggap membeli-belah kali ini sebagai pengembaraan yang tidak akan mengecewakan uollss..πŸ˜ŠπŸ€—πŸ˜πŸ˜

Jom aku share gambar² menarik di Jalan Jalan Japan Kip Mall Masai JB..




































Banyak kaunter disediakan memudahkan urusan untuk membayar..πŸ›’πŸ›’πŸ’²πŸ’²




Kat bawah nie antara hasil aku membelek-belek barang kat Jalan Jalan Japan.. Aku geram tengok baju anak perempuan..Seluar jeans pun cantik..😍😍










Aku siap beli pemegang nak menyental jubin bilik air..Senang sikit nak buat kerja tak ada la penat tangan nak tekan..πŸ˜…πŸ˜…


Aksesori aku ada la beli sikit untuk aku & anak melaram bila nak OOTD nanti..πŸ₯°πŸ₯°


Ini pula penutup makanan dalam plastik senang nak keluarkan & tutup semula..πŸ˜ŠπŸ€—


Ini pula alat untuk bersihkan dekat tepi tingkap sliding..Senang nak korek habuk² yang terselit..πŸ˜ŠπŸ€—

Apa tunggu lagi uollss yang belum pernah pergi Jalan Jalan Japan cepat² pergi ke lokasi berhampiran dengan uollss di tempat yang aku share kat bawah nie..πŸ˜ŠπŸ€—πŸš—πŸš—

Jalan Jalan Japan & waktu operasi di semua outlet:
1.) JJJ One City, Subang USJ 10am-10pm
2.) JJJ 1 Shamelin, Cheras 10am-10pm
3.) JJJ CennterPoint, Seremban 10am-10pm
4.) JJJ M3 Mall, Gombak 10am-10pm
5.) JJJ KIP Mall, Bangi,Selangor 10am-10pm
6.) JJJ Lotus Rawang, Selangor 10am-10pm
7.) JJJ Lotus Seberang Jaya, Penang 10am-9pm
8.) JJJ KIP Mall Masai, Johor Bahru 10am-10pm

Info lanjut boleh la layari di website seperti dibawah ini..πŸ˜ŠπŸ€—πŸ˜

Post a Comment

3 Comments

  1. Whoaaa... Banyak barang yang murahhhh kat siniii.. Memang syokkkk!!

    ReplyDelete
  2. rasa tak puas pulak hari tu dok belek..Nanti nak pegi lagi

    ReplyDelete
  3. Ni kalau ada dekat Ipoh memang habis kena borongπŸ˜‚

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.