Lirik Lagu Sampai Tua_Shuib Sepahtu Lirik Lagu Sampai Tua_Shuib Sepahtu - Siti Suziana Dot Com

Lirik Lagu Sampai Tua_Shuib Sepahtu

Lirik Lagu Sampai Tua_Shuib Sepahtu


Sampai Tua

Penyanyi : Shuib
Lagu : Aidit Alfian
Lirik : Ad Samad

Dinda kau masih paling jelita
Walau sekarang gigi mu tinggal dua
Hati senang mata ku lapang
Tingkah laku mu ku pandang tak pincang

Dinda kau masih ratu dijiwa
Walaupun ukuran pinggang mu berganda
Kau teristimewa paling berharga
Bidadari yang buat aku bahagia

Meskipun kini langkah 
abang sudah tak panjang
Meskipun kini mata
Abang sudah tak terang

Namun telah dulu abang kata
Kasih abang kan mengharung masa
Sampai tua

Dinda kau masih intan mahkota
Walaupun rambut mu beruban semua
Sejuk rasa bila bersama 
Jelas tergambar bayangan syurga

Dinda kau masih sandaran kanda
Walaupun dikau makin berbongkok tiga
Sejarah kita sungguh sempurna
Tiada apa ku mahukan berbeza

Meskipun kini langkah 
abang sudah tak panjang
Meskipun kini mata
Abang sudah tak terang

Namun telah dulu abang kata
Kasih abang kan mengharung masa
Sampai syurga

Dinda kau kini kasih di syurga
Walaupun kita dah berjanji setia
Cerita kita tak sempat tua
Dinda menanti di pintu syurga





Post a Comment

0 Comments