Resepi Ikan Celup Tepung Terengganu

Resepi Ikan Celup Tepung Terengganu

Sudah banyak kali sis pergi Terengganu jalan-jalan cari makan.. Menu paling best di terengganu ialah ICT iaitu Ikan Celup Tepung.. Bukan ikan je yang dicelup udang, sotong & kopok losong pun ada.. Bila dihidang panas² dicicah pula dengan sos kopok losong memang padu la rasanya..

Kali nie aku sendiri belajar macam mana cara nak buat ikan celup tepung nie.. Jom aku share dengan uollss cara nak buat ya..


RESEPI IKAN CELUP TEPUNG

Bahan basah:-

4 ekor sotong (buang kulit dan dakwat sotong)
4 ekor ikan kembung atau selayang

Bahan Bancuhan Tepung:-

8 sudu besar Tepung Beras Cap Teratai (Tepung beras biasa pun boleh kalau pakai cap teratai lagi sedap)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/4 sudu kecil garam
1 biji kuning telur
1/2 cawan air sejuk dari peti ais 

Cara-cara

-Bancuh adunan tepung sehingga sebati.
-Panaskan minyak yang banyak bila menggoreng ikan atau sotong biar ia betul² tenggelam dalam minyak.
-Bila minyak dah panas celupkan tangan dalam tepung, renjiskan adunan tepung dalam kuali dan boleh la menggoreng sampai ia menjadi serdak yang rangup & halus.
-Setelah kurang desiran boleh la diangkat serdak dgn menggunakan penapis minyak.
-Kemudian masukkan ikan yang telah dicelup dengan tepung dahulu. Pastikan api besar.
-Goreng ikan yang sudah dimasukkan tadi selama 2 minit dan terus angkat dgn penapis. (dalam tempoh 2 minit itu kaup balikkan selepas 1 minit biar ia masak rata)
-Kemudian buat serdak lagi dan angkat baru masukkan sotong yang sudah dicelup dengan tepung kedalam kuali.
-Jangan terbalikkan sotong tunggu tepung betul² dh garing baru terbalikkan..Sebab nanti tepung yang belum garing akan tertanggal dari sotong. Ia akan membuatkan sotong kita togel tak bersalut dengan tepung.
-Sotong nie basah sikit kerana ia mengeluarkan air. Masak sotong smpai ia tiada bunyi desiran minyak.
-Selamat mencuba.


Ikan yang telah siap di siang & sotong yang sudah siap ditanggalkan kulit nya supaya nnt bila nak menggoreng sotong tak meletup dalam kuali.


Bancuhan yang aku dah siapkan sementara tunggu minyak betul² panas..


Ikan yang dah nak cukup 2 minit digoreng.


Sedap bila dicicah dengan sos kopok losong..

Kat bawah nie aku tunjukkan jenis Tepung Beras Cap Teratai yang aku guna.. Kat kedai mungkin ada.. Tapi aku malas nak cari kat kedai so aku beli je tepung kat Shopee..


Nie Link Tepung Beras Cap Teratai yang aku beli di Shopee. Senang semua dihujung jari..😊😊🤗🤗


Aku harap segala perkongsian yang aku buat dapat bagi manfaat buat uolls yang nak mencuba.. Lepas nie dah tak payah nak beli kat kedai puas makan kalau masak sendiri..😊🤗😍😍😋😋

Rindu aku nak makan ikan celup tepung di Terengganu kini dah terubati..😍😍



Post a Comment

2 Comments

  1. Waaa bagus ko, beli tepung pun dalam shopee hehehehe...
    Nanti nak cubalah..

    ReplyDelete
  2. nanti boleh try...adik akak pun rajin beli tepung ni

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.